Friday, December 25, 2009

Milah Kite Neron Kudai.

Neron kudai kite yuk
Sambil neron kite bercerite hal anak sanak, kalu nak nemui sekok sekok, col bisa, masing2 tu, belan, umah jauh2 amak, jadi lewat blog aku kak, rikin nye bole la, njuk bae la komen nye, same la tu umpame kite la betemu, la besalam, same2 neron.

Kalo aku kak la die dak lagi belan, la pensiun kate uang, duduk uma bae, kalo ade sanak2 endak berayak, mun aku agam nian, datang la ao, main di tapan aku, kalo nak olahraga main badminton, ade ku sedio ke, gelanggang ea, unde bae la, reket dan bulu ayam nye sekali. La udim main tu insyaallah, untuk secawan due kopi tu, ade. Kalo nak beburak bae jadi, kenal2 cerite2 hal kampung awak, hal negeri bengkulu, tebat semsar, dusun besar, pagar dewa dan segalemacam la mane2 yang teingat, kalo di malaysia ikak, kampung sungai choh, sungai merab, sungai kembung, kampung bangkahulu, entah di mane2 lagi.

Yang bigi ae, kalo la sade awak betemu tu, kecek la bahase kite, bulang apo serawai, ao, make bahase kite itu tetap terpeliharo. Bartanye la, nga belan di mane?...ngopi, atau neron?..milah kite neron kudai, ao..... Read More ..

Monday, December 21, 2009

Kurang Waktu Rewang.

Nini.

Di masa2 kebelakangan ini aku kurang keluar berjalan2 samada ke melaka atau pun ke segamat disebabkan udah mulai merasa penat berjalan2 itu. Sekarang tidak suka lagi keluar merewang2. kalu ada tujuan membeli belah apa2 barang keperluan dapur mahu pun diri sendiri, barulah pergi ketempat yang dimaksudkan itu. selain dari itu yang utamanya penghasilan kurang, taraf hidup pula udah semakin tinggi dan harga barang2 juga turut naik. jadi belanja untuk berjalan2 itu haruslah dikurangkan.

Faktor yang lain, disebabkan aku ada memelihara seekor kucing sebagai pet animal, kasian pula aku kepadanya tinggal sorang2, dalam masa yang agak panjang dan aku juga rasa terhibur barmain2 dengannya. Read More ..

Friday, December 11, 2009

Sakit Telinga.

ember 12, 2009 - Saturday

Category: Life
Sejak tiga hari yang lepas aku dapat sakit telinga. Yang aku ingat inilah pertama kalinya mendapat sakit telinga yang benar2 sakit. Aku pergi ke klinik di tempat aku untuk mendapatkan rawatan. Pembantu kesihatan di klinik itu memeriksa telinga aku, ia mengatakan dalam telinga aku udah tersumbat oleh tahi telinga yang telah kering dan keras. Oleh kerana sudah kering dia mencengkam ke tebing2 dalam telinga aku itu, dia membuatkan aku merasakan sangat sakit. Kalau dibiarkan begitu tidak dirawat, semakin hari ia bertambah sakit. Bukannya aku tidak pernah mengorek telinga aku, barangkali korekkan yang aku buat itu tidak menepati sasaran, jadi banyak yang berbaki dalam lubang telinga aku itu.

Pembantu perubatan itu memberikan aku ubat cecair yang dititiskan ke dalam lubang telinga. Katanya ubat itu untuk mencairkan tahi telinga yang sudah keras dan beku itu. Seolah2nya ubat cecair itu seperti penukul untuk menhancurkan batu, bayangkan aja apa yang terjadi dan akan ditanggung oleh aku. Pembantu perubatan itu memberitahu aku, sakit, sampai kekawasan keliling telinga, sampai ke leher, gigi, dan kalu bercakap pun pakcik akan rasa sakit. Sebaik sampai di rumah aku minum ubat yang diberinya itu dan titiskan dua titis ubat cecair yang diberikannya tadi. Aku benar2 menderita kesakitan sehingga tidak dapat tidur semalam2annya itu.

Jadi sekarang aku menjadi serba salah, mengambil ubat sakit, tidak diubati juga sakit dan akan bertambah sakit di masa2 akan datang, semakin lama dibiarkan begitu, tahi telinga itu semakin tebal dan keras, aku terus mengobatinya, aku berdoa semoga cepat sembuh seperti sedia kala.

Makan ubatnya ya tuk.......
Read More ..

Sunday, December 6, 2009

Kegembiran Hidup.

Tiba2 kereta/mobil macet di perjalanan.

Perasaan gembira memang sesuatu yang menyenangkan hati. Kadang2 yang membuatkan kita rasa begitu bukanlah mendapat sesuatu yang besar dan luar biasa. Cuma mendengar khabar sanak saudara mahu pun sahabat memperolehi sesuatu nikmat atau terlepas dari kesusahan, kita juga turut rasa gembira, jika dikasi tahu hal itu secara langsung kepada kita.

Alhamdulillah bangun pagi ini aku rasa gembira, sehat dan dapat lakukan sedikit senaman pagi. Sebaik lepas sarapan pagi menghantar isteri ke klinik, dan terus ke pasar membeli ikan. Walau pun seawal pagi tadi dikejutkan dengan insiden cermin/skrin depan kereta anak yang mau pergi kerja pecah dekat nilai, dan sempat kasi tau dia langkah2 yang pertama harus dilakukan, ialah memberi tau ofis tempat kerjanya itu akan kemalangan cermin pecah itu, munkin terlewat ke pejabat, seterusnya cari bengkel kereta yang selalunya ada menjual dan memasang skrin kereta. Isteriku menghubungi anak saudaranya yang tinggal di seremban itu, kalau2 ia tahu mana2 bengkel yang berkenaan. Dia menunjukkan tempat itu, lalu aku menghubungi anakku mau memberitahu tempat yang berkenaan. Anakku memberitahu aku ianya udah sampai ke bengkel kereta dan sedang berurusan memasang skrin tersebut, hasil dari maklumat dari seorang kawannya yang ada di seremban itu.

Besar rasa hatiku dan terasa kegembiraan hasil dari hubungan muhibbah keluarga mau pun sahabat2 yang baik dan setia. Read More ..

Wednesday, November 25, 2009

Sunday, November 15, 2009

Senaman Untuk Kesihatan Diri.

Berjalan kaki keluar dari Rumah Kediaman Sukarno di Bengkulu, Indonesia.

