Tuesday, March 24, 2009

Lucunya Atuk Belajar Komputer.

Kemaren aku belajar komputer dengan Hafiz, cucu saudaraku, keluarga memanggilnya 'abang' aku juga memangilnya abang. Pada hari itu abang cuti semester, aku ambil kesempatan belajar komputer. Pada masa ini abang udah pergi belajar semula, katanya ia buat LI (Latihan Industeri) di salah sebuah kilang, di bandar kira2 120 km dari rumah aku. Masa ia mahu pergi itu, abang kata, kalu atuk ada apa2 mau tanya berkenaan komputer, abang boleh balik sekejap. Tentunya aku tidak mahu mengganggu pelajarannya, lagi pun aku belajar komputer ini pun, bukan apa, saja aja suka2 memenuhkan masa yang terluang.
Udah banyak tajuk juga mengenai komputer itu yang sempat aku belajar. Tetapi bukan maknanya aku udah pintar, biasanya apa kata orang putih, empty vessels make the most noise. Hari itu udah kena sekali, aku tunjuk lagak pandai, mau masukkan gambar dalam hp aku ke dalam pc aku, melalui program bluetooth, entah berapa kali aku coba, tidak mau menjadi. Bila aku mau send image itu ke pc didapati tiada nama pc aku dalam senarai device, jadi kerja menghantar itu pun gagal. Yang aku heran tu, bila aku coba send image dari pc ke hp aku melalui bluetooth itu, boleh pulak, ada nama hp aku dalam senarai device dalam komputer aku itu. Last2 cuti hujung minggu tu, aku panggil juga abang tolong selesaikan masalah itu, sekarang alhamdulillah kira clearlah. Sebenarnya bukan sahaja image boleh dihantar dari hp ke pc dan sebaliknya, apa2 pun boleh , lagu2 kegemaran, vedio dan lain2 terpulanglah sehebat mana hp dan pc yang ada. Udah berjayalah aku sekarang memasukkan sebuah lagu 'selimut putih' ke dalam hp isteriku, yang ia sukakan lagu itu dari kumpulan nasyid assurayya indonesia.
Semalam aku coba satu lagi pelajaran yang aku dapat, cara mudah belajar translation dari bahasa melayu ke bahasa inggris ,'citcat.com'. Kebetulan aje aku dapat sms dari seorang kawan dan kata2nya agak elok aku pun gila2lah coba menggunakan program itu, hasilnya melucukan, tentunya kalu ada yang baca blog aku ini, tersengehlah jawabnya.
Sahabat yang beriman ibarat matahari yang menyinar, sahabat yang setia bagai pewangi yang mengharumkan, sahabat yang sejati menjadi pendorong impian, sahabat yang mulia membawa kejalan Allah. Seorang yang setia seperti kamu, menjadikan sepanjang hidupku menjadi wangi.
Translation yang aku dapat; faithful friend sun parable shine, loyal friend as sweet deodorant, genuine friend be dream motivator, and noble friend leading to Allah road. One sweet person like you makes my whole life so sweet.
Kalu ada masa lapang lain kali, aku tulis lagi, salam..
Read More ..

Saturday, March 7, 2009

Rabiual-Awal Bulan Maulud Nabi SAW.

Masjid Nabawi -Madinah, Kubah Hijau Makam Rasulullah SAW.

Dengan bismillah aku mulakan, selawat dan salam kepada junjungan, nabi Muhammad saw akhirul zaman, menyeru manusia kepada keimanan, ahli keluarganya orang terpilih, menunjukkan contoh amalan yang solih, sahabat2 semuanya bijak laksana, sanggup menempuh segala bencana, pengurbanan mereka tak ada tandingnya, tersebarlah Islam ke seluruh dunia.
Teringat aku firman Allah, mengatakan bahawa nabi Muhammad saw itu diutuskan adalah untuk menjadi rahmat kepada sekelian alam, kepada semua yang ada di atas alam ini sama ada yang nampak oleh mata kasar manusia atau pun yang tidak. Nabi Muhammad saw itu mempunyai akhlak yang sangat tinggi dan sangat mulia, tentunya ia dan wajar menjadi ikutan yang sangat baik.
Nasab nabi Muhammad saw itu sebelah bapanya ialah: Muhammad saw bin Abdullah bin Abdul Muttalib, dan sebelah ibunya ialah: Muhammad saw bin Aminah binti Wahab. Isteri Nabi saw yang juga ummahat mukminin ialah: Siti Khadijah binti Khuwailid mereka mendapat anak2 yang aku ingat diantaranya : Zainab, Abdullah, Rokaiyah, Kalthum, Kassim, Fatimah. Isteri2 yang lain ialah Saudah binti Zam'ah, 'Aisyah binti Abu Bakar Assidiq, Zainab binti Jahsy, Safiah binti Hai, Maimunah binti Alharith, Hafsah binti Umar Alkhatab, Mariah Alqibtiyah dan mendapat seorang anak namanya Ibrahimm, dan Ummu Salamah... Afwan li ya rasulallah inkuntu qultu laka khataan.. maafkan aku ya rasulallah jika apa yang aku katakan ini salah.
Aku juga mengajak pembaca blog ini berselawat kepada Nabi saw, Allahumma salli 'ala saidina Muhammad wa'ala aalihi wasahbihi wasallim, tanda syukur dan terima kasih sambil mengharapkan syufaatnya di akhirat nanti, membaca sirah Nabi dan membaca hadith2 Nabi saw. Kepadamu ya Allah tempat kami memohon, tunjukkanlah kami jalan yang lurus dan benar, kuatkanlah kami memegang ajaran Nabi Muhammad saw. Sepohon kayu daunnya rimbun, lebat bunganya serta buahnya, hidup di dunia bertahun2 kalu tak sembahyang apa gunanya.
Read More ..