Monday, July 27, 2009

Persatuan Khairat Kematian Kg. Bangkahulu Gemas.

Diantara ahli yang hadir dalam mesyuarat tersebut.
Sebahagian ahli yang hadir dalam mesyuarat tersebut.
Kemaren aku sempat hadir dalam satu mesyuarat agung Persatuan Khairat Kematian tahun 2009, di balai raya kampungku. Ahli2 yang hadir adalah kira2 30% dari jumlah ahli yang seramai 92 orang itu. Barangkali hanya cukup memenuhi korom kehadiran ahli dalam satu mesyuarat agung seperti itu. Persatuan khairat kematian di kampungku ini amatlah sedarhana, kerana kampungku ini adalah sebuah kampung yang di ketagorikan sebagai kampung teradisi, kalu mau dikirakan penduduknya lebih kurang 500 orang sahaja.
Apa yang aku perhatikan dan fikirkan persatuan seperti ini adalah penting dan wajar dan memberi makna yang baik kepada penduduk setempat, selain dari mengiratkan hubungan silaturahim, dapat pula memberikan sedikit bantuan kepada anak sanak yang menghadapi kearalan itu secara bersama, tanda simpati dan takziah, kadang2 munkin ada diantara ahli itu tinggal jauh dari kampung, ada yang mungkin tidak sempat pulang di atas keuzuran masing2, jadi dengan sumbangan yuran tahunan yang sedikit itu, insyaallah seolah2nya ia telah bersama dalam susana kemurungan itu.
Yang paling jelas, sebanyak sedikitnya kewujudan persatuan seperti ini dapat menunai dan melaksanakan kewajipan ferdu kifayah agama Islam, barangkali dengan sedikit lancar. Persatuan ini hanya dapat memberikan sedikit bantuan kewangan yang barangkali cukup untuk membeli kain kapan dan keperluan lain yang berkaitan dengannya. Ya, kalu ada berlaku satu kematian orang Islam, maka wajiblah diuruskan empat perkara iaitu, dimandikan, dikapankan, disembahyangkan dan dikebumikan.
Kalu dulu apabila berlaku kematian di kampungku jenazah yang mau dibawa kekubur untuk dikebumikan itu, dipikul, ternyata cara ini udah tidak termampu lagi, walau pun ia baik, kerana gulungan yang tinggal di kampungku, boleh dikatakan 80% terdiri dari warga tua yang tidak sekuat kemaren lagi, apa yang dapat disediakan oleh persatuan ini adalah sebuah kereta tolak usung jenazah, ternyata kereta ini dapat meringankan sedikit beban, kalu mau membeli sebuah kereta jenazah khas, seperti di kebanyakkan tempat lain itu, persatuan ini sudah pasti tidak mampu, kecuali ya, kalu ada yang diluar sana tu berminat untuk berbuat kebajikan yang demikian, tentunya persatuan ini mengalu2kannya.
Mujurlah buat masa ini, menggali kuburan itu masih dibuat secara gotong royong oleh ahli persatuan, ahli kariah masjid dan sesiapa juga yang mau mendapatkan pahala fardu kifayah, persatuan cuma dapat menyediakan alat2 menggali secara manual, seperti cangkul, pungkis dan penggali tanah. Sebenarnya menggali kuburan ini juga memerlukan kemahiran. Aku berdoa semoga kebajikan ini dapat diteruskan sampai bila2, mengambil kesempatan ini aku mengajak penduduk, anak2 kampung ini terutamanya yang udah berkeluarga, tinggal jauh mau pun dekat marilah kita sama2 menyertai persatuan ini, insyaalah kalu yang berat sama2 dipikul dan yang rengan sama2 dijinjing, mudah2an kita dapat rasakan aman dan damainya, di kampung kita. Setiap yang hidup itu, akan merasai mati, bilakah waktunya? hanya Allah sahaja yang tahu.
Apa2 juga yang kita buat baik walau sebesar zarrah sekali pun, insyaallah akan dilihat dan diterima oleh Allah kebaikkan itu.
Read More ..

Tuesday, July 21, 2009

Dorongan Kasih Silaturahimi.

