Tuesday, November 25, 2008

Kesetiaan Seorang Sahabat.

Pemandangan Di Jabal Thur.
Persahabatan adalah sesuatu yang sangat perlu dalam hidup seorang insan. Tanpa ada seorang sahabat tiada tempat mahu mencurahkan kegembiraan atau pun kesedihan yang dilalui sepanjang hidup ini. Kemunkinan untuk mendapatkan seorang sahabat yang setia dan sanggup berkongsi kesusahan dan kesenangan memang masih ada. Tetapi dengan adanya faktor2 perbezaan kemewahan dan pangkat dan boleh jadi fahaman politik, menyebabkan keharmonian persahabatan itu terus menjadi hambar, mendapatkan seorang sahabat yang setia itu sukar menjadi kenyataan.
Kesetiaan sahabat2 Nabi saw, terutamanya Saidina Abu Bakar Alsiddik adalah satu tauladan yang tidak dapat dilupakan. Beliau sanggup bersama Nabi dalam apa keadaan sekalipun. Kesetiaannya yang paling mencabar sekali adalah semasa Nabi Muhammad saw mengajaknya berhijrah ke Madinah, dimana pada ketika itu kafir Quriasy Makkah bertekad mahu membunuh Nabi saw. Selama beberapa hari bermalam di gua Jabal Thur, tidak terperikan kebimbangan yang dialaminya, dikhuatiri ditemui oleh musuh2 Nabi saw itu, kerana gua tempat bersebunyi itu tidak dalam, Nabi menenangkannya, sehingga mereka dapat dan selamat melakukan hijrah ke Madinah Almunawarah. Saidina Ali bin Abu Talib kaw sanggup tidur ditempat tidur Nabi saw pada hal kafir2 Quraisy menunggu saat untuk membunuh nabi, keselamatan dirinya tidak menjadi penting kerana taatkan Nabi saw, disamping mahu menegakkan agama Islam. Asma' binti Abu Bakar radial Allahu anha, satu idola serikandi yang sangat berani dan setia kepada Nabi saw. Beliau sanggup datang ke gua itu, membawa makanan yang dililitkan dipinggannya untuk Nabi saw dan juga ayahnya Abu Bakar, pada hal orang2 kafir Quraisy, sedang kesitu mencari Nabi saw. Jabal Thur yang terletak di luar kota Makkah itu adalah menjadi saksi kesetiaan persahabatan yang tidak ternilai, dan doa dan harapan kita semua semoga tauladan yang ditunjukkan itu menjadi pula ikutan kita dalam menempuh hidup yang ada ini.
Read More ..

Thursday, November 20, 2008

Lambaian Ka'bah.

Bergambar Selepas Selesai Menunaikan Tawaf Sunat.
Menjadi tetamu Allah ditanah haram Makkah Almukaramah adalah satu kesyahduan dan kesyukuran yang tidak dapat diungkapkan dengan kata2. Ada ramai lagi diluar sana yang belum dapat undangan untuk menjadi tetamuNya. Pada hal mereka mampu dan berupaya bukan sekadar ongkos ke tanah suci itu bahkan yang lebih mewah, namun mereka belum berkesempatan untuk datang pada kali ini. Ada ramai orang yang sehat dan kuat, namun mereka juga belum dijemput.
Yang menjadi tetamu Allah itu, mungkin mereka berdikit2 mengumpulkan wang, mungkin mereka sakit dimana-mana, lemah, kadang2 memerlukan sokongan berkerusi roda mahupun bertongkat, pada hal mereka masih diberikan kesempatan hadir sebagai tetamu Allah. Alhamdulillah..
Peluang dan kesempatan yang ada hendaklah dihargai sepenuhnya dengan ibadah2 terutamanya tawaf di Baitullah, sebab kesempatan bertawaf itu cuma ada ditempat yang mulia ini sahaja. Panjatkanlah doa, memohon apa sahaja untuk diri sendiri, keluarga, sanak saudara yang baik2 untuk hidup didunia dan akhirat. Ka'bah itu Baitullah, padanya terdapat tempat2 yang mustajab berdoa diantaranya Multazam, Pintu Ka'bah, Maqam Ibrahim, Hijir Ismail, Rukun Yamani, Hajar Aswad dan diantara Hajar Aswad dan Maqam Ibrahim.
Ya Allah Tuhan yang mengambalikan sesuatu, kembalikanlah aku ke Baitullah ini lagi. Ya Allah murahkan rezekiku supaya dapat kembali menzarahi Baitullah berulang kali dengan bertaubat, beribadat, mengucap syukur dan puji-pujian. Amin....
Read More ..

