Friday, December 24, 2010

Majlis Akad Nikah Devy & Anto, Nusa Indah Bengkulu Indonesia.


Bunga ros bunga kenanga,
disusun cantek di atas meja...
berpakaian indah penuh ceria,
menunggu saat penuh bahagia...


Duduk di masjid sambil bersela,
mendengar imam membaca khutbahnya...
pengantin laki2 udah bersedia,
melafazkan akad ijab kabulnya....


Ramainya sanak tidak terkira,
menghadiri majlis penuh bermakna...
ijab dan kabul jelas lafaznya,
seutas kalung emas tanda maharnya....


Ikut aturan susunan acara,
adik sanak senyum gembira...
sebentuk cincin disarungkan pula,
ke jari manis tanda setia...


Berdiri ceria tetamu undangan,
kedua pengantin bersalam2an...
selawat dan salam kepada Junjungan,
semoga pengantin hidup berkekalan...

Read More ..

Saturday, November 6, 2010

Selamat Menempuh Penghidupan Baru-Selamat Berbahagia.


Duduk selimpuh manis tertibnya,
hati di dalam tertanya tanya...
bila lagi waktu masanya,
Siti gelisah menunggu saatnya.


Imam melafazkan ijab dan qabul,
segera dijawab oleh mempelai...
semuanya sah semuanya betul,
disaksikan bersama sanak yang ramai...


Kain songket kain palikat,
dipakai orang di hari raya....
lafaz diterima janji diakat,
senang dan susah dihadapi bersama...


Buah delima rasanya manis,
masak sebuji dibelah belah...
cincin disarung ke jari manis,
ikatan setia termetrai sudah...


Gendang dipalu juga seruling,
sanak saudara bersuka ria...
fikri dan siti menjeling jeling,
di atas pelamin rasa bahagia.

Read More ..

Thursday, October 28, 2010

Quran Recitation-Al Waqiah-surat 056

Read More ..

Quran Recitation-Al Waqiah-surat 056

Read More ..

Sunday, October 17, 2010

Selamatan Ke Tanah Suci.


Udah menjadi kebiasannya di tempat aku, kalu ada ibu bapa maupun keluarga yang mau berangkat ke tanah suci Makkah Al-Mukarramah, menunaikan fardu haji mereka mengadakan kenduri kesyukuran kerana dijemput oleh Allah menjadi tetamuNya di tanah suci itu.

Ahli keluarga itu menjemput sanak saudara, jiran tetangga dan kawan2 yang akrab datang ke rumah orang yang mahu ke tanah suci itu. Pehak tuan rumah menyediakan makanan jamuan sedekah makan kepada tetamu2 yang hadir itu. Prinsipnya bersedekah itu walau apa bentuk sekalipun, Allah memberi bantuan si pemberi sedekah itu dalam apa juga keadaan sama ada dalam kesusahan mau pun kesenangan, apalagi di tanah suci semasa mengerjakan rukun dan syarat2 dalam ibadah haji, terlalu banyak dugaan dan kesabaran yang benar2 mengharapkan hidayah dan bantuan dari Allah.

Majlis selamatan itu dipimpin oleh tuan imam masjid di tempat aku. Beliau juga biasanya menjadi wakil pehak yang akan berangkat itu memohon maaf kepada hadirin, juga minta halalkan makanan dan apa juga kesalahan secara sengaja atau pun tidak sengaja.

Dalam majlis itu imam menjadi khalifah, dimulai dengan membaca surah alfatihah dan selawat kepada Nabi Muhammad saw 11 kali, surah yasin seorang sekali, surah alam nasyrah, innaanjzalna, alam tarakaifa, li ilafikurassyin, qulya aiyuhalkafirun, izaja, quhuallahu ahad, qul aau zubilfalak dan qul aauzubirabinnasi, istahgfirullah innalla kana tauwaba 33 kali, rabbi yasir wa tuassir ya karim 33 kali, kemudian tahlil seterusnya doa. Apabila selesai membaca doa selamatan itu, kitab surah yasin yang dibaca oleh masing2 itu terus disedekahkan dan dibawa pulang.

Acara seterusnya hadirin dan hadirat tetamu dan keluarga yang hadir itu diberi sedekah jamuan makan nasi pula. Selesai makan tetamu bersalam salaman dengan bakal tetamu Allah itu, dan ada di antara yang datang itu menghulurkan juga sedekah berupa wang kepadanya, seterusnya mengucapkan dan doa selamat pergi dan selamat pulang ke tanah air dan mendapat haji yang mabrur...amin ya rabbal alamin...


Read More ..

Saturday, October 2, 2010

Majlis Resepsi Pernikahan di Kampung Bangkahulu Gemas.

Tuan rumah Hj. Muhammad dan isteri Hjh Nuriah, bersama makciknya Hjh Kamina menunggu dan mengalu2kan kedatangan jemputan di depan majlis..
Tetamu dan para jemputan yang hadir sedang menikmati makanan tengah hari.
Tetamu yang hadir mengambil makanan masing2 secara buffet.
Pasukan kumpang sedang mendendangkan lagu 'selamat pengantin baru'..duduk dipelamin kedua mempelai, sambil tersenyum melerek pasangan...hati gembira mau diluahkan, semoga juduh Allah kekalkan....