Bersedia bertolak dari Airport Padang ke Bengkulu menaikki mobile.
Umpama tingginya kedudukan orang yang menghubungi silaturahimi itu, sama seperti orang yang mengabdikan dirinya kepada Allah, orang yang mendirikan solat, dan menunaikan zakat, menghampiri dirinya dengan syurga dan menjauhkan dirinya dari neraka.
Sepertinya membawa oleh2 ke rumah saudara yang diziarahi itu, bisa menambah rasa kasih sayang kekeluargaan, seharusnya bukanlah menjadi satu penghalang mau berkunjung silaturahimi. Sepertinya kasih saudara sama berada, seharusnya perbedaan rezeki dan penghasilan kurniaan Allah itu, bisa mendampingi lagi perasaan kasih sayang persaudaraan. Tiba pada satu saat kangen kepada saudara itu melebihi daripada segalamacam harta. Menysukuri kurniaan rezeki dan penghasilan yang banyak dengan memberikan infak kewangan , dengan mendahulukan bantuan kepada keluarga terdekat yang memerlukan bantuan, bisa menambah eratkan lagi siturahimi kekeluargaan.

Read More ..

Thursday, July 16, 2009

Memperingati Peristewa Israk dan Mi'raj.

Menunaikan solat di Masjid Alharam Makkah Almukarramah.

Kalu mau membicarakan amal yang seharusnya dilakukan dalam bulan Rejab ini khususnya, sambil memperingati peristewa Israk dan Mi'raj Nabi Muhammad saw, ialah ibadah solat, selain ia wajib ditunaikan oleh setiap orang Islam, yang mempunyai syarat2 yang cukup, sepertinya memperingati peristewa yang penuh dengan dorongan ke arah kebaikan, pembalasan segalamacam perbuatan yang tidak wajar dan mungkar, dan teladan2 yang perlu dicontohi sepanjang masa, kerana solat itu diterima oleh Nabi Muhammad saw dari Allah swt dalam peristewa tersebut.
Sepertinya kesungguhan dan ketertiban Nabi Muhammad saw berulang alik menemui Allah swt memohon pengurangan perintah solat dari 50 waktu ke 5 waktu sehari semalam disamping mendengar dan menerima pandangan Nabi Musa aws itu, seharusnya diambil aktibar dan teladan oleh pemimpin2 terutamanya dan orang2 Islam khasnya mendahulukan orang2 yang dibawah pimpinannya.
Barangkali orang yang sabar itu, bukan sahaja mampu menahan diri dari kata2 orang yang menyakiti hati dan perasaanya, tetapi juga bisa menahan segalamacam godaan nafsu dan syaitan disukai oleh Allah dan Allah itu bersama orang yang sabar.
.
Read More ..

Sunday, July 12, 2009

Cermin Diri.

Labbaikallahumma labbaik, labbaikala syarikalaka , labbaik....semasa di Masjid Alharam.

Sepertinya menjauhkan diri dari segalamacam sifat yang mazmumah dari diri sendiri mau pun keluarga, seharusnya dipraktikkan supaya kehidupan bisa aman rohaniah dan jasmaniah, disukai oleh Allah..
Sepertinya setiap insan maukan kebahagian, sakit rasa bahagia kalu sembuh, miskin rasa bahagia kalu kaya, susah rasa bahagia kalu senang, orang yang dahaga rasa bahagia kalu mendapat seteguk air, barangkali orang yang menganggur rasa bahagia kalu mendapat pekerjaan, tentu ada saatnya bisa dirasai kebahagian itu. Sepertinya memohon kemaafan segalamacam kesalahan dari seseorang atau menerima kemaafan seseorang dengan tulus dan ikhlas persaudaran disukai banget oleh Nabi Muhammad saw, kerana Beginda itu adalah amat pemaaf orangnya. Sepertinya memberi kasih sayang dan menerima kasih sayang dari seseorang itu dengan hati yang tulus dan ikhlas, disukai oleh Allah, kerana Allah itu maha pemurah lagi penyayang..
Read More ..

Thursday, July 9, 2009

Musik Memberikan Ketenangan.

video Read More ..

