Friday, October 30, 2009

Majlis Kesyukuran Dan Doa Selamat Dalam Perjalanan Haji.

Tawaf, mengelilingi Kaabah sebanyak tujuh pusingan.
24hb. Oktober, 2009.
Atan, isterinya Hanisah dan ibunya mahu berangkat ke tanah suci menunaikan ibadah haji pada 30 oktober ini menaikki pesawat Saudia Arabia. Dia telah mengadakan majlis bacaan yasin dan doa selamat di rumahnya malam kemaren. Aku dan isteri sempat hadir ke majlis tersebut . Ramailah anak sanak saudara mara dan sahabat handai juga jiran tetangga hadir bersama memohon doa restu mudah2an mereka selamat dalam perjalanan serta dapat menunaikan ibadah haji dengan baik, mudah2an mendapat haji yang mabrur.Perjalanan haji itu adalah perjalanan ibadah menunaikan rukun Islam yang ke lima, Orang Islam yang mampu dari segi fizikal mentol mahu pun perbelanjaan pergi dan balik dan juga makan minum selama di sana, dan termasuk juga anak2 yang tinggal di rumah, maka hukumnya wajib dan tidak boleh dilengah2kan lagi, hukum wajibnya itu hanya sekali dalam seumur hidup. Pengalaman aku menunaikan haji dalam tahun 2006 yang lalu masih basah dalam ingatanku betapa syahdunya berada di tanah suci itu. Setiap kali laungan azan hati sudah pasti menggamit2 mahu ke masjid. Terasa bagaimana nikmatnya beribadah di Masjid al Haram mahupun di Masjid Nabawi di Madina al Munawara. Setiap tahun apabila sampai musim haji, apa2 juga yang kita alami kemaren itu pasti mengimbau kembali, barngkali bukan aku seorang begitu, sesiapa juga yang pernah kesana akan merasai perkara yang sama. Kebelakangan ini mau pergi haji kena tunggu giliran dengan masa yang agak lama, kalu mendaftar sekarang, barangkali dalam tahun 2020 nanti baru sampai ke giliran kita, Ini bukan apa dikeranakan oleh orang yang mendaftar mau pergi ke sana itu adalah ramai, dan masih ramai lagi menunggu yang belum lepas pergi. Yang mendaftar itu bukan sahaja yang pertama kali mahu kesana, tetapi juga ada yang pernah pergi di tahun yang lepas2 dan mau pergi sekali lagi atau beberapa kali lagi, terpulanglah diatas keazaman dan kemampuan masing2. Ada yang mau pergi tiap2 tahun, itulah makanya pehak pengurusan haji menetapkan bagi yang pernah pergi, ditimbangkan untuk terpilih sekurang2nya selepas masa lima tahun, walau bagaimana jua pun pendaftarannya menyumbang juga kepada susunan giliran pergi ke sana setiap tahun. Insyaallah kalu udah sampai saatnya terpilih jua.
Read More ..

Wednesday, October 28, 2009

Satu Pengalaman Berurusniaga.

Pemandangan dalam sebuah perniagaan.
23hb. Oktober, 2009.
Kemaren aku keluar ke kedai yang menjual komputer dan peralatan yang berkenaan dengannya di sebuah Bandar kira2 40km dari tempat aku. Tujuan aku ke sana itu untuk mendapatkan part antena modem yang aku beli kira2 6 bulan yang lepas. Moden tersebut baru sahaja dicoba pasang dan diconfigurkan oleh anakku yang di kl itu minggu lepas. Apabila dipasangkan didapati antena tidak ada jadi kerja itu tertangguh sehingga aku keluar berjumpa penjualnya. Aku rasa kecewa kerana penjual itu mengatakan, satu set modem itu adalah lengkap, dan dia macam tidak percaya kepada aku yang antena itu tidak ada, apalagi masa aku datang memulangkan itu selepas telah 6 bulan berlalu, siapa akan percaya perkara yang serupa itu boleh berlaku. Walau bagaimana jua pun dia berjanji mahu menalifon pembekal barang terse but kalau ada antena tersebut. Aku tahu itu cuma alasan untuk menyedapkan hati kawan, kerana aku telah mengenalinya sudah lama, dan ada juga sebuah dua computer yang aku beli dari kedainya. Kalau antena modem aku yang lama itu ada, bila aku acukan dan ianya fit, mengikut kata penjual itu, barang itu tidak mudah rosak, fungsinya pun cuma meyebarkan rangkaian ke area yang terbatas, katanya ia percaya barang itu masih elok lagi. Aku belum dapat pastikan lagi sebab anakku yang memasangnya itu belum balik, sehari dua lagi , jawapannya akan aku ketahui samada ia masih boleh diguna atau pun tidak.
Apa yang hendak aku kemukakan disini, kalau anda seorang peniaga, ada seorang pembeli membeli barang anda enam bulan yang lepas, kemudian ia datang semula kepada anda mengatakan barang yang dibeli dulu itu tidak lengkap. Apakah respond anda? adakah anda dapat menerima kata2nya itu? Read More ..