Menjelang usia begini, melakukan senaman untuk 3 kali seminggu itu, udah terasa malasnya. Mau menggoyang2kan kepala, bahu, leher, tangan dan kaki semacam satu pergerakkan yang sesuai untuk kanak2 sekolah sahaja. Melumpat terhenjut2 dengan tali skiping, macam budak2 sd sahaja, mau pula berjogging keliling kampung, nampak macam orang tua kurang pula, barangkali faktor2 seperti ini lah menyebabkan orang sebaya dengan aku di tempat aku tersangatlah kurang bersenam.
Ada sebuah padang golf di tempat aku, yuran keahliannya beribu2 ringgit, kalu aku yang berpendapatan sekadar cukup boli boreh ajo ni, kompunanlah nak mogang kayu golf itu. Ada padang sepak takrow di tempat aku, ramai budak2 muda main petang2, aku pula malu mau campur, sebab kepala aku tidak cukup keras untuk menanduk bola rotan itu, walau pun umur telah melebihi setengah abad.
Kata mereka, motong getah, menebas kebun, mencangkul sawah, kalu peluh keluar banyak, menganak sungai, apa perlu lagi bersenam terhenjut2? Tetapi bila beritahu doktor hal yang macam itu, dia senyum sahaja, tidak dapat dipastikan sama ada aktiviti2 yang sedemikian boleh dikatogerikan sebagai senaman, aku juga tidak tau?
Aku buat juga senaman, kalu tidak setiap pagi selama 30 minit, sekurang2nya tiga kali seminggu tu ada juga. Sebab pada aku, setidak2nya dapat badan sehat, selesa, selera makan ada, berjalan lagi boleh seperti biasa, dan aku telah alami rasa kecergasan fizikal adalah fit bila aku bersenam. Read More ..

Tuesday, November 10, 2009

Belajar Dari Muda Sampai Ke Tua.


Create Fake Magazine Covers with your own picture at MagMyPic.com


Read More ..

Monday, November 9, 2009

Bermulanya Sebuah Penghidupan.

Muhammad Adib Iqbal bin Amir.
Lahir 26 Oktober 2009 (anak bunga/Fazana).
Selalunya orang berkata, penghidupan bermula apabila umur menjejak 40 tahun, dan ada juga yang berkata kalu penghidupan itu bermula pada umur 60 tahun, mana satu yang betul aku tidak pasti dan tak tahu. Pada mereka di kedua2 masa itu, ada mempunyai hujjah masing2. Yang mengatakan penghidupan bermula dengan umur 40 tahun, kerana itu masa yang selalunya pertukaran zaman, di antara zaman remaja ke zaman dewasa, pendeknya kalu masa mudanya dulu, apa2 yang dibuat kelakuan yang tidak berapa sempurna, maka bila sampai umur 40 tahun itu, seharusnya udah berhenti berperangai begitu dan insaf, mulakan dengan yang lebih bermakna.
Yang memakai pendirin hidup bermula di umur 60 tahun itu, berpendapat, di umur ke 60 tahun itulah kalu mau merasa hidup senang, sebab kalu yang bekerja itu udah pencen, kalu mau kaya dan senang barangkali itulah saat mulanya. Ada banyak waktu hendak buat apa2 pun, sepatutnya tiada apa2 gangguan lagi, barangkali penghidupan diterjemahkan sebagai kebebasan diri dari apa2 yang membebankan fikiran.
Kalu mengikut aku penghidupan itu bermula sebaik sahaja lahirnya seorang insan itu. Pengalaman pertama yang dilaluinya ialah kelahirannya itu sendiri, barangkali ia tidak tahu apa2, barangkali sakit dan susuh payah yang ditempuhnya dia tidak tahu, barangkali menyatakan kegembiraannya lahir kedunia ini adalah dengan sebuah tangisan.Barangkali yang nyata kalu ia sudah menangis itu, bukan sahaja ia bersyukar kepada yang maha berkuasa, tetapi juga ia menyatakan terima kasih kepada ibu yang melahirkannya, barangkali berterima kasih kepada doktor2 dan sesiapa juga yang sudi membantunya. Penghidupannya sudah bermula sekarang, walau pun masih terkapai2, mulut ternaganga minta disusui, menangis apabila merasa lapar dan dahaga, mau minta dibelai, menangis kalu tinggal seorang diri, belum ada upaya barangkali udah ngerti dan faham apa2.
Read More ..

Thursday, November 5, 2009

Perjalanan Hidupku.

Read More ..

Menghappykan Diri.

Pemandangan di restoran GHHB Bengkulu.
Hari ini aku dan isteri keluar ke sebuah bandar kira2 30 km dari rumah kami. Kami kesitu cuma mau jalan2, rewang2, window shoping, kata orang, sambil membeli apa2 keperluan rumah yang kehabisan. Biasanya kami keluar berjalan itu, sekitar jam 10 pagi, kerana kalu sebelum jam itu biasanya kedai2, apa lagi pasaraya masih belum dibuka lagi. Kalu mau minum teh pun kedai makan yang kami selalu singgah itu masih belum mula berniaga lagi, rata2 kedai sama ada kedai barang2 mau pun kedai makan mula berniaga setiap hari kira2 jam 11 pagi.
Sebaik sahaja sampai di bandar itu, kebiasaannya kami singgah minum teh di salah sebuah restoran segera disitu. Ada banyak kenalan yang menjadi pekerja restoran tersebut, kalu lama tidak datang masing2 bertanyakan pergi ke mana ummi lama tidak nampak?. Mereka memanggil isteriku ummi, barangkali itulah panggilan yang mereka rasa sesuai dan agak hormat. Hari ini kami datang, mereka sambut dengan baik, seperti selalunya, tetapi pagi ini restoran itu nampak lengang, tidak ramai pelanggan, barangkali cuaca pagi ini sejuk, hujan dan kadang kala lebat juga. Pagi ini, sempat kami ceritakan bahawa kami dapat cucu lagi satu, laki2 juga, jadi ada 5 orang cucu kami, kelima2nya laki2, alhamdulillah.
Selesai minum teh, kami ke pasaraya yang terletak tidak jauh dari restoran itu, hari masih hujan renyai2, kalu terus ditempuh basah juga, mujurlah kami ada membawa payung yang memang sentiasa tersimpan dalam bonet kereta aku. Jadi tidaklah terhalang perjalanan kami itu, sediakan payung sebelum hujan. Banyak juga barang2 keperluan yang kami beli hari ini, dengan sayur2annya, berasnya, udang basahnya, kopinya dan lain2 lagi, kira2 habislah seperempat duit pencen aku, kalu beras itu barangkali cukup untuk sebulan, yang lain2 itu, belum tau, kenalah berjimat jangan sampai karam pangkal kata orang, Biarlah sedikit2 jangan sampai habis.
Hati mau senang, fikiran mau lapang, barulah kalu tersenyum itu nampak ikhlasnya.
Read More ..

Sunday, November 1, 2009

Penampilan Diri.

Hendry Rahman Hakim memimpin neneknya di GHH Bengkulu.