Wednesday, July 8, 2009

Menghargai Diri Sendiri.


Life's Too Short
Got a Twitter? Grab some Custom Twitter Backgrounds


Read More ..

Saturday, July 4, 2009

Catatan Nasihat Diri.

Aku sedang menulis sesuatu yang diperlukan di Garage Horizon Hotel Bengkulu Indonesia.

Anugerah sehat, muda, kaya, senang semasa hidup oleh Alloh, seharusnya digunakan dengan sewajarnya untuk berbuat kebajikan kepada diri sendiri, sanak saudara, sahabat mau pun rakan2, yang mungkin tidak bisa dicapai lagi apabila udah sakit, tua apalagi kalu ajal menjemput pulang..
Sepertinya membawa oleh2 ke rumah saudara yang diziarahi itu bisa menambah rasa kasih sayang keluarga, seharusnya bukanlah menjadi satu penghalang mau berkunjung silatulrahimi.
Keributan mencari penghasilan untuk diri sendiri, apalagi kalu udah berkeluarga, gagal menziarahi kedua ibu bapa, pada hal hati udah tersangat rindu, barangkali hanya doa dipanjatkan selepas solat memohon kesihatan, panjang umurnya dan murah rezekinya untuk mengobati rasa kangen.
Read More ..

Friday, July 3, 2009

Kampung Bangkahu Gemas,N.Sebilan Malaysia.

Persimpangan masuk ke Kampung Bangkahulu, dari jalan Gemas ke Tampin.
Pintu gerbang (gang) masuk ke Kampung Bangkahulu.
Kampung Bangkahulu adalah sebuah kampung tradisi, boleh dikatakan penduduk2nya adalah terdiri dari orang2 keturunan Bangkahulu, Indonesia, yang datang ke Gemas ini sekitar tahun 20an lagi. Kampung ini adalah penempatan yang dibuka dalam tahun 1957, sebagai hadiah dari kerajaan, membalas jasa baik dua orang pendekar yang membunuh penjahat kuminis pada ketika itu. Mereka ialah..
Datuk Dagang Ariffin bin Depati Sarin dan Tuan Haji Sidek bin Salihin. Di kampung ini mempunyai kira2 65 buah rumah. Kalau penduduknya adalah kira2 500 orang. Bahasa pertuturan harian yang digunakan adalah Bahasa Malaysia, penggunaan bahasa bengkulu hanya di kalangan orang tua2 dan jenerasi kedua, sementara jenarasi ketiga dan seterusnya tidak dapat lagi menguasai bahasa tersebut. Bahasa Bengkulu yang terdapat di kampung ini adalah bahasa serawai, dan sedikit2 dari suku lembak. Penghidupan seharian, penghasilan terdiri dari pejawat2 awam, guru dan pegawai negeri dan sebilangan besar adalah pekebun karet (getah). Sawah padi ada tetapi telah dipajakkan kepada pengusaha luar, rata2 penghasilan penduduk adalah sedarhana, col ade yang lumayan.

Read More ..

Pantun.

Pemandangan Sawah Padi di Kampung Bengkulu.
Dari mana datangnya lintah,
Dari sawah turun ke padi,
Dari mana datangnya cinta,
Dari mata turun ke hati.
Kalau ada sumur di ladang,
Dapat saya menumpang mandi,
Kalau ada umur yang panjang,
Dapat kita berjumpa lagi.
Niyur gading tinggi menjulang,
Buah keranji di dalam perahu,
Sudah lama bujang tak datang,
Hati di dalam merasa rindu.

Read More ..

Thursday, July 2, 2009

Sambungan Belajar Komputer.

Hari ini aku mulai lagi menyambung pelajarn komputer dari abang, kebetulan dia ada cuti belajar selama dua minggu. Aku harap banyak lagi yang aku tau berkenaan komputer lebeh2 lagi mengenai perapian dan pemasan blog.
Aku harapkan supaya selepas mendapat pelajaran baru ini, aku dapat menulis blog lebih menarik lagi. Kali ini aku belajar bagaimana mau meletakkan 'read more' dalam blog aku supaya paparan sebelah depan blog itu tidak terlalu panjang.


Read More ..