Sunday, May 31, 2009

Indahnya Ikatan Silatulrahimi.

Bapak H. Mahyudin Shobri, SE, di rumahnya di Taman Osaka, Tangerang, Jakarta.
Gadis berbicara sama neneknya.
Muhammad Ilham mencoba mobile mainannya.

Kemaren aku, isteriku dan anakku keluar ke Bengkulu menunaikan undangan majlis perkahwinan anak perempuan ponakan ku di Sukarami. Sewaktu mau berangkat ke Jakarta lewat pesawat Mandala di Bendara Fatmawati, secara kebetulan aje aku bertemu dengan Bapak Muhyudin, lalu ponakanku Lukman yang ada mengantar aku dan keluargaku pulang memperkenalkan Bapak Muhyudin itu kepada aku, lalu aku meminta no hp nya, dengan tujuan, dalam ingatanku kalu2 aku turun lagi ke Jakarta , sekurang2nya ada kenalan yang bisa aku ziarahi. Ternyata Bapak Mahyudin dan aku sekeluarga menumpang dalam pesawat yang sama.
Setibanya kami di airport Jakarta, Bapak Mahyudin mengajak aku singgah dirumahnya. Setelah berunding dengan isteri dan anakku, aku setuju singgah di rumahnya. Kebetulan pula kami transit di Jakarta itu agak lama, tambahan pula kata bapak itu rumahnya tidak jauh dari bendara itu.
Isteri dan anakku menaikki mobile yang udah menunggu kepulangannya. Sementara aku menaikki taksi bersama Bapak Mahyudin. Dalam perjalanan ke rumahnya itu sempatlah aku bertanyakan tentang penghidupan juga pembangunan di kota Jakarta itu, secara kebetulan pula yang Bapak Mahyudin itu, iya memang adalah Anggota DPD/MPR -RI, sekurang2nya informasi yang aku dapat itu, membantu aku memikirin sosial dan masyarakat di Jakarta itu khasnya dan Indonesia keseluruhannya secara amnya.
Di rumahnya aku, isteri dan anakku diterima baik sekali oleh Bapak Mahyudin dan keluarganya. Kedua2 belah pehak bertanyakan khabar dan apa2 saja yang berkaitan dengan pertemuan itu. Langsung aku bertanyakan nama, dan sanak saudaranya di Bengkulu. Gadis nama panggilan isteri Bapak Mahyudin, neneknya adik beradik kontan dengan ayah Lukman, kiranya Lukman itu omnya, sedangkan Lukman itu adalah ponakanku, kalu ikut tuturannya Gadis harus memanggil aku 'Datuk'..oleh kerana udah jelas, langsung aje Gadis memanggil aku datuk, mereka masih sanak2 aku rupanya. Udah jelas kepada aku sekarang, Allah menyukai orang2 yang suka menghubungi silatulrahimi, itulah pertama kalinya aku bertemu dengan keluarga Bapak Mahyudin itu, langsung menjadi pertemuan keluarga.
Pada hari itu aku dan keluarga buru2 keluar ke Bendara Jakarta, kerana Devy cucuku, anak Lukman, mau ketemu kami, udah menunggu di airport tersebut. Sebelum berangkat ke airport Mahyudin dan Gadis menjamu kami makan. Aku makan sepuas2nya. Kami dihantar ke airport oleh super Mahyudin. Aku, isteri dan anakku merasa senang sekali menerima kasih sayang daripada mereka. Sampai ketemu lagi insya Allah.
Read More ..

Tuesday, May 26, 2009

Bicara Hati.

Muhammad Azlan menatang segenggam air.
Kalau hati sejernih air, jangan biarkan ia keruh.
Wahai Tuhanku sesungguhnya aku memohon kepadaMu ilmu yang munafaat, rezeki yang banyak, sehat dan sejahtera dari semua penyakit dan keluh kesah.
Read More ..

Friday, May 22, 2009

Lagu Kasih...