Sepertinya penampilan diri itu adalah sesuatu yang harus diperhatikan dan dijaga oleh semua orang tidak kira laki2 mahu pun perempuan dan semua peringkat umur. Barangkali status, pekerjaan, tugas juga akan mencorakkan penampilan diri masing2. Kalu di rumah sakit (hospital) misalnya, kita dapat membezakan yang mana satu doktor, jururawat, farmasi mahu pun pekerja2 lain hospital. Iya kalu YB penampilannya agak unik, tentu ada gayanya tersendiri. sedia maklum. Suasana dan lingkungan juga harus secocok dengan penampilan kita, kalu di halaman Masjid al Haram Makkah misalnya, cuma memakai celana pendek barangkali ada sesuata yang tidak kena kepada diri orang itu, begitu juga kalu keluar bersiar2 di tepi pantai, mau pun mandi manda di laut memakai pakaian lengkap, bercelana panjang bertali leher dengan kotnya sekali, barangkali juga tidak cocok.
Setiap individu itu mempunyai citarasa masing2 tersendiri, pandai berpakaian, sesuai dengan keadaan dan kehendak sosial semasa dan tempat, tampil anggun dan bergaya, sedap mata yang memandang, mungkin bisa menimbulkan rasa harmoni dan mesra sesama kawan2, sahabat handai apa lagi di kalangan keluarga, dan merasa yakin kepada diri sendiri.
Read More ..

Friday, October 30, 2009

Majlis Kesyukuran Dan Doa Selamat Dalam Perjalanan Haji.

Tawaf, mengelilingi Kaabah sebanyak tujuh pusingan.
24hb. Oktober, 2009.
Atan, isterinya Hanisah dan ibunya mahu berangkat ke tanah suci menunaikan ibadah haji pada 30 oktober ini menaikki pesawat Saudia Arabia. Dia telah mengadakan majlis bacaan yasin dan doa selamat di rumahnya malam kemaren. Aku dan isteri sempat hadir ke majlis tersebut . Ramailah anak sanak saudara mara dan sahabat handai juga jiran tetangga hadir bersama memohon doa restu mudah2an mereka selamat dalam perjalanan serta dapat menunaikan ibadah haji dengan baik, mudah2an mendapat haji yang mabrur.Perjalanan haji itu adalah perjalanan ibadah menunaikan rukun Islam yang ke lima, Orang Islam yang mampu dari segi fizikal mentol mahu pun perbelanjaan pergi dan balik dan juga makan minum selama di sana, dan termasuk juga anak2 yang tinggal di rumah, maka hukumnya wajib dan tidak boleh dilengah2kan lagi, hukum wajibnya itu hanya sekali dalam seumur hidup. Pengalaman aku menunaikan haji dalam tahun 2006 yang lalu masih basah dalam ingatanku betapa syahdunya berada di tanah suci itu. Setiap kali laungan azan hati sudah pasti menggamit2 mahu ke masjid. Terasa bagaimana nikmatnya beribadah di Masjid al Haram mahupun di Masjid Nabawi di Madina al Munawara. Setiap tahun apabila sampai musim haji, apa2 juga yang kita alami kemaren itu pasti mengimbau kembali, barngkali bukan aku seorang begitu, sesiapa juga yang pernah kesana akan merasai perkara yang sama. Kebelakangan ini mau pergi haji kena tunggu giliran dengan masa yang agak lama, kalu mendaftar sekarang, barangkali dalam tahun 2020 nanti baru sampai ke giliran kita, Ini bukan apa dikeranakan oleh orang yang mendaftar mau pergi ke sana itu adalah ramai, dan masih ramai lagi menunggu yang belum lepas pergi. Yang mendaftar itu bukan sahaja yang pertama kali mahu kesana, tetapi juga ada yang pernah pergi di tahun yang lepas2 dan mau pergi sekali lagi atau beberapa kali lagi, terpulanglah diatas keazaman dan kemampuan masing2. Ada yang mau pergi tiap2 tahun, itulah makanya pehak pengurusan haji menetapkan bagi yang pernah pergi, ditimbangkan untuk terpilih sekurang2nya selepas masa lima tahun, walau bagaimana jua pun pendaftarannya menyumbang juga kepada susunan giliran pergi ke sana setiap tahun. Insyaallah kalu udah sampai saatnya terpilih jua.
Read More ..

Wednesday, October 28, 2009

Satu Pengalaman Berurusniaga.

Pemandangan dalam sebuah perniagaan.
23hb. Oktober, 2009.
Kemaren aku keluar ke kedai yang menjual komputer dan peralatan yang berkenaan dengannya di sebuah Bandar kira2 40km dari tempat aku. Tujuan aku ke sana itu untuk mendapatkan part antena modem yang aku beli kira2 6 bulan yang lepas. Moden tersebut baru sahaja dicoba pasang dan diconfigurkan oleh anakku yang di kl itu minggu lepas. Apabila dipasangkan didapati antena tidak ada jadi kerja itu tertangguh sehingga aku keluar berjumpa penjualnya. Aku rasa kecewa kerana penjual itu mengatakan, satu set modem itu adalah lengkap, dan dia macam tidak percaya kepada aku yang antena itu tidak ada, apalagi masa aku datang memulangkan itu selepas telah 6 bulan berlalu, siapa akan percaya perkara yang serupa itu boleh berlaku. Walau bagaimana jua pun dia berjanji mahu menalifon pembekal barang terse but kalau ada antena tersebut. Aku tahu itu cuma alasan untuk menyedapkan hati kawan, kerana aku telah mengenalinya sudah lama, dan ada juga sebuah dua computer yang aku beli dari kedainya. Kalau antena modem aku yang lama itu ada, bila aku acukan dan ianya fit, mengikut kata penjual itu, barang itu tidak mudah rosak, fungsinya pun cuma meyebarkan rangkaian ke area yang terbatas, katanya ia percaya barang itu masih elok lagi. Aku belum dapat pastikan lagi sebab anakku yang memasangnya itu belum balik, sehari dua lagi , jawapannya akan aku ketahui samada ia masih boleh diguna atau pun tidak.
Apa yang hendak aku kemukakan disini, kalau anda seorang peniaga, ada seorang pembeli membeli barang anda enam bulan yang lepas, kemudian ia datang semula kepada anda mengatakan barang yang dibeli dulu itu tidak lengkap. Apakah respond anda? adakah anda dapat menerima kata2nya itu? Read More ..

Sunday, October 25, 2009

Kelas Tusyen.