Sunday, October 25, 2009

Kelas Tusyen.


19 hb. Oktober, 2009.
Untuk melayari internet masih lagi nngak bisa kerana modemnya nngak ada. Jadi hari ini aku mencatatkan sahaja aktiviti yang aku laksanakan seminggu yang lepas. Sepanjang minggu terse but aku membantu seorang pelajar mempelajari ilmu prinsip perakaunan, semacam aku mengajar dalam bentuk tusyen seorang2, face to face tutions’. Bukan semua tajuk yang dapat diberikan sepanjang seminggu itu, cuma dapat diberikan tiga tajuk sahaja, ia itu, tajuk perkongsian, kelab dan persatuan dan rekod yang tidak lengkap. Sebenarnya sudah lebih 10 tahun aku bersara dari jaw atan, bererti udah selama itulah aku tidak mengajar ilmu terse but. Barangkali disembabkan semasa masih beertugas dulu, disamping mengajar aku juga telah dilantik sebagai kakitangan sumber (ks) dalam mata pelajaran terse but, juga aku pernah menjadi pemereksa kertas terse but di peringkat SPM, lebih dari 5 tahun , barangkali disebabkan oleh faktor2 itu semua, aku masih boleh menguasai pelajaran terse but.http://www.razali2208.wordpress.com
Untuk tajuk perkongsi
an, ditekankan bahagian pembubaran perkongsian, yang mana semua aset dijual dan liabiliti dilunaskan kepada yang berhak, dan baki2 wang dalam bank mahu pun tunai di bahagikan semula kepada rakan2 kongsi mengikut baki yang ada dalam akaun modal masing2, mengikut pembahagian untung dan rugi sebagaimana dipersetujui syarat2 semasa perniagaan itu dibentuk.Satu akaun Realisasi perlu dibuka dan ditutup untuk dipindahkan ke dalam akaun2 modal mahu pun akaun bank. Kalau perkonsian itu melebihi 3 orang dan didapati ada salah seorang yang bangkrap, tidak mampu bayar hutagnya kepada modalnya maka pembubaran perniagaan itu perlu diselesaikan mengikut peraturan murry lawan garner, iaitu kekurangan itu perlu ditanggung oleh dua rakan kongsi yang lain itu mengikut nisbah modal masing2.Kalau dalam akaun kelab dan persatuan itu, yang utamanya ialah akaun yuran, akaun wang masuk dan wang keluar, akaun pendapatan dan perbelanjaan, kunci kira2 dan akaun2 lain yang selalu terlibat dalam persatuan dan kelab mengikut aktiviti2 masing2. Penyediaan akaun dari catatan2 urusniaga perniagaan yang tidak lengkap, untuk mengirakan untung atau rugi perniagaan itu, dikira melalui Kedah perbandingan mahu pun cara analisa, dengan marginalia setiap perbelanjaan mahu pun pendapatan untuk mengira untung atau pun rugi perniagaan itu. Kalau semua akuan dapat dianalisa maka akaun untung rugi dapat disediakan seterusnya kunci kira2 juga dapat dibuat untuk menentukan kedudukan perniagaan terse but, sesuai diteruskan atau pun sebaliknya. Alhamdulillah, syukur masih dapat aku membantu disamping maguasai ilmu perakaunan terse but, aku rasa adalah baik bagi orang yang ada mempunyai ilmu khusus seperti itu dipraktikkan semula, selaian ia tidak menjadi lupa dapat pula dimunafaatkan kepada orang lain yang berminat dengan pengatahun terse but.  Read More ..

Thursday, October 15, 2009

Mengingati Tarikh Sejarah Diri.

Memotong cake tanda ingatan ulang tahun tarikh lahir.