Sunday, November 16, 2008

Jejak Rasul Ke Jabal Noor.

Pemandangan Dipuncak Jabal Noor.
Mendaki Jabal Noor adalah satu pengalaman yang sukar dilupakan. Pendakian selama lebih kurang satu jam itu membawa pengertian yang bermakna dan keinsafan yang mendalam terhadap perjuangan dan kegigihan Nabi Muhammad saw menegakkan agama Islam pada ketika itu, sehingga dapat dianuti, hingga ke hari ini dan sampai bila-bila.
Gua Hira' yang terletak diatas puncak Jabal Noor itu adalah satu bukti yang nyata, mengimbau kembali peristewa pertama kalinya Nabi Muhammad saw menerima wahyu dari Allah melalui malaikat Jibril. Diceritakan malaikat itu turun di Jabal Jibril yang bersebelahan dengan Jabal Noor itu, menyerupai seorang maknusia lalu berjumpa Nabi dan menyampaikan wahyu yang pertama itu. Pemandangan dipuncak Jabal Noor itu sangat cantik. Panorama kota Makkah dapat dinikmati sepuas2nya. Kelihatan cahaya yang memancar terang itu adalah sinaran dari Masjid Alharam. Udara diatas itu sungguh nyaman sekali, angin bertiup sepoi2 bahasa, sampai diatas itu rasanya mau duduk lama sedikit disitu. Gua Hira' itu sentiasa dikunjungi oleh jumaah umrah, ada tempat solat dan halanya terus mengadap ke Baitullah, kiblat. Jemaah yang bersama penulis yang sampai ke kemuncak Jabal Noor itu adalah seramai 30 orang dan dipandukan oleh 3 orang mutawip, bermula kira2 jam 10 malam dan balik jam 2.30 pagi. Malaikat Jibril mengajar Nabi Muhmmad membaca sebanyak 3 kali berulang2 dengan katanya, "Bacalah dengan nama tuhanMu yang menjadikan, menjadikan insan dari seketul daging. Bacalah dan Tuhanmu itu maha mulia, mengajar maknusia dengan menulis, mengajar maknusia apa2 yang mereka tidak tahu." Dengan wahyu ini, Nabi Muhammad dipilih menjadi Rasul.

Read More ..

Saturday, November 8, 2008

Jabal Rahmah "Pertemuan Kasih Sayang".

Bersama Ustaz Taufik Berlatarkan Jabal Rahmah.

Perjalanan umroh adalah tidak lengkap kalau tidak diatur lawatan ke Arafah. Tempat perhimpunan umat Islam seluruh dunia untuk mengejakan haji. Pada musim haji digambarkan padang Arafah adalah seumpama padang Mahshar dihari akhirat, cuma himpunan ini terdiri dari muslimin dan muslimat sahaja. Pakaian ihram yang tidak berjahit bagi orang laki2 diumpamakan seperti kain kapan, pembalut tubuh bagi orang yang telah meninggal dunia. Tempat ini dikatakan tempat diantara Nabi Adam dan Siti Hawa bertemu setelah berpisah dalam masa yang panjang, setelah mereka berdua diperintahkan oleh Allah keluar dari syurga. Jabal Rahmah adalah tempat yang dimaksudkan itu, tidak dapat dilafazkan dengan kata2 kedua insan itu bertemu semula didunia ini. Barangkali ada jumaah mengambil peluang berdoa memohon agar kasih sayang mereka dieratkan seperti eratnya hubungan diantara Nabi Adam dan Siti Hawa. Barangkali ada yang berdoa ya Allah, ya Rahman, ya Rahim, temukanlah aku dengan jodohku, kalau sekiranya jauh engkau dekatkan, kalau sekiranya lambat engkau cepatkan, sesungguhnya Engkau Maha Pemurah Lagi Mengasihani.
Read More ..

Thursday, November 6, 2008

Idulfitri Almubarrak Di Makkah Almukarramah.

Suasana Sambutan Idilfitri Di Makkah.