19 hb. Oktober, 2009.
Untuk melayari internet masih lagi nngak bisa kerana modemnya nngak ada. Jadi hari ini aku mencatatkan sahaja aktiviti yang aku laksanakan seminggu yang lepas. Sepanjang minggu terse but aku membantu seorang pelajar mempelajari ilmu prinsip perakaunan, semacam aku mengajar dalam bentuk tusyen seorang2, face to face tutions’. Bukan semua tajuk yang dapat diberikan sepanjang seminggu itu, cuma dapat diberikan tiga tajuk sahaja, ia itu, tajuk perkongsian, kelab dan persatuan dan rekod yang tidak lengkap. Sebenarnya sudah lebih 10 tahun aku bersara dari jaw atan, bererti udah selama itulah aku tidak mengajar ilmu terse but. Barangkali disembabkan semasa masih beertugas dulu, disamping mengajar aku juga telah dilantik sebagai kakitangan sumber (ks) dalam mata pelajaran terse but, juga aku pernah menjadi pemereksa kertas terse but di peringkat SPM, lebih dari 5 tahun , barangkali disebabkan oleh faktor2 itu semua, aku masih boleh menguasai pelajaran terse but.http://www.razali2208.wordpress.com
Untuk tajuk perkongsi
an, ditekankan bahagian pembubaran perkongsian, yang mana semua aset dijual dan liabiliti dilunaskan kepada yang berhak, dan baki2 wang dalam bank mahu pun tunai di bahagikan semula kepada rakan2 kongsi mengikut baki yang ada dalam akaun modal masing2, mengikut pembahagian untung dan rugi sebagaimana dipersetujui syarat2 semasa perniagaan itu dibentuk.Satu akaun Realisasi perlu dibuka dan ditutup untuk dipindahkan ke dalam akaun2 modal mahu pun akaun bank. Kalau perkonsian itu melebihi 3 orang dan didapati ada salah seorang yang bangkrap, tidak mampu bayar hutagnya kepada modalnya maka pembubaran perniagaan itu perlu diselesaikan mengikut peraturan murry lawan garner, iaitu kekurangan itu perlu ditanggung oleh dua rakan kongsi yang lain itu mengikut nisbah modal masing2.Kalau dalam akaun kelab dan persatuan itu, yang utamanya ialah akaun yuran, akaun wang masuk dan wang keluar, akaun pendapatan dan perbelanjaan, kunci kira2 dan akaun2 lain yang selalu terlibat dalam persatuan dan kelab mengikut aktiviti2 masing2. Penyediaan akaun dari catatan2 urusniaga perniagaan yang tidak lengkap, untuk mengirakan untung atau rugi perniagaan itu, dikira melalui Kedah perbandingan mahu pun cara analisa, dengan marginalia setiap perbelanjaan mahu pun pendapatan untuk mengira untung atau pun rugi perniagaan itu. Kalau semua akuan dapat dianalisa maka akaun untung rugi dapat disediakan seterusnya kunci kira2 juga dapat dibuat untuk menentukan kedudukan perniagaan terse but, sesuai diteruskan atau pun sebaliknya. Alhamdulillah, syukur masih dapat aku membantu disamping maguasai ilmu perakaunan terse but, aku rasa adalah baik bagi orang yang ada mempunyai ilmu khusus seperti itu dipraktikkan semula, selaian ia tidak menjadi lupa dapat pula dimunafaatkan kepada orang lain yang berminat dengan pengatahun terse but.  Read More ..

Thursday, October 15, 2009

Mengingati Tarikh Sejarah Diri.

Memotong cake tanda ingatan ulang tahun tarikh lahir.

Sepertinya setiap tahun sampainya tarikh hari lahir, kita merasakan pertambahan umur kita setahun lagi, telah diberi oleh Allah kesempatan hidup selama setahun yang lalu, untuk menjadikan ingatan kita untuk memulakan tahun berikutnya, kita lakukan sesuatu, jadi yang lazim dilakukan oleh sesetengah orang ialah dengan memotong cake hari jadi, tujuannya supaya gerak kerja memotong cake yang sedikit itu, mengingatkan kita permulaan hari yang akan ditempuh seterusnya, belum tahu sama ada sampai ke tahun hadapan atau pun tidak, peristewanya telah dirakamkan hari itu.
Cake adalah yang biasa digunakan orang dalam menyambut, mahu pun mengingati peristewa yang memberi erti bagi diri seseorang, terpulanglah sama ada cake itu besar atau pun kecil. Boleh jadi juga terpulang kepada betapa grandnya yang mau ditunjukkan melalui cake itu, matlamatnya adalah sama, memotongnya untuk menjadikan satu ingatan peristewa yang terjadi kepada diri seseorang itu.
Kemaren kami menyambut hari ulang tahun kelahiran isteriku, anakku yang bekerja di kl itu, kebetulannya balik kampung hujung minggu, membawa sebuah cake harijadi untuk emaknya dan sebuah beg tangan sebagai hadiah, oleh kerana yang demikian itu, kami adakan majlis family kecil, supaya isteriku memotong cake itu, sebagai mengingati tarikh tersebut. Kemudian diagih2kan dan dimakan, melambang sumber rezeki, mudah2an bertambah lagi, dan mendapat kemurahan dan keberkatan rezeki dari Allah.
Cake yang telah dipotong itu, isteriku menyupkannya sepotong kepada anakku, tanda rezeki yang diperolehi itu disyukuri, dan diberikan juga sepotong kepada Nini, anak kucingku, tanda pengagihan rezeki yang diperolehi itu disebarkan kepada makhluk2 lainnya, yang sepatutnya begitulah kasih mengasihi diantara satu sama lainnya. Pada aku mengadakan sambutan memperingati ulangan tahun kelahiran ini, adalah satu perkara yang baik diteruskan, kerana kita seharusnya menginsafi dan menyadari bahawa umur kita telah bertambah. Menyadari itu mudah2an perjalanan yang akan diteruskan dihadapan ini, membawa erti dan kebahagian bukan sahaja kepada diri sendiri, keluarga bahkan kepada masyarakat dan dunia seluruhnya.
Read More ..

Thursday, October 8, 2009

Pertemuan Keluarga Di Pagi Raya.

Pose kenang2an di pagi raya 1430 H/ 2009 M.
Ponakan dan keluarga dari anak2 abang (kakak),
Ponakan dan keluarga dari anak2 adik perempuan.

Sepertinya di pagi raya yang syahdu begini, kedatangan anak2 ponakan, cucu2 saudara mau pun sanak saudara adalah sebagai satu jambangan kegembiraan yang sukar di lukiskan dengan kata2. Kalu perasaan aku sekeluarga itulah satu2nya hari yang aku harapkan dapat bertemu sanak saudara dan ponakan2ku yang rata2 mereka selalu dalam hambatan mencari rezeki di merata2 daerah. Ada yang di Kuala Lumpur, di Johor, dan di tempat2 lain, walau pun dalam negara yang sama, tetapi untuk berjumpa setiap hari agak sulit.
Pada hari raya kali ini hampir 90% daripada mereka itu datang menziarahi kami. Ada di antara cucu2 saudara aku itu, udah tidak ingat lagi nama2 mereka, kerana mereka udah besar, berjumpa setahun sekali itu bagi budak2 seperti mereka itu perubahan fizikal masing2 amat ketara sekali. penampilan mereka juga adalah seperti anak2 remaja masa kini.
Ada pelbagai tajuk perbualan diceritakan dalam pertemuan yang singkat ini, tetapi yang utamanya adalah tajuk mengenai kesihatan, pelajaran anak2, dan apa jua yang menyangkut dengan penghidupan seharian. Walau pun ziarah hari raya begini, sekitar dalam masa satu jam, terasa begitu singkat dan pantas berlalu, adalah memberi makna yang besar dari segi psykologi apa lagi kalu aku dan isteri sebagai orang tua, terasa masih ada lagi anak sanak, cucu2 dan mana tau satu hari nanti cicit2 masih mau menemui kami, alhamdulillah..terima kasih semua.
Read More ..

