Wednesday, November 25, 2009

Sunday, November 15, 2009

Senaman Untuk Kesihatan Diri.

Berjalan kaki keluar dari Rumah Kediaman Sukarno di Bengkulu, Indonesia.

Menjelang usia begini, melakukan senaman untuk 3 kali seminggu itu, udah terasa malasnya. Mau menggoyang2kan kepala, bahu, leher, tangan dan kaki semacam satu pergerakkan yang sesuai untuk kanak2 sekolah sahaja. Melumpat terhenjut2 dengan tali skiping, macam budak2 sd sahaja, mau pula berjogging keliling kampung, nampak macam orang tua kurang pula, barangkali faktor2 seperti ini lah menyebabkan orang sebaya dengan aku di tempat aku tersangatlah kurang bersenam.
Ada sebuah padang golf di tempat aku, yuran keahliannya beribu2 ringgit, kalu aku yang berpendapatan sekadar cukup boli boreh ajo ni, kompunanlah nak mogang kayu golf itu. Ada padang sepak takrow di tempat aku, ramai budak2 muda main petang2, aku pula malu mau campur, sebab kepala aku tidak cukup keras untuk menanduk bola rotan itu, walau pun umur telah melebihi setengah abad.
Kata mereka, motong getah, menebas kebun, mencangkul sawah, kalu peluh keluar banyak, menganak sungai, apa perlu lagi bersenam terhenjut2? Tetapi bila beritahu doktor hal yang macam itu, dia senyum sahaja, tidak dapat dipastikan sama ada aktiviti2 yang sedemikian boleh dikatogerikan sebagai senaman, aku juga tidak tau?
Aku buat juga senaman, kalu tidak setiap pagi selama 30 minit, sekurang2nya tiga kali seminggu tu ada juga. Sebab pada aku, setidak2nya dapat badan sehat, selesa, selera makan ada, berjalan lagi boleh seperti biasa, dan aku telah alami rasa kecergasan fizikal adalah fit bila aku bersenam. Read More ..

Tuesday, November 10, 2009

Belajar Dari Muda Sampai Ke Tua.


Create Fake Magazine Covers with your own picture at MagMyPic.com


Read More ..

Monday, November 9, 2009

Bermulanya Sebuah Penghidupan.

Muhammad Adib Iqbal bin Amir.
Lahir 26 Oktober 2009 (anak bunga/Fazana).
Selalunya orang berkata, penghidupan bermula apabila umur menjejak 40 tahun, dan ada juga yang berkata kalu penghidupan itu bermula pada umur 60 tahun, mana satu yang betul aku tidak pasti dan tak tahu. Pada mereka di kedua2 masa itu, ada mempunyai hujjah masing2. Yang mengatakan penghidupan bermula dengan umur 40 tahun, kerana itu masa yang selalunya pertukaran zaman, di antara zaman remaja ke zaman dewasa, pendeknya kalu masa mudanya dulu, apa2 yang dibuat kelakuan yang tidak berapa sempurna, maka bila sampai umur 40 tahun itu, seharusnya udah berhenti berperangai begitu dan insaf, mulakan dengan yang lebih bermakna.
Yang memakai pendirin hidup bermula di umur 60 tahun itu, berpendapat, di umur ke 60 tahun itulah kalu mau merasa hidup senang, sebab kalu yang bekerja itu udah pencen, kalu mau kaya dan senang barangkali itulah saat mulanya. Ada banyak waktu hendak buat apa2 pun, sepatutnya tiada apa2 gangguan lagi, barangkali penghidupan diterjemahkan sebagai kebebasan diri dari apa2 yang membebankan fikiran.
Kalu mengikut aku penghidupan itu bermula sebaik sahaja lahirnya seorang insan itu. Pengalaman pertama yang dilaluinya ialah kelahirannya itu sendiri, barangkali ia tidak tahu apa2, barangkali sakit dan susuh payah yang ditempuhnya dia tidak tahu, barangkali menyatakan kegembiraannya lahir kedunia ini adalah dengan sebuah tangisan.Barangkali yang nyata kalu ia sudah menangis itu, bukan sahaja ia bersyukar kepada yang maha berkuasa, tetapi juga ia menyatakan terima kasih kepada ibu yang melahirkannya, barangkali berterima kasih kepada doktor2 dan sesiapa juga yang sudi membantunya. Penghidupannya sudah bermula sekarang, walau pun masih terkapai2, mulut ternaganga minta disusui, menangis apabila merasa lapar dan dahaga, mau minta dibelai, menangis kalu tinggal seorang diri, belum ada upaya barangkali udah ngerti dan faham apa2.
Read More ..