Welcome guest..
Para jemputan yang hadir ke suatu majlis harus dialu2kan kehadiran mereka. Tidak kira oleh sama ada oleh tuan rumah atau pun sanak saudara yang dikhaskan tugasan untuk itu. Tetapi yang sebaik2nya biarlah tuan rumah atau saudara terdekat kerana mereka mengatahui siapakah tetamu2 yang diundang ke majlis kita itu. Tujuannya biarlah tetamu jemputan kita itu berasa senang dan bergembira datang kemajlis kita. Sedaya upayanya jangan ada orang yang kita jemput itu merasa kecil hati dan segan sepertinya dia tidak dipedulikan..Kalu tidak ada apa2 musyakkah dan halangan tuan rumah sendiri yang menyambut tetamu2 yang hadir itu adalah lebih aula.

Guest...
Dalam sebuah majlis resepsi pernikahan sudah menjadi kebiasan tuan rumah menjemput ramai orang, terdiri dari sanak saudara jauh dan dekat, jiran2 tetangga, sahabat handai, rakan2 dan kenalan terdiri dari pelbagai status dalam masyarakat dan pangkat dari pelbagai lapangan, dari yang bergelar dan yang tidak, ada yang kaya mahu pun miskin. Adalah menjadi kewajipan dan tanggung jawab tuan rumah tidak membeda2kan di antara mereka. Dalam majlis yang kita adakan itu jangan sampai ada berkelas2, ada vip dan ada marahin...ini semua barangkali bisa mencacatkan majlis itu sendiri..burung enggang terbang tinggi, burung pipit turun ke bendang..
apa dipandang kepada kami, emas tiada budi pun kurang....

Sumbangan Oleh2,
Kalu kemaren tu mesyarakat di tempat aku ini, ada kerja kahwin seperti ini anak sanak dan jiran kenalan menyumbang kepada tuan rumah sekadar termampu merupakan beras, telur ayam, kelapa, gula, susu, teh kopi dan lain2 nya dan juga wang ringgit, semua sumbangan itu ditulis dalam buku khas kenduri kahwin tuan rumah dan disimpan rapi. Apabila sampai masanya giliran saudara2 lain pula yang akan mengadakan kenduri kahwin maka dalam buku catatan itulah menjadi rujukan asasnya. Pada hari langsung besarnya memang ada tersedia meja khas untuk hadiah dan sumbangan, dan ada jurutulis untuk membuat catatan, ada setengah2nya adalah lengkap seperti nama penyumbang, jumlah sumbangan, dan alamatnya sekali, hal seperti ini bagi pandangan aku amat baik, bukan sahaja sebagai tanda ingatan tetapi juga secara tidak langsung menjadi hubungan dan ikatan keluarga dan sahabat.
Tetapi sekarang perkara ini sudah tidak dipraktikkan lagi. Sebenarnya sumbangan ada diberikan tetapi tidak lagi dicatatkan. Ada sumbangan diberi secara salam cangkuk, kita lampirkan semasa bersalam dengan tuan rumah semasa baru sampai atau pun mahu permisi pulang. Kalu dulu dapat dihitung jumlahnya dan dapat diketahui oleh saudara terdekat misalnya, kalu bungkusan hadiah yang dibuka itu ada bermacam2 isi kandungan yang melucukan dan menggembirakan, biasanya semua bungkusan hadiah dan sumbangan itu dibuka dalam majlis persandingan mempelai di atas pelamin pada hari langsung petang itu juga.....sekarang tidak lagi dihitung berapakah jumlah sumbangan dari tetamu, biarlah rahasia itu tersimpan oleh tuan rumah sendiri... walau apa pun biarlah apa2 yang baik itu berkekalan dan berpanjangan.... Read More ..

Sunday, September 26, 2010

Niniku Mahukan Kebebasan.

Nini memandang sayu, alangkah bahagianya kalu aku bebas..

Hari ini benar2 nini merayu kepada aku dia mahu kebebasan. Dia masuk ke bilik tidurku mengejutkan aku sedang lena tidur. Kebiasaannya kalu dia datang begitu dia ingin bermanja dan mahu tidur dekatku, tetapi subuh pagi ini dia cuma memberitahuku dia mau keluar, sebelum itu isteriku membawanya ke bilik air kalu2 ia mahu buang air kecil, sebenarnya betul ia berbuat begitu, lepas itu dia minum seteguk dua air sebelum berlalu pergi dari kamar tidurku dengan diikuti oleh isteriku. Lalu isteriku ikatkan dia pada jenang tingkap rumahku.

Dia tidak puas hati terikat begitu. Dia mengiyau2 merayu lagi minta dilepaskan. Aku tidak sampai hati mendengar rayuannya itu. Aku turun ke tempatnya dan mahu membuka ikatan di lehernya sambil berpesan jangan pergi jauh dan cepat balik dan jangan bergaduh.