Friday, October 2, 2009

NINI. Read More ..

Monday, September 28, 2009

Kasihnya Seorang Ibu.

Ponakanku menyuap anak dan ponak2annya, makan.

Pada dua Syawal, hari raya kedua kemaren tu, aku sekeluarga sempat berziarah ke rumah abangku yang sekitar 20 km jaraknya dari rumah aku. Kebetulan pula kakak iparku mau ke tanah suci, Makkah Almukarramah, menunaikan ibadah Haji pada tahun ini. Kesampaian kami disambut suka oleh ponak2an ku, anak2 mereka dan juga, abang dan kakak iparku. Walau pun jarak di antara kampungku dengan tempat itu tidak jauh, dikeranakan dengan beberapa hal penghidupan kami, jarang bertemu secara formal, cuma itulah setahun sekali semasa lebaran aidulfitri begini.
Kalu lebaran tahun lepas, aku sekeluarga mengerjakan umrah, dan pada hari raya haji pula aku dan keluarga berhari raya di Bengkulu, Indonesia, pendeknya udah hampir dua tahun, masing2 tidak sempat berkumpul begitu, barangkali kemesraan kedua belah pehak dirasai bersama, ketika itu.
Suasana yang ramai begitu, ada yang keadaannya membawa kepada kaitan kasih sayang seorang ibu. Cucu2 saudaraku itu ramai, maklum sahaja anak abang dan kakak aku itu ada 8 orang, masing2 udah berumahtangga, katakan kalu setiap anak itu mempunyai 4 orang, tentunya, cucu2 itu seramai 32 orang, riuh rendah suara mereka dan berbagai ragam pula,
Ada di antara mereka itu, terlalu liat kalu diajak makan. Anak buah aku membawa sepinggan nasi yang udah bergaul dengan lauk dan sayuran, dia duduk bersela di depan aku, mengajak anak dan ponak2annya makan. Dia menyudu makanan dari satu mulut ke satu mulut, masing2 menganga menerima suapan itu, ada juga diantaranya yang liat, dengan pujukan kasih sayangnya, menyebabkan terpanggil mengangakan mulutnya.
Barangkali inilah gambarannya seorang ibu, sanggup membesar, membela, menjaga dan mendidik anak2nya dengan kasih sayang, walau pun seramai mana sekali pun, tetapi anak yang seramai itu, kadang2 belum tentu dapat menjaga dan memberi kasih sayang kepada ibu yang seorang itu, apa lagi kalu si ibu itu udah tua dan tidak berupaya lagi.
Read More ..

Saturday, September 19, 2009

Derma Hari Raya Untuk Aktivitas Masjid.

Ahli jawatan kuasa masjid sedang menghitung wang derma yang terkumpul.

Masjid kampungku adalah sebuah masjid yang kecil. Kapasiti jumaah kalu penuh adalah kira2 500 orang sahaja. Masjid kampungku ini menerima jamaah yang agak penuh hanya pada hari raya aidilfitri, kalu hari raya haji biasanya tidak semua anak2 yang tinggal di perantauan mencari rezeki itu pulang, ini berangkali liburnya tidak panjang. Masjid di tempatku ini, tidak ada sumber penghasilan sendiri yang tetap, harta wakaf berbentuk yang boleh menjadi pendapatan langsung tidak ada. Pehak pemerintah agama, cuma dapat memberikan sedikit sumbangan tahunan, tidak memadai untuk menjalankan aktivitasnya, jadi sumbangan diharapkan adalah dari penduduk setempat. Penghasilan mingguan diperolehi dari derma jumaat ke jumatan itu adalah sekitar RM100 seminggu, kurang lebih 300 ribuan rupiah sahaja, barangkali hanya cukup untuk menyelesaikan bayaran penggunaan api dan air sahaja,dalam sebulan, kalu kegiatan2 lain sukar mau dipenuhi.
Lebaran kemaren tu, ada ramai anak2 bengkulu yang balik kampung, masjid penuh dan terasa meriah. Memang diharapkan anak2 yang di perantaun itu pulang, selain dapat bertemu anak sanak, sanak saudara, sahabat handai dan kawan2, dapat pula menghulurkan sumbangan sebanyak sedikit dana kepada masjid. Syukur alhamdulillah, pada hari lebaran kemaren itu dapatlah terkumpul kira2 RM1,500.kalu dalam rupiah kurang lebih 5 juta rupiah. Wang ini bolehlah menambah sedikit mana2 kekurangan yang diperlukan. Adalah sangat diharapkan anak2 keriah masjid ini menghulurkan bantuan kepada masjid ini, yang sudah berjaya dan mampu itu secara bulanan, demi kelancaran perjalanan program agama yang telah diatur, untuk mengembangkan ilmu keagamaan sekali gus untuk mengimarahkan masjid ini.
Apa2 yang kita belanjakan kepada perkara2 kebaikkan, walau sebesar zarrah sekali pun, akan dapat dilihatkan amalan itu di hari akhirat nanti.
Read More ..

Thursday, September 17, 2009

Susana Aidil-fitri.

Read More ..

Tuesday, September 15, 2009

Gema Takbir 'Aidil-Fitri.

Selamat Hari Raya
imikimi - Customize Your World!


Setiap kali menjelangnya Syawal, suasana kegembiran menyambut kedatangan hari
mubarrak itu, udah dirasai oleh segenap lapisan masyarakat Islam, yang besar, kecil, dewasa
mahu pun yang udah lanjut usia seperti aku ini. Kalu kemaren itu semasa aku muda2 lagi, dalam minggu akhir Ramadhan ini, banyak kad/kartu lebaran yang diterima dari sahabat handai
dan dihantar kepada mereka. Pelbagai corak dan bentuk kad yang terdapat di pasaran. Selain dari yang di pasaran itu, bagi mereka yang mampu, ada yang dibuat sendiri mengikut rekacorak masing2,
suasana lebaran bertambah dirasai dan meriah.
Kebelakangan ini, penggunaan kad raya sangat berkurangan. Kata2 raya melalui sms hp, udah menjadi kebiasaan pula. Ini barangkali ianya, mudah dan tiada batas waktu yang menghalang.
Melalui sms juga boleh disusun kata2 yang diingini, seperti dalam bentuk pantun,

Aidil-fitri hari kemenangan...Umat Islam melaungkan takbir,
Hanya sms dapat dihantarkan...Memohon maaf batin dan zahir.

Masak lemang sambil berdiri...Hendak dimakan di aidilfitri,
Hantar kad posmen dah cuti...Sms sahaja boleh ku beri.
Selamat hari raya aidilfitri, maaf zahir batin, jemputlah ke rumah ya.

