Friday, April 24, 2009

Kehadiran Ke Pesta Pernikahan Emy.

Bapak Hj.Syarifudin dan Emy Menyambut Kehadiran Kami.

Seawal jam 6.00 pagi aku bersama isteri telah keluar dari rumah menuju ke airport KLLCT pada tanggal 23 April 2009 dengan tujuan ke pesta pernikahan Emy di Bengkulu Indonesia.
Aku pergi ke airport itu dengan sebuah kereta sewa, yang aku telah janjikan kira2 dua bulan yang lalu, anakku yang bekerja di kl itu ia datang sendirian dari rumah sewaannya disana. Di tempat aku tidak ada kereta sewa seperti itu. Pada hemat aku keperluan sekurang2nya sebuah kereta sewa seperti itu seharusnya ada dikawasan perumahan apalagi kalu kawasan kampung seperti ditempat aku ini, tentunya yang demekian itu menyumbang kepada kemajuan transportasi yang lancar. Apa lagi pemandu kereta sewa itu banyak taunya tentang jaringan perjalanan di seluruh negara, jadi kalu ada yang berminat melancung, terutamanya keluar negara dapat dimunafaatkan perkhidmatannya itu sepenuhnya.
Pada hari tu aku benar2 merasa bimbang kalu2 tidak sempat sampai di KLLCT tepat pada waktu yang dimaunya oleh syarikat pesawat yang mengatur perjalanan itu, iaitu seawal dua jam sebelum berlepas, kira2 jam 7.30 pagi. Bila aku melihat jam ditanganku, baru separuh perjalanan jarum jam ditanganku itu sudah menunjukkan pukul tujuh. Yang membuatkan aku bertambah gusar, selain dari trafik pada pagi itu sibuk, barangkali di pagi2 begitu lori2 juga keluar ke distinasi masing2 dan pejawat2 awam, terutamanya guru2 sekolah dan murid2 mau ke sekolah menggunaknan jalanraya yang sama, pemandu kereta sewa yang aku tumpangi itu memilih untuk menggunakan jalan biasa, bukannya lebuhraya, agak terlewat ke tibaan kami ke KLLCT tetapi masih sempat.
Ketibaan aku di airport Jakarta kira2 jam 10.50 pagi wib, kalu waktu Malaysia pukul 11.50 pagi, informasi diberikan oleh cucuku pesawat Lion berangkat ke Bengkulu jam 5.00 sore, bereti aku seharusnya menunggu kira2 6 jam, tentuntunya terlalu lama. Kebetulan ada pemandu taksi bendara itu menanyakan ke mana aku mau pergi, aku memberitahu distinasi tujuanku, beliau menyatakan masih ada waktu untuk mendapatkan pesawat ke Bengkulu, cadangannya itu disokong pula oleh seorang pekerja di bendara itu, katanya dia orang Bengkulu, Manak nama kampungnya, aku mengambil keputusan segera dan bersetuju. Aku sangat beterima kasih kepada mereka semua kerana dengan jujur dan ikhlas membantu aku, kira jam 12 wib aku berlepas dengan pesawat Batavia Air dan sampai di airport Fatma Wati Bengkulu jam 1.00 sore, aku hubungi cucuku, Emy dengan calon cucu menantuku datang menjemput. Memikirkan aku mau pulang tanggal 27 april aku langung membeli tiket pesawat Mandala Air.
Di rumah bapak Hj Syarifudin udah ramai anak sanak menunggu, aku, isteri dan seorang anakku disambut dengan senangan hati, peluk cium melepaskan kerinduan masing2..alhamdulillah syukur.
Read More ..

Thursday, April 16, 2009

Penjelasan Kelebihan Menuntut Ilmu.

Albukhari mengatakan, Rasulullahi saw bersabda, " Sesiapa jua yang dikehandakki oleh Allah itu baik, diberikannya kefahaman yang jelas dalam selok belok agama". Kalau dianalisakan kata2 dalam hadis ini jelas merangkumi apa jua kebaikan dan tidak ada batasannya. Yang jelas akan membawa kepada kebaikan itu ditentukan sebaik mana kepahamannya terhadap agamanya. Memahami agama itu merangkumi ilmu aqaid dan ilmu fiqh. Untuk menguasai aspek2 dalam ilmu tersebut, Rasulullah saw minta umat Islam menuntut ilmu, sabdanya, "Sesungguhnya ilmu itu diperolehi dengan belajar". Hendaklah dipelajari dari orang yang benar2 tahu selok belok ilmu tersebut. Ibnu Umar ada meriwayatkan hadis Nabi saw menggalakkan menuntut ilmu dengan sabdanya, "Majlis menuntut ilmu fiqh lebih baik daripada beribadat enam puluh tahun". Siapakah orang alim dalam ilmu fiqh itu? Alhasan albasri berkata, "Ulama fiqh itu ialah seorang yang zahid didunia, merindukan akhirat, peka dan sensitif kepada agama dan tidak putus2 berterusan beribadat kepada tuhannya.
Read More ..

Monday, April 6, 2009

Memperingati Ulang Tahun Perkahwinan Yang Ke 40 (6.4.1969-6.4.2009)

Photo kenang-kenangan diambil pada tanggal 6.4.2009 menggunakan webcam.

Kemanisan dan kepahitan hidup yang dilalui selama 40 tahun itu masih basah dalam ingatan, semuanya akan disimpan sebagai harta yang tidak ternilai harganya. Air mata suka dan duka bukan sedikit tertumpah dalam perjalanan sejauh 40 tahun itu. Kesusahan hidup ibarat kais pagi makan pagi, udah menjadi kebiasaan. Kalu diibaratkan hidup bermula dengan usia 40 tahun, tentunya hari2 yang kehadapan ini, sewajarnya menampilkan kedewasaan.
Hasil perkongsian ini Allah kurniakan dua orang anak perempuan, yang dianggapnya sebagai puteri2, dalam sebuah rumah tangga yang seadanya sahaja itu.

Tidak lupa aku berdoa semoga perkahwinan ini panjang umurnya, banyak rezekinya, sehat badanya, berkekalan hingga akhir hayat.. amin.
Read More ..