Kurang lebih satu jam dia dilepaskan keluar isteriku memberi tahuku dia bergaduh nun di hujung kampung dekat rumah tok ketua. Suara nini lantang terdengar jak mane2, barangkali seintero kampung yang sekangkang kera besarnya ini. Maksud isteriku itu jelas dia minta aku pergi melihat dan mengambil nini bawa pulang, sebab beliau sayang banget ma nini ni, pada hal aku ketika itu sedang melayari internet kegemaranku. Dengan tidak membuang masa aku bergegas pergi ketempat di mana suara nini terdengar.

Ternyata sebenarnya nini sedang bergaduh dengan kucing tok ketua. Yang lucunya kalu nini itu dalam pagar rumah jiran sebelah, sedangkan kucing tok ketua itu di luar pagar. Bila nini nampak ayahnya datang semakin kuat dan tinggi suaranya sambil bersungut dan mengetap2 giginya, barangkali dia menyatakan kepada lawannya aku paling terror kalu berani?..nanti aku kunyah2 kau macam harimau makan kancil, kucing tok ketua itu pergi dan terus masuk ke rumahnya.

Kuntum ikut bersama aku mencari nini. Aku beri tahu kuntum supaya mengajak nini pulang. Tidak lama kemudian setelah aku sampai semula ke rumah nini pun melintas balik di depan aku hingga tulisan ini aku tulis nini masih belum pulang. Barangkali dia mahu memenuhkan kepuasan hatinya sepanjang hari ini dengan kebebasan...merdeka..
Read More ..

Monday, September 20, 2010

Menunaikan Undangan Majlis Pernikahan Anak Sahabat Lama.

Ustaz Tuan Haji Daud gembira dan senang menyambut kehadiran kami.
Selamat pengantin baru...selamat menempuh alam baru...semoga menjadi pasangan ideal selama-lamanya...anak bungsu laki2 Ustaz Hj. Daud...

Kami menikmati hidangan di meja VIP dengan layanan istimewa.

People say best friends are hard to find, that's because the best is already mine.. begitulah kata2 yang selalui ditemui dalam hidup dalam arina pergaulan dalam masyarakat sosial hari ini. Kata2 lain dalam persahabatan, " teman ketawa ramai tetapi teman menangis sukar ditemui".

Walau apa jua pun ternyata bagi aku keakraban seorang sahabat lama aku yang lebih 30 tahun tidak bertemu, tiada berita sama ada masing2 masih hidup, datang mencari rumah aku yang terpencil jauh dari locing ini, dengan keadaannya yang tidak berapa kuat lagi, khusus mau menyampaikan kartu undangan pernikahan anak bungsu laki2nya. Hajatnya itu cuma dapat disambut oleh isteriku, kebetulan bekas anak muridnya lebih 30 an tahun yang silam, aku pada masa itu kebetulan tiada di rumah kerana keluar ke bandar menghantar service kereta anakku. Kami cuma dapat bercakap lewat hp, aku menerima undangannya itu dan mengatakan, "Insyaallah".

Sebaik seminggu selepas lebaran ini, kemaren hari minggu aku, isteri dan anak perempuanku pergi ke majlis tersebut. Sebaik sampai ke rumahnya Ustaz Daud tak dapat mengecam aku lagi barangkali rupa paras aku udah berubah ditelan usia yang menjelang 70an ini, barangkali juga rupa aku mirip orang tionghua, ramai orang yang kata begitu, dia menunduk kepalanya, tiba2 ternampak isteri aku yang baru ditemuinya semasa menghantar kartu undangan di rumah aku tempoh hari itu, lansung dia menyebut nama aku, lalu dia bertanya, "Inta, kam nafaran?, dan dia menjawab sendiri, "thalatha nafar...". lalu ia menjemput kami ke meja VIP untuk menikmati hidangan makanan tengah hari.

Sahabat yang setia itu seperti bunga berkembangan mewangi di taman penghidupan kita. Semoga berbahagia, sehat dan ceria selalu sahabatku Ustaz Haji Daud dan keluarga. Tahniah dari kami di atas kejayaan dan kecemerlangan majlis pernikahan anaknya itu. Terima kasih di atas layanan yang istimewa sebagai kenangan seorang sahabat lama.

Read More ..

Monday, September 13, 2010

Sekalung Doa Penuh Syahdu, Mengiratkan Kasih Pabila Bertemu.

Datuk, Nurul dan Nenek.
Saudara Ab.Rahman dan isteri Noriah dan anak2: Nurul, Mohd Hafiq, Mohd Syafik Nurul Ain tiada dalam photo bersama aku dan isteri dan Barney berdukung.
Ponakanku Ibrahim Zainal, isterinya Ipah dan anak2nya: Mohd Fikri, Mohd Madzir, Siti Irma Fatima, Siti Ina Izzati, Siti Nurkhalida dan Mohd Ikhwan, bersama aku dan isteri.
Kunjungan anak sanak ke rumahku pada 1 syawal 1431 H.


Sekuntum bunga secangkir madu,
Sejambak kasih segunung rindu..