Dengan perkembangan teknologi canggih masakini, penggunaan internet telah menjadi kesukaan
anak2 remaja, kad2 raya dianggap udah lewat masa. Melalui penyedia2 internet sosial, terdapat
banyak ruang menyampaikan rasa syukur dan kegembiraan menyambut hari raya ini, setelah sebulan menunaikan ibadah puasa. Kad2 raya bisa disampaikan kepada semua kawan2 sahabat handai mau pun sanak saudara melalui internet itu, secara umumnya ia tersebar keseluruh dunia. Selamat Hari Raya Aidil-Fitri, Minal 'aidin wal faizin, Mohon maaf zahir dan batin dari datuk, nenek, bucik dan bunga sekeluarga,

Gema takbir di hari lebaran...Tanda kesyukuran di aidil-fitri,
Kelian semua nngak dapat dilupakan...Jauh di mata dekat di hati,
Mohon maaf zahir dan batin...Ada umur bertemu lagi. Read More ..

Thursday, September 10, 2009

Birthday's Present..

Kamera Digital Olympus.
Ulang tahun yang ke 68 birthday aku kali ini, aku diberikan hadiah oleh anakku yang bekerja di kl itu, sebuah kamera digital olympus. Barangkali dia melihat aku mengambil gambar menggunakan hp aje setiap kalinya. Hp aku ini pun dihadiahkan oleh anakku yang bekerja kat melaka tu, dengan tujuan yang sama. Sebelum itu aku mengambil gambar dengan menggunakan kamera digital juga 'sony', barangkali itu udah lewat masa. Semasa aku bersara dulu, kira2 14 tahun yang silam aku juga dihadiahkan oleh anak2 muridku sebuah kamera olympus juga, menggunakan kodak, ya lah pada waktu itu kalu ada pun kamera digital barangkali harganya mahal. Walau bagaimana jua pun mereka semua melihat aku suka mengambil gambar menggunakan kamera.
Sebenarnya aku tidak pandai tangkap gambar, tidak pernah belajar cara2 menangkap gambar yang baik. Aku tangkap ikut suka aku sahaja, kadang2 ada gambar yang aku ambil itu yang putus kepala la, putus kaki la, tak teranglah, macam2, itulah eloknya kamera digital ini, mana2 yang tidak cantik dipandang deletkan aje, yang elok2 tu ambil.
Dengan ada kemera baru ini, aku kena belajar bagaimana mau masukkan gambar2 yang aku ambil itu dalam pc aku pula. Kemaren tu anak aku yang kat melaka tu ada tunjukkan aku cara2nya, maklum ajelah kan udah lupa, jadi aku minta anak aku yang kat kl tu tunjukkan, kebetulan udah ada beberapa keping gambar 'Nini', my pet animal yang telah aku tangkap, masih belum pastilah sama ada boleh berjaya aku masukkan atau pun tidak.
Kalau sebelum ini, dengan menggunakan hp, aku masukkan melalui 'bluetooth', cara ini, cucu saudara yang sekolah kat pd itu yang tujnukkan, kira2 boleh, dan dah berjayalah. Tentu ada baiknya dengan adanya kamera baru digital ini, sebab aku kena belajar perkara baru dalam penggunaan komputer, ya begitulah, selagi badan aku sehat, fikiran masih berupaya menerima pelajaran baru, aku akan teruskan hidup dengan penuh kesyukuran dan ketaqwaan kepada Allah, mudah2an sahaja selamat dunia akhirat.
Read More ..

Tuesday, September 1, 2009

Kerinduan...

Red Rose Frame
imikimi - Customize Your World! Read More ..

Mohon Maaf Zahir Dan Batin.

Dalam suasana berhari raya, aku berasa syukur dapat menunaikan ibadah puasa sebulan sebagaimana yang diwajibkan keatas umat Islam, seharusnya kesyukuran itu dihiasi dengan kata2 memuji Allah dengan bertakbir dan bertahmid dalam waktu yang telah ditetapkan untuk hari raya fitrah ini, iaitu bermula dari selepas solat maghrib sehinggalah selesai menunaikan solat sunat aidilfitri kira2 jam 11 pagi, dinamakan takbir mursal, di pagi hari 1 Syawal.
Sepertinya kebiasannya pada hari raya begini, terutama orang2 di Malaysia mahu pun di Indonesia mereka mengambil peluang memohon maaf di antara satu sama lain, barangkali lojiknya semuaa orang di pagi hari raya, atau pun di hari raya ini, mereka berdada lapang berfikiran terbuka, tidak ada dendam kesumat, tidak ada rasa marah, rasa tidak puasa hati kemaren dilupakan sahaja, lalu menghulur tangan bermaafan, semua agar segala kesalahan terhadap sesama sendiri selesai, mudah2an diterima oleh Allah semuanya.
Read More ..

Monday, August 31, 2009

Ucapan Selamat Hari Raya 'Aidilfitri.

dream saudi arabia
imikimi - Customize Your World!


Mohon maaf zahir dan batin...dari kami: Razali & Kamina sekeluarga. Read More ..

Thursday, August 27, 2009

Futur di Masjid Nabawi Madina al Munauwara.

Muslimin dan muslimat berbuka puasa di Masjid Nabawi, Madina.

