Friday, November 17, 2017

Senyuman

Terasa riang dalam hatiku kalau setiap kali bertemu rakan dan tulan mereka melempar kan senyuman sebaliknya dengan rasa suka dan puas hati aku membalasnya dengan senyuman semanis yang mungkin. Dengan yang demikin terasa jalinan ukhuwah silatulrahimi terpaut erat.

Ternyata penghidupan ini saling berkaitan diantara satu sama lain tidak munkin aku rasa selesa dan berpuas hati tanpa berteguran diantara sesama dalam lingkungan khasnya apa lagi dalam sebuah masyarakat majmuk.

Tentunya apalagi dalam masyarakat sekarang bertegur sapa itu tidak lagi terbatas dalam dunia nyata tetapi juga udah meluas ke dalam dunia maya.

Apa juga pesanan info dan bertanya kabar mudah aja berinteraksi dalam ajang sosial seperti fb instagram dan sebagainya, bukan sahaja kata2 bahkan juga foto dengan senyuman semanis munkin.

Read More ..

Monday, October 2, 2017

Langkah kiri.

Ternyata aku ini belum masak dengan permainan tipu helah manusia dizaman serba maju dalm teknologi secanggih ini. Udah beberapa kali aku ditipu dan tertipu secara langsung atau tidak, dengan watak2 baik dan mempamerkan diri kayaknya mahu menolong dalam masa yang sama mereka berniat jahat dan berhati lanun.

Kelemahan diriku ini mudah percaya kepada orang yang sepertinya mahu menolong sesama. Aku tidak dapat mejangka membezakan niat jahat mereka. Diatas kelemahanku itu barangkali mereka ambil kesempatan, yang menyebabkan aku rugi masa dan sekaligus material.

Apa yang menjadi masalah aku sekarang ialah hendak menentukan memimih mana satu watak baik dan mana satu sebaliknya orang2 yang diluar sana sama ada di alam nyata mahupun didunia maya.

Manusia dalam dunia ini sudah bertambah ramai, banyak udang banyak garam..banyak orang banyak ragam. Apa lagi cara mendapat kan pitis dengan menipu orang lain adalah tidak baik dan berdosa dari segi agama, tentu ada pembalasannya nanti. Read More ..

Friday, September 29, 2017

Tatapan diri

Sepertinya setiap detik masa berlalu itu memberi isyarat perubahan diri sama ada dari segi rohani apalagi jasmani. Penilaian dan pemantauan ini aku buat terhadap diri sendiri. Apa tidaknya kayaknya ingatanku tidak setajam dahulu, mudah lupa. Kekuatan tidak segagah kemaren, beban 10 kg pun udah berat menjenjengnya apalagi kalau lebih dari itu.

Semua itu baik untuk dijadikan pelajaran diri dan mungkin juga orang sekeliling kita, yang nampak perubahan yang ketara pada diriku. Bak kata pepatah arab" lisanulhal afsahu min lisanil maqal ". Keadaan diri perubahan diri seseorang itu nyata, lebih nampak jelas dari kata2.

Perubahan demi perubahan yang aku lalui memberi makna dan pelajaran kepada diriku. Masa muda yang aku lalui itu, sempat juga memberi sumbangan sebanyak sedikit kepada masyarakat setempat, baik dalam pertubuhan belia mahupun badan agama. Sebagai rakyat Malaysia aku juga pernah menceburu parti politik, tapi tak sampai kemana, maklum sahaja ramai orang yang lebih cerdik dari aku disitu.

Sekarang aku tidak lagi berkecimpung dalam politk, hanya mengikuti arus perkembangnya dari semasa kesemasa melalui laman2 sosial dalam duniamaya "dumay". Apabila sampai masanya, pilihanku adalah yang terbaik atas pertimbanganku sendiri.


Read More ..

Saturday, September 23, 2017

Malu bertanya.

Lumrahnya mahu membuka mulut bertanya sesuatu yang kita tidak tahu berat dan merasa malu andaian sendiri kalau berbuat demikian kayaknya satu kelemahan dan kedunguan sediri, aib rasanya.

Ini terjadi hampir semua aspek penghidupan, apa lagi di tempat yang tidak biasa dan orang yang yang tidak kenal. Aku juga merasakan begitu, kalau masih ada pilihan orang yang bersama aku itulah yang menjadi galang gantinya.

Masa aku belajar disekolah dulu pun begitu. Cikgu bertanyakan ada sesiapa yang tidak faham atau ada apa2 pertanyaan, senyap seluruh kelas, sepertinya semua pandai belaka, cerdik semuanya. Bila ditanya oleh cikgu dengan pantas 7x7 berapa?. Ada tidak dapat jawab. Itu baru disekolah sd/sekolah rendah.