Thursday, November 5, 2009

Perjalanan Hidupku.

Read More ..

Menghappykan Diri.

Pemandangan di restoran GHHB Bengkulu.
Hari ini aku dan isteri keluar ke sebuah bandar kira2 30 km dari rumah kami. Kami kesitu cuma mau jalan2, rewang2, window shoping, kata orang, sambil membeli apa2 keperluan rumah yang kehabisan. Biasanya kami keluar berjalan itu, sekitar jam 10 pagi, kerana kalu sebelum jam itu biasanya kedai2, apa lagi pasaraya masih belum dibuka lagi. Kalu mau minum teh pun kedai makan yang kami selalu singgah itu masih belum mula berniaga lagi, rata2 kedai sama ada kedai barang2 mau pun kedai makan mula berniaga setiap hari kira2 jam 11 pagi.
Sebaik sahaja sampai di bandar itu, kebiasaannya kami singgah minum teh di salah sebuah restoran segera disitu. Ada banyak kenalan yang menjadi pekerja restoran tersebut, kalu lama tidak datang masing2 bertanyakan pergi ke mana ummi lama tidak nampak?. Mereka memanggil isteriku ummi, barangkali itulah panggilan yang mereka rasa sesuai dan agak hormat. Hari ini kami datang, mereka sambut dengan baik, seperti selalunya, tetapi pagi ini restoran itu nampak lengang, tidak ramai pelanggan, barangkali cuaca pagi ini sejuk, hujan dan kadang kala lebat juga. Pagi ini, sempat kami ceritakan bahawa kami dapat cucu lagi satu, laki2 juga, jadi ada 5 orang cucu kami, kelima2nya laki2, alhamdulillah.
Selesai minum teh, kami ke pasaraya yang terletak tidak jauh dari restoran itu, hari masih hujan renyai2, kalu terus ditempuh basah juga, mujurlah kami ada membawa payung yang memang sentiasa tersimpan dalam bonet kereta aku. Jadi tidaklah terhalang perjalanan kami itu, sediakan payung sebelum hujan. Banyak juga barang2 keperluan yang kami beli hari ini, dengan sayur2annya, berasnya, udang basahnya, kopinya dan lain2 lagi, kira2 habislah seperempat duit pencen aku, kalu beras itu barangkali cukup untuk sebulan, yang lain2 itu, belum tau, kenalah berjimat jangan sampai karam pangkal kata orang, Biarlah sedikit2 jangan sampai habis.
Hati mau senang, fikiran mau lapang, barulah kalu tersenyum itu nampak ikhlasnya.
Read More ..

Sunday, November 1, 2009

Penampilan Diri.

Hendry Rahman Hakim memimpin neneknya di GHH Bengkulu.

Sepertinya penampilan diri itu adalah sesuatu yang harus diperhatikan dan dijaga oleh semua orang tidak kira laki2 mahu pun perempuan dan semua peringkat umur. Barangkali status, pekerjaan, tugas juga akan mencorakkan penampilan diri masing2. Kalu di rumah sakit (hospital) misalnya, kita dapat membezakan yang mana satu doktor, jururawat, farmasi mahu pun pekerja2 lain hospital. Iya kalu YB penampilannya agak unik, tentu ada gayanya tersendiri. sedia maklum. Suasana dan lingkungan juga harus secocok dengan penampilan kita, kalu di halaman Masjid al Haram Makkah misalnya, cuma memakai celana pendek barangkali ada sesuata yang tidak kena kepada diri orang itu, begitu juga kalu keluar bersiar2 di tepi pantai, mau pun mandi manda di laut memakai pakaian lengkap, bercelana panjang bertali leher dengan kotnya sekali, barangkali juga tidak cocok.
Setiap individu itu mempunyai citarasa masing2 tersendiri, pandai berpakaian, sesuai dengan keadaan dan kehendak sosial semasa dan tempat, tampil anggun dan bergaya, sedap mata yang memandang, mungkin bisa menimbulkan rasa harmoni dan mesra sesama kawan2, sahabat handai apa lagi di kalangan keluarga, dan merasa yakin kepada diri sendiri.
Read More ..