Pengalaman berbuka puasa(futur) di Masjid Nabawi, adalah satu2 peristewa yang sukar dilupai olehku, kerana pengalaman itu sangat mengesan dalam diri. Keseroronokkan dan kegimbiraan berbuka bersama2 ratusan ribu umat Islam yang datang kesitu dari seluruh dunia, menggambarkan betapa mesranya perasaan masing2 menekmati rezeki dari Allah yang tidak ternilai sedapnya itu. Barangkali dikarnakan oleh penuturan bahasa yang berbeda tiadalah apa2 yang dibicarakan, apatah lagi mau menghormati tempat suci itu, Masjid Nabawi, adalah tidak wajar ngomong kosong sahaja, kalu ada pun pertanyaan biasa sahaja, seperti, min aina inta? ana min malayzia, wa inta min fin? wa ana min masr. sekadarkan bermasra sesama ukhuwah muslimin.
Dalam perjalanan menuju ke Masjid, kira2 30 minit lagi masuk waktu maghrib, aku sudah sediakan sedikit bekalan untuk berbuka puasa, seandainya tidak ada sesiapa yang mengajak aku berbuka bersama2 mereka, kerana aku berseorangan, sementara isteri dan anak perempuanku, tentunya ke kumpulan jamaah muslimat. Kira2 10 meter lagi mau sampai ke Masjid, di sepanjang perjalanan itu, ada ramai yang menghulur makanan untuk berbuka, segalamacam kurma, minuman buah2an, yourgat, halib, berbagai jenis roti dan lain makanan lagi, setiap satunya aku capai sekadarnya, aku faham yang ketika itu aku adalah tamu Allah, tamu Nabi Muhammad saw, pada aku segalamacam rezeki di tanah haram Madinah itu, seharusnya aku terima dengan penuh kesyukuran dan alhamdulillah. Dari keadaan yang aku alami itu terasa kepada aku terlalu banyak kekurangan pada diriku, aku cuma menerima sahaja pemberian dari mereka sedangkan aku tidak terlintas pun dihatiku mau beribadah, bersedekah makanan berbuka seperti yang dilakukan oleh saudara2 Islamku yang lain itu, alangkah lemah dan dhaifnya diri jika dibandingkan dengan ukhwah2 aku itu?, pada hal untuk membeli sebungkus tamar dan sekotak dua minuman bersusu, aku masih mampu, untuk dibawa berbuka di Masjid Nabawi, dan disedekahkan pula kepada saudara2ku itu seperti yang dilakukan oleh mereka.
Sebaik sampai di halaman Masjid Nabawi itu, beberapa orang melambai aku mengajak duduk bersama2 berbuka dalam saf mereka, aku perkenankan pelawaan mereka yang paling terdekat dengan aku, yang tidak dapat aku tunaikan pelawaan mereka itu, aku balas balik lambaian mereka tanda hormat dan minta maaf. Kalu mau berbuka di dalam Masjid, seharusnya aku keluar seawal satu jam sebelum waktunya.
Ternyata apa yang telah aku alami ini, menjadi satu kenangan yang datang dan pergi dalam ingatanku, satu keinsafan keatas diriku yang ternyata mempunyai banyak kekurangn dan kelemahan dan berazam membuat amalan2 yang baik sepanjang masa, satu kesadaran bahawa semua orang Islam itu bersaudara, sebagai satu tubuh badan, kalu sakit satu anggota badan itu dan seluruh badan itu akan merasa sakitnya.
Read More ..

Saturday, August 22, 2009

Persatuan Bengkulu Malaysia Cawangan Gemas.

Bridg. Jen. Dato' Nordin bin Hj. Rahok, AJK PBM induk menyampaikan bantuan menjelang Ramadhan al mubarrak dalam majlis tersebut.

Kemaren aku berkesempatan hadir dalam mesyuarat agung penubuhan cawangan Persatuan Bengkulu Malaysia, untuk cawangan Gemas, Negeri Sembilan. PBM ini telah ditubuhkan pada 23 hb Disember 1992, di peringkat induk, dan baru sahaja mau dibuka cawangannya di kampung Bangkahulu dan diberi nama PBM cawangan Gemas.
Di antara aktiviti PBM ialah untuk menghubungkan silatulrahim di kalangan masyarakat keturunan Bengkulu yang dianggarkan ada seramai 50,000 orang di seluruh Malaysia. Mereka tinggal di merata2 tempat. Sekarang ini mereka bukan lagi tinggal di kampung2 dekat sungai, seperti di Sungai Choh, Sungai Kembung, Sungai Merab dan lain2, tetapi juga, bagi genarasi kedua, ketiga dan seterusnya udah tinggal di bandar2, di taman2. Pembentukan keluarga juga udah berubah, anak2 Bengkulu tidak lagi memilih jodoh sesama keturunan sahaja bahkan udah pergi lebih luas dan jauh lagi, akibat dari perubahan sosiobudaya tempatan masing2. Barangkali PBM ini adalah satu2nya jaringan untuk mengetahui kalu tidak dapat mengenali di antara satu sama lain secara dekat. Selain dari itu bertujuan menarik genarasi muda sama2 menghidupkan warisan, budaya dan adat warga Bengkulu, terutamanya penggunaan bahasa Bengkulu, bulang mau pun serawai, yang kurang dipraktikkan lagi.
Apa yang diharapkan Persatuan ini dapat berdiri teguh dan mempunyai ikatan silatulrahim yang lebih kuku.
Read More ..

Thursday, August 13, 2009

Satu Perjalanan Hidup.


The Road of Life
Grab a new Myspace 2.0 Layout


Read More ..

Bersedia Melalui Perjalanan Hidup.

Menunggu penerbangan ke Madinah al Munawarah di KLIA dalam perjalanan umrah.

Kadang2 ada perasaan hampa di dalam hati, apabila yang diangan2kan itu tidak tercapai , padahal seperti udah dalam genggaman, seharusnya nngak usah berputus asa dengan ketentuan Allah itu, barangkali Allah mau menggantikannya dengan yang lebih baik dari yang diangan2kan itu.
Barangkali yang dikatakan penghidupan itu, bukan hanya menunggu ribut berhenti, baru mau maju ke depan, tetapi penghidupan itu, harus berani keluar ke lapangan menari dalam hujan tersebut.
Barangkali bisa terjadi keakraban persaudaraan mau pun persahabatan berobah menjadi hambar, apabila satu pehak udah merasakan dirinya lebih bererti dari yang lain dari penghasilan mau pun status, saharusnya hal2 yang seperti ini nngak wajar terjadi, semua ini menyangkut dengan hati, riak, ia adalah satu sifat yang mazmumah. kadang2 rupa paras yang cantik dan berhias dengan emas permata, bukanlah menjadi ukuran yang seseorang itu merasa bahagia di dalam hidupnya, kecuali ia mensyukuri nikmat kurniaan Allah itu dan bertaqwa kepadaNya. Barangkali kalu mau mengatahui batas kebolehan diri sendiri itu, ialah dengan mencoba apa yang kita anggap tidak mungkin itu berkali2 sehingga ia ternyata tidak berjaya.

Read More ..

Monday, August 3, 2009

Hargailah Masa.


Hi5 Clocks at 5Fever.com
Myspace Comments

Amat rugilah manusia yang tidak memanafaatkan waktunya untuk berbakti. Read More ..

Saturday, August 1, 2009

Majlis Syukuran Menyambut Kedatangan Ramadhan Almubarrak.

Merasai kenikmatan makanan bersama keluarga.

Barangkali mengadakan majlis syukuran menyambut kedatangan bulan Ramadhan Almubarrak adalah wajar, bisa menghubungi silatulrahim di antara keluarga, sahabat handai mau pun rakan2 disamping sama-sama memohon kepada Allah keimanan, kesihatan yang baik, rezeki yang banyak terutamanya dalam bulan Ramadhan ini, khasnya, dan di bulan2 yang mendatang amnya.
Sepertinya kehendak dan kemahuan seseorang itu, untuk mendapatkan sesuatu adalah tidak terbatas, barangkali kemampuan dan keupayaan berbelanja yang ada aje, yang bisa menghalangnya dari berbuat demikian, sewajarnya ia harus pintar menentukan kebutuhannya. Terbukti menghadiri dan menunaikan undangan ke majlis jamuan, sama ada majlis itu besar mahu pun kecil, dari sanak saudara, jiran2 mahu pun sahabat dan kenalan, bisa mengiratkan lagi rasa muhibbah dan hormat menghormati, diantara satu sama lain, dalam masyarakat itu akan hidup subur.terutamanya dari pehak yang mengundang .
.