Sepertinya setiap tahun sampainya tarikh hari lahir, kita merasakan pertambahan umur kita setahun lagi, telah diberi oleh Allah kesempatan hidup selama setahun yang lalu, untuk menjadikan ingatan kita untuk memulakan tahun berikutnya, kita lakukan sesuatu, jadi yang lazim dilakukan oleh sesetengah orang ialah dengan memotong cake hari jadi, tujuannya supaya gerak kerja memotong cake yang sedikit itu, mengingatkan kita permulaan hari yang akan ditempuh seterusnya, belum tahu sama ada sampai ke tahun hadapan atau pun tidak, peristewanya telah dirakamkan hari itu.
Cake adalah yang biasa digunakan orang dalam menyambut, mahu pun mengingati peristewa yang memberi erti bagi diri seseorang, terpulanglah sama ada cake itu besar atau pun kecil. Boleh jadi juga terpulang kepada betapa grandnya yang mau ditunjukkan melalui cake itu, matlamatnya adalah sama, memotongnya untuk menjadikan satu ingatan peristewa yang terjadi kepada diri seseorang itu.
Kemaren kami menyambut hari ulang tahun kelahiran isteriku, anakku yang bekerja di kl itu, kebetulannya balik kampung hujung minggu, membawa sebuah cake harijadi untuk emaknya dan sebuah beg tangan sebagai hadiah, oleh kerana yang demikian itu, kami adakan majlis family kecil, supaya isteriku memotong cake itu, sebagai mengingati tarikh tersebut. Kemudian diagih2kan dan dimakan, melambang sumber rezeki, mudah2an bertambah lagi, dan mendapat kemurahan dan keberkatan rezeki dari Allah.
Cake yang telah dipotong itu, isteriku menyupkannya sepotong kepada anakku, tanda rezeki yang diperolehi itu disyukuri, dan diberikan juga sepotong kepada Nini, anak kucingku, tanda pengagihan rezeki yang diperolehi itu disebarkan kepada makhluk2 lainnya, yang sepatutnya begitulah kasih mengasihi diantara satu sama lainnya. Pada aku mengadakan sambutan memperingati ulangan tahun kelahiran ini, adalah satu perkara yang baik diteruskan, kerana kita seharusnya menginsafi dan menyadari bahawa umur kita telah bertambah. Menyadari itu mudah2an perjalanan yang akan diteruskan dihadapan ini, membawa erti dan kebahagian bukan sahaja kepada diri sendiri, keluarga bahkan kepada masyarakat dan dunia seluruhnya.
Read More ..

Thursday, October 8, 2009

Pertemuan Keluarga Di Pagi Raya.

Pose kenang2an di pagi raya 1430 H/ 2009 M.
Ponakan dan keluarga dari anak2 abang (kakak),
Ponakan dan keluarga dari anak2 adik perempuan.

Sepertinya di pagi raya yang syahdu begini, kedatangan anak2 ponakan, cucu2 saudara mau pun sanak saudara adalah sebagai satu jambangan kegembiraan yang sukar di lukiskan dengan kata2. Kalu perasaan aku sekeluarga itulah satu2nya hari yang aku harapkan dapat bertemu sanak saudara dan ponakan2ku yang rata2 mereka selalu dalam hambatan mencari rezeki di merata2 daerah. Ada yang di Kuala Lumpur, di Johor, dan di tempat2 lain, walau pun dalam negara yang sama, tetapi untuk berjumpa setiap hari agak sulit.
Pada hari raya kali ini hampir 90% daripada mereka itu datang menziarahi kami. Ada di antara cucu2 saudara aku itu, udah tidak ingat lagi nama2 mereka, kerana mereka udah besar, berjumpa setahun sekali itu bagi budak2 seperti mereka itu perubahan fizikal masing2 amat ketara sekali. penampilan mereka juga adalah seperti anak2 remaja masa kini.
Ada pelbagai tajuk perbualan diceritakan dalam pertemuan yang singkat ini, tetapi yang utamanya adalah tajuk mengenai kesihatan, pelajaran anak2, dan apa jua yang menyangkut dengan penghidupan seharian. Walau pun ziarah hari raya begini, sekitar dalam masa satu jam, terasa begitu singkat dan pantas berlalu, adalah memberi makna yang besar dari segi psykologi apa lagi kalu aku dan isteri sebagai orang tua, terasa masih ada lagi anak sanak, cucu2 dan mana tau satu hari nanti cicit2 masih mau menemui kami, alhamdulillah..terima kasih semua.
Read More ..

Friday, October 2, 2009

NINI. Read More ..