Lagu Kasih....
"Hai anakku, janganlah engkau mempersekutukan Allah.
Semua amalanmu, meskipun sebesar zarrah, maupun baik ataupun jahat,
nescaya akan dibalas Allah. Tegakkanlah sembahyang. Suruhlah memperbuat yang ma'ruf dan laranglah memperbuat yang mungkar. Sabarlah atas cobaan yang menimpa engkau. Janganlah engkau sombong terhadap manusia. Janganlah engkau berjalan dimuka bumi dengan sangat bersuka ria, hingga lupa daratan dan lautan. Hendaklah sedarhana dalam perjalanan, jangan terlalu kencang dan jangan pula terlalu lembut. Rendahkanlah suara engkau dalam bercakap cakap. "
Muhammad Azim dengan Mak Ngahnya dalam perjalanan dari Padang Ke Bengkulu.
Read More ..

Thursday, May 21, 2009

Jumpa Kangen.


Pertemuan Rara dengan buciknya buat pertama kalinya di majlis resepsi
Pernikahan Emay dan Yadi- di Bengkulu Indonesia.
Rara dengan Buciknya.

Sepertinya ia sayang kepadaku,
sepertinya ia cinta kepadaku,
tetapi bibirnya tak mau bicara.........
gelisah..oh..gelisah....

Read More ..

Tuesday, May 19, 2009

Indahnya Lukisan Alam.

Sunset di Pantai Panjang Bengkulu.
Panorama Sunset di Pantai Panjang Bengkulu.
Panorama Sunset di Pantai Panjang Bengkulu.
Waktu Senja di Pantai Panjang Bengkulu Indonesia.

Ternyata Bengkulu mempunyai sebuah pantai yang indah, berpasir halus luas terbentang dan berkilometer panjangnya. Ada pengunjung yang datang kesitu, dan mereka pernah juga ke Bali membandingkan Pantai Panjang itu ternyata lebih cantik dan indah dari pantai di Bali. Cuma barangkali Pantai Panjang itu bukan lokasinya di sebuah pulau seperti di Bali itu. Kalau musim libur mahupun libur hujung minggu Pantai Panjang menerima ramai pengunjung, samada pengunjung dari luar mahupun tempatan, tetapi olehkerana pantainya yang sangat panjang itu, maka kelihatan tidaklah berapa crowded sangat. Tidak ada pengunjung yang mau menyusur sepanjang pantai itu berjalan kaki kerana terlalu jauh.
Aku menyusur sepanjang pantai itu dengan menaikki mobile yang dipandu oleh keponakanku. Apa yang menarik disepanjang laluan menyusur pantai itu, selain dari menikmati panorama alam, aku dapat menyaksikan penghidupan nelayan2 di tepi pantai itu. Boleh dikatakan di sepanjang laluan jalan yang aku ikut itu terdapat gerai2 makanan yang menjual gorengan2 udang, ikan, ketam dan satay kerangan2 segar, yang baru ditangkap oleh nelayan2 pantai itu dan ada juga sedikit kuih muih.
Aku singgah disalah sebuah gerai yang ada itu. Aku membeli sedikit makanan, anakku memilih udang goreng yaang besar, harganya seekor Rp 20,000 kira2 RM8.00, kalau di Malaysia di tempat biasa aku makan sekitar RM30.00 seekor sebesar itu, itu pun udang galah (sungai).
Waktu senja pemandangan alam yang luas terbentang itu semakin menarik dengan pancaran cahaya matahari mahu terbenam. Ternyata sunset itu cantik dan indah pemandangannya, itulah ciptaan Tuhan yang maha bijak mentadbir alam ini. Tiada sekutu baginya. Aku cuma sempat merakamkan beberapa keping gambar sahaja, melalui hp aku sahaja untuk kenang2an yang aku udah sampai di Pantai Panjang ini, menikmati panorama itu. Aku postkan ke blog ini, kalu ada pembaca yang mau berkongsi dengan aku. Itulah kata orang kalu jauh berjalan luaslah pandangan.
Read More ..

Thursday, May 7, 2009

Kuih Tat Bengkulu.

Kuih Tat Asli Bengkulu - Indonesia.
Kuih Tat Bengkulu - Malaysia.