Menyambut hari raya idilfitri di tanah haram Makkah Almukarrah adalah satu pengalaman yang menggembirakan dan satu kepuasan yang sukar dilupakan. Jutaan umat Islam berkumpul di Makkah, mengerjakan umroh dalam bulan Ramadhan, seterusnya menyambut kedatangan Syawal. Pada malam raya itu, dijalan2 raya yang menuju kemasjid dari hotel2 tempat kediaman jumaah penuh sesak, laungan takbir, Allahuakbar Walillahilhamdu, terdengar disana sini dalam arus kesesakan umat Islam yang ramai itu, yang bertali arus, barangkali suasana demikian hingga sampai kepagi.


Pada pagi raya itu selepas solat subuh kebanyakan jumaah tidak pulang lagi kehotel. Mereka terus berada di Masjid Alharam bersama dengan Imam Haramian. Laungan takbir kedengaran jelas, bersemangat bergembira menyambut kedatangan satu Syawal. Jalan raya menuju kemasjid sudah penuh, sudah tidak dapat ditempuhi lagi. Bukan sahaja dijalan2, dikaki lima kedai pun sudah penuh sesak. Bagi mereka yang terlambat sedikit kemasjid, tiada pilihan lain, melainkan menunaikan solat sunat idilfiti secara berdiri sahaja. Sesungguhnya solatku, ibadahku hidupku dan matiku kerana Allah semasta alam.
Read More ..

Wednesday, November 5, 2008

Selamat Tinggal Wahai Rasulullah.

Ziarah Wada' hukumnya sunat bagi mereka yang mau meninggalkan Madinahtul Munawarah.
Doa Ziarah Selamat Tinggal.
Ya Tuhanku, janganlah jadikan ziarah hambaMu ini ditempat yang mulia ini sebagai zairah penghabisan, kurniakanlah kepada hamba peluang untuk menziarahi kembali tempat ini dalam keadaan sihat dan baik, jika panjang umur hamba insya Allah hamba akan datang lagi, dan jika sampai ajal hamba, maka hamba telah mengabdikan kepadaMu syahadat dan perjanjian hamba dari hari ini sehingga hari qiamat, iaitu hamba bersaksi tidak ada tuham melainkan Allah, Tuhan yang esa yang tidak sekutu bagiNya, dan hamba naik saksi bahawa Nabi Muhammad hambaNya lagi pesuruhNya.
Maha suci Tuhan yang memelihara dan mentadbir seluruh alam.
Sampai di Masjid Bir Ali, tempat mikat umrah, jumaah umrah turun memakai ihram, sembahyang sunat dan berniat umrah, yang mana umrah itu akan disempurnakan di Makkah dengan bertawaf, bersaie dan bergunting, iatu bertahallul, selesailah mengerjakan satu umrah. Labbaikallahumma Labbaik, Labaikala Syarikalak.
Read More ..

Saturday, November 1, 2008

Perjalanan Umroh 5.


Jabal Uhud adalah satu bukit yang tidak dapat dilupakan oleh umat Islam seluruhnya, jadi jumaah umroh yang sampai ke Madinah Almunawarah, adalah terasa kekurangan jika tidak sampai ke kaki Jadal Uhud sekurang2nya, kalau tidak pun mendaki Jabal Uhud atau pun Jabal Ramal (panah) itu sendiri. Apa yang menyayat hati kaum muslimin adalah kekalahan yang semua penziarah yang sampai ke situ menitiskan air mata betapa sukarnya agama Islam itu diterima oleh kafir Qurish ketika itu, sehingga mengurbankan para2 syuhada, termasuk bapa saudara Nabi Muhammad Saidina Hamzah radiallahu anhu. Strategi yang diatur oleh Rasulullsh adalah tepat dan sempurna, dimana pada pusingan awal pertempuran itu kaum muslimin berjaya dengan berkesannya tindakan kumpulan pemanah2 muslimin yang ditempatkan di Jabal Ramal itu. Tetapi selepas kejayaan pertama itu, barangkali pemanah2 yang diatas jabal itu udah lupa dengan pesanan Rasulullah. Dari kealpaan ini, diambil peluang oleh kafir Qurish yang diketuai oleh Khalid ibnu Walid ketika itu belum Islam, menyebabkan kaum muslimin kalah dan ramai yang mati syahid, mereka semua dikebumikan di Makam Syuhada Uhud. Dari peristewa ini sewajrnya kita mendapat pelajaran istiqamah itu membawa kebahagian dan kejayaan.
Read More ..

Perjalanan Umroh 4

Masjid Quba'.
Selain dari Masjid Quba' dan Masjid Kiblataian, perjalanan umroh tidak lengkap jika tidak
menziarahi Jabal Uhud.
Read More ..