Read More ..

Monday, July 27, 2009

Persatuan Khairat Kematian Kg. Bangkahulu Gemas.

Diantara ahli yang hadir dalam mesyuarat tersebut.
Sebahagian ahli yang hadir dalam mesyuarat tersebut.
Kemaren aku sempat hadir dalam satu mesyuarat agung Persatuan Khairat Kematian tahun 2009, di balai raya kampungku. Ahli2 yang hadir adalah kira2 30% dari jumlah ahli yang seramai 92 orang itu. Barangkali hanya cukup memenuhi korom kehadiran ahli dalam satu mesyuarat agung seperti itu. Persatuan khairat kematian di kampungku ini amatlah sedarhana, kerana kampungku ini adalah sebuah kampung yang di ketagorikan sebagai kampung teradisi, kalu mau dikirakan penduduknya lebih kurang 500 orang sahaja.
Apa yang aku perhatikan dan fikirkan persatuan seperti ini adalah penting dan wajar dan memberi makna yang baik kepada penduduk setempat, selain dari mengiratkan hubungan silaturahim, dapat pula memberikan sedikit bantuan kepada anak sanak yang menghadapi kearalan itu secara bersama, tanda simpati dan takziah, kadang2 munkin ada diantara ahli itu tinggal jauh dari kampung, ada yang mungkin tidak sempat pulang di atas keuzuran masing2, jadi dengan sumbangan yuran tahunan yang sedikit itu, insyaallah seolah2nya ia telah bersama dalam susana kemurungan itu.
Yang paling jelas, sebanyak sedikitnya kewujudan persatuan seperti ini dapat menunai dan melaksanakan kewajipan ferdu kifayah agama Islam, barangkali dengan sedikit lancar. Persatuan ini hanya dapat memberikan sedikit bantuan kewangan yang barangkali cukup untuk membeli kain kapan dan keperluan lain yang berkaitan dengannya. Ya, kalu ada berlaku satu kematian orang Islam, maka wajiblah diuruskan empat perkara iaitu, dimandikan, dikapankan, disembahyangkan dan dikebumikan.
Kalu dulu apabila berlaku kematian di kampungku jenazah yang mau dibawa kekubur untuk dikebumikan itu, dipikul, ternyata cara ini udah tidak termampu lagi, walau pun ia baik, kerana gulungan yang tinggal di kampungku, boleh dikatakan 80% terdiri dari warga tua yang tidak sekuat kemaren lagi, apa yang dapat disediakan oleh persatuan ini adalah sebuah kereta tolak usung jenazah, ternyata kereta ini dapat meringankan sedikit beban, kalu mau membeli sebuah kereta jenazah khas, seperti di kebanyakkan tempat lain itu, persatuan ini sudah pasti tidak mampu, kecuali ya, kalu ada yang diluar sana tu berminat untuk berbuat kebajikan yang demikian, tentunya persatuan ini mengalu2kannya.
Mujurlah buat masa ini, menggali kuburan itu masih dibuat secara gotong royong oleh ahli persatuan, ahli kariah masjid dan sesiapa juga yang mau mendapatkan pahala fardu kifayah, persatuan cuma dapat menyediakan alat2 menggali secara manual, seperti cangkul, pungkis dan penggali tanah. Sebenarnya menggali kuburan ini juga memerlukan kemahiran. Aku berdoa semoga kebajikan ini dapat diteruskan sampai bila2, mengambil kesempatan ini aku mengajak penduduk, anak2 kampung ini terutamanya yang udah berkeluarga, tinggal jauh mau pun dekat marilah kita sama2 menyertai persatuan ini, insyaalah kalu yang berat sama2 dipikul dan yang rengan sama2 dijinjing, mudah2an kita dapat rasakan aman dan damainya, di kampung kita. Setiap yang hidup itu, akan merasai mati, bilakah waktunya? hanya Allah sahaja yang tahu.
Apa2 juga yang kita buat baik walau sebesar zarrah sekali pun, insyaallah akan dilihat dan diterima oleh Allah kebaikkan itu.
Read More ..

Tuesday, July 21, 2009

Dorongan Kasih Silaturahimi.

Bersedia bertolak dari Airport Padang ke Bengkulu menaikki mobile.
Umpama tingginya kedudukan orang yang menghubungi silaturahimi itu, sama seperti orang yang mengabdikan dirinya kepada Allah, orang yang mendirikan solat, dan menunaikan zakat, menghampiri dirinya dengan syurga dan menjauhkan dirinya dari neraka.
Sepertinya membawa oleh2 ke rumah saudara yang diziarahi itu, bisa menambah rasa kasih sayang kekeluargaan, seharusnya bukanlah menjadi satu penghalang mau berkunjung silaturahimi. Sepertinya kasih saudara sama berada, seharusnya perbedaan rezeki dan penghasilan kurniaan Allah itu, bisa mendampingi lagi perasaan kasih sayang persaudaraan. Tiba pada satu saat kangen kepada saudara itu melebihi daripada segalamacam harta. Menysukuri kurniaan rezeki dan penghasilan yang banyak dengan memberikan infak kewangan , dengan mendahulukan bantuan kepada keluarga terdekat yang memerlukan bantuan, bisa menambah eratkan lagi siturahimi kekeluargaan.

Read More ..

Thursday, July 16, 2009

Memperingati Peristewa Israk dan Mi'raj.

Menunaikan solat di Masjid Alharam Makkah Almukarramah.

Kalu mau membicarakan amal yang seharusnya dilakukan dalam bulan Rejab ini khususnya, sambil memperingati peristewa Israk dan Mi'raj Nabi Muhammad saw, ialah ibadah solat, selain ia wajib ditunaikan oleh setiap orang Islam, yang mempunyai syarat2 yang cukup, sepertinya memperingati peristewa yang penuh dengan dorongan ke arah kebaikan, pembalasan segalamacam perbuatan yang tidak wajar dan mungkar, dan teladan2 yang perlu dicontohi sepanjang masa, kerana solat itu diterima oleh Nabi Muhammad saw dari Allah swt dalam peristewa tersebut.
Sepertinya kesungguhan dan ketertiban Nabi Muhammad saw berulang alik menemui Allah swt memohon pengurangan perintah solat dari 50 waktu ke 5 waktu sehari semalam disamping mendengar dan menerima pandangan Nabi Musa aws itu, seharusnya diambil aktibar dan teladan oleh pemimpin2 terutamanya dan orang2 Islam khasnya mendahulukan orang2 yang dibawah pimpinannya.
Barangkali orang yang sabar itu, bukan sahaja mampu menahan diri dari kata2 orang yang menyakiti hati dan perasaanya, tetapi juga bisa menahan segalamacam godaan nafsu dan syaitan disukai oleh Allah dan Allah itu bersama orang yang sabar.
.
Read More ..