Hal yang serupa terjadi di sekolah smp dan sma.
Barangkali berlanjutan sampai dikuliah. Kalau diuniversiti biasa berlaku dalam bilik toturial, senyap..mengharapkan kawan2 yang bertanya aku numpang sekaki ambil ilmu dan kefahaman dari mereka dan yang bakal jawaban dari tutor; mujurlah, kalau tidak nyaya aja bejalan dalam gelap.

Dipenghidupan seharian dalam dunia nyata dalam perjalanan ditampat yang baru dekat tapi belum pernah sampai apa lagi ketempat yang jauh, apatah lagi panduan arahnya tidak ada atau tidak jelas..sesat jalan, harus keluar bertanya dengan siapa sahaja yang boleh dipercayai ditempat itu. Mujurnya orang itu jujur dan ikhlas nunjuk, perjalanan aman selamat sampai tujuan. Hablum minannas..


Read More ..

Thursday, September 21, 2017

Aktiviti sore

Aktiviti soreku sekarang berbeda dengan yang kemaren2 tu. Kalau dulu tu ada masanya keluar bermain badminton tetapi sekarang ini olahraga itu sudah tidak sesuai lagi dengan umur, tenaga dan kesehatanku. Pilihan terbaik bagiku memenuhi masa soreku berjalan jalan dalam kebun kalau sesuai membersihkan anak2 pokok membaja supaya ia hidup subur dan cantek dipandang.

Anak2 pokok yang aku tanam buat masa ini, pokok kelapa sepuluh pokok, pisang dua rumpun, pokok nenas dua batang, pokok bunga kantan/unji dua rumpun, daun kesum sebatas dan pokok kari dua batang.

Bila aku keluar kekebun membawa cangkul kucing2 aku sebilan ekor tu berlari2 seperti kuda  keriangan, kalau mahu membersihkan rumput rumpai keliling pokok harus hati2 takut ada yang luka kena mata cangkul. Adanya mereka2 ini, jadi terhibur juga hilang rasa penat.

Disamping membuat sesuatu yang baik didalam kebun dapat pula riadah berjalan kaki bagus pula untuk kesehatan, dan menekmati pemandangan hijau sambil menghirup udara segar dan nyaman. Read More ..

Tuesday, September 12, 2017

Langit cerah hari ini.

Cuaca pagi ini cerah, namun angin bertiup perlahan terasa dikulit tanganku sejuk dan nyaman. Kesegaran semua itu menyumbang rasa tenang dan ceria fikiran dalam masa yang sama aku rasa sehat dan bahagia, aku bersukur.

Biarlah hati seputih awan selalunya begitu kalau ada tumpok2 hitam, mendung biarlah berlalu hilang bersama curahan hujan.
Hujan memberikan air bukan sahaja diperlukan oleh manusia tetapi juga semua makhluk, haiwan tumbuh2an flora dan fauna juga bumi. Ia menebabkan udara menjadi sejuk dan nyaman.

Pokok buah2an dikebunku udah ada yang mulai ngeluarkan bunga tandanya ia serasi dengan air hujan yang menyiram daun dan batang yg langsung keakarnya menjadi senang ia mengeluarkan bunga mudah2an saja biarlah bunga2 itu menjadi buah.

Aku senyum kepusan semoga pokok buah2an itu menjadi lebat dan selamat dan aman dari musuh perosak sampai masak, boleh kita sama2 merasakan buahnya.


Read More ..

Saturday, September 9, 2017

Perjalanan.

Barangkali setiap langkah yang aku mara kehadapan merupakan satu perjalanan tidak kira distinasi yang dituju itu jauh mahu pun dekat.

Samsung health hp yang aku pakai itu mencadangkan perjalananku yang sebaik2nya 6000 langkah dalam satu hari kira2 kurang lebih 3 km jauhnya. Dalam beberapa minggu kebelakangan ini purata perjalananku sehari kurang lebih cuma 1000 langkah.

Pernah juga aku dapat capai 6000 langkah itu bererti aku telah dapat capai sasaran untuk kesehatan diriku dalam sehari itu. Selain dari hayunan langkah sasaran masa berjalan itu selama 60 minit itu sebagai sasaran keaktipan pergerakanku dalam seharian itu. Pendek kata faktor masa dan langkah kayaknya bersangkutan.

Ditempat aku ada program kesehatan berjalan kaki seribu langkah tiga hari dalam seminggu. Pada awalnya penyertaan dikalangan penduduk amat menggalakan, harapanku biarlah selalu dan berterusan begitu.

Sampai dimana lah perjalananku ini, selagi ada usia kesehatan baik upaya dikurniakan oleh tuhan, aku akan terus melangkah. 😎🤗🤔.


Read More ..