Seperti mana masyarakat lainya, masyarakat Bengkulu juga mempunyai warisan makanannya sendiri, samada kuih muih basah mahu pun kering dan juga lauk pauk. Kalau kuih basah terdiri seperti oncong-0ncong, sementara kuih kering dan tahan lama adalah seperti kuih tat, dan kalu lauk pauknya pula seperti bobotok dan bobokol.
Minggu kemaren aku pergi menghadiri majlis pernikahan cucu saudaraku dan langsung ke pesta resepsinya sekali, di Sukarami Bengkulu Indonesia. Sebagai buah tangan, oleh2 kata orang sana aku bawa kuih tat Malaysia, sebelum berangkat itu anakku yang pergi bersama itu, tidak berapa setuju aku membawa oleh2 itu dengan katanya, kalu di Bengkulu itu kuih tat ada banyak. Tetapi aku teruskan juga cadangan aku itu, aku minta jiran yang kebetulan pula dia adalah pengusaha tat Bengkulu di tempatku. Tujuan aku sebenarnya disamping menjadi oleh2 aku datang, aku juga mau tunjukkan kepada mereka ini adalah tat Bengkulu- Malaysia.
Sebaik aku tiba di rumah ponakan aku itu, kaum keluarga, sanak saudara udah berkumpul. Masing2 membantu menyediakan apa2 yang perlu untuk tujuan upacara majlis pesta pernikahan itu. Kuih yang aku bawa itu aku serahkan kepada ponakan aku itu. Kataku itulah kuih tat Bengkulu Malaysia. Meraka mencadangkan kuih itu adalah 'cucu tat'.Terbayang dikepalaku bagaimana perkara ini terjadi, dalam renungan aku seorang, dalam angan2ku tat ini telah dibuat kecil2 begitu, kerana kesempitan hidup dalam perantauan, tambahan pula barangkali anak2 ramai, sementara hari lebaran tiba mahu dihidangkan juga kepada tetamu yang mana itu satu2nya kuih tardisi bangsanya.
Semasa duduk2 minum sambil berbual bercerita segala macamnya, mereka menyajikan tat asli Bengkulu Indonesia, besar dan berbentuk agak cantik. Ramuannya terdiri dari, tepung, gula, telur, kelapa untuk santan, kelapa untuk inti, gula merah-kabung, vanila dan air soda. Barangkali vanila dan air soda adalah untuk upgradekan tat itu sendiri, seiring dengan perkembangannya.
Dimana2 juga majlis utama masyarakat Bengkulu terutama dalam majlis pesta perkahwinan, hidangan kuih hari raya, dan untuk tetamu yang datang ke rumah akan ditemui tat Bengkulu ini, walau apa pun jua semoga makanan warisan Bengkulu ini akn terus dapat dinikmati selamanya.
Read More ..

Saturday, May 2, 2009

Selamat Berbahagia Emy dan Yadi.

"Selamat Pengantin Baru", Emy dan Yadi semoga kelian berdua panjang umur, banyak rejeki dan berbahagia hingga akhir hayat.
Kedua pengantin di Majlis Resepsi mengalu2kan kehadiran tetamu.
Ijab dan kabul, akad nikah dilafazkan oleh ayah pengantin perempuan, Hj. Syarifudin, dan diterima oleh pengantin laki2 Yadi dan disaksikan oleh dua orang saksi utama, tuan imam dan sanak keluarga kedua mempelai.
Penyerahan Mas Kahwin merupakan selengkap alat solat oleh pengantin laki2, Yadi kepada pengantin perempuan, Emy.
Menikmati hidangan secara tradisi Bengkulu Indonesia selepas penyerahan mas kahwin dan akad nikah.
Pengenalan photo dari sebelah kanan ayah Yadi, ibu Yadi, datuk Emy, bucik Emy, Emy (pengantin perempuan) Yadi (pengantin laki2) nenek Emy, emak Emy dan ayah Emy.

Kemaren aku berkesempatan hadir di majlis pesta perkahwinan cucu saudaraku Emy, di Sukarami RT 1 No 10, Kacamatan Selebar, Kotamadia Bengkulu, Indonesia, tanggal 25 & 26 April, 2009. Turut serta bersamaku isteriku dan seorang anak perempuanku yang mereka panggil 'Bucik'. Walau pun sebelum ini udah ada beberapa undangan pesta perkahwinan yang serupa tetapi belum ada rejeki mahu serta, kali ini alhamdulillah terkabul.
Inilah pertama kalinya aku berpeluang menghadiri dan mengikuti adat istiadat perkahwinan keturunan Bengkulu, keturunanku, di tanah tumpah darah nenek moyangku sendiri, Bengkulu. Teras utamanya adalah sama, sebagaimana kehendak dan peraturan yang ditetapkan oleh agama Islam yang maha suci, iaitu ijab dan kabul, oleh wali dan bakal suami dan disaksikan oleh dua orang saksi sekurang2nya.
Barangkali yang berbeda itu adalah adat istiadat yang diamalkan oleh keturunan Bengkulu itu sendiri, kalau mau dibedakan adalah dari segi penampilan acara dalam majlis tersebut. Susunannya, majlis akad nikah dihadiri ramai anak sanak dikedua belah pehak, dengan pakaian yang lengkap, kalau yang laki2 harus berkain sarung dan menutup kepala, sama ada bersongkok, berkupiah putih, songkok jawa mahu pun berserban. Kalu aku yang pertama kalinya kesitu, cuma berpakaian kemeja dan berseluar panjang, sepertinya aku di Malaysia ini, mereka tidak membenarkan aku duduk sama dalam majlis itu, walalu pun aku ini datuknya, mujurlah ada anak saudaraku meminjamkan songkoknya, dan seorang cucuku meminjamkan pula kain sarungnya kepada aku, setelah mengenakan pakaian tersebut barulah aku dijemput masuk ke majlis akad tersebut, sebenarnya memang udah sedia tempat duduk untuk aku disitu. Sebelum akad nikah dijalankan Pak Ustad menyampaikan khutbah nikah yang berupa nasihat bukan sahaja berguna kepada pasangan pengantin tetapi juga kepada sidang hadirin dan hadirat dalam majlis itu. Akad nikah pada hari itu dilafazkan sendiri oleh walinya, Hj. Syarifudin, ayah
kandung Emy sendiri.
Sebaik selesai akad nikah doa dibacakan oleh tuan imam, barulah pengantian perempuan dijemput keluar untuk penyerahan mahar mithil, "mas kahwin" merupakan selengkap alat solat
oleh pengantin laki2, seterusnya kedua pengantin bersalam2an kepada sanak saudara yang hadir. Penutup majlis akad nikah itu tetamu yang hadir dihidangkan dengan jamaun makan tenganh hari, yang dihidangkan secara tradisi Bengkulu, disajikan dengan penuh teratur.
Pada hari esoknya diadakan pula majlis resepsi, untuk mempersilakan tetamu2 undangan, terdiri dari sanak saudara jauh dan dekat, jiran2, teman sekantor, rakan2 dan tidak ketinggalan pemimpin2 tempatan. Kedua2 pengantin, ayah dan ibu pengantin perempun dan ayah dan ibu pengantin laki2, sama2 duduk sebaris diatas kerusi yang berhias indah diatas sebuah pentas yang disediakan khas. Kedatangan para tetamu disambut oleh penyambut tetamu yang berpakain seragam, kalu perempuan berkain batik dan berbaju kebaya, dan yang laki2 berpakaian suit lengkap atau pun berbaju batik dan bersongkok.
Hidangan diberikan dalam bentuk bufet. Yang menariknya semua tetamu adalah begitu. Kalu di tempat aku ada main table, ada meja untuk pengantin, corak hidangannya berbeda2 tetapi tidak disini, pengantin pun diberikan hidangan bentuk bufet yang sama juga. Setelah tetamu selesai menikmati hidangan, masing2 naik keatas pentas bersalam2an dengan pengantin, ibu dan ayah kedua2 pengantin, mengucapkan tahniah dan selamat menempuh penghidupan baru, semoga berbahagia selamanya.
Acara2 lain yang tersedia sebelah malam akad nikah ialah majlis berdikir, berinai curi, di hari majlis resepsi berlangsung, ada tarian2 dan nyanyi2an dan di sebelah malamnya ada tarian silat dan hinggalah majlis penutup dan berakhir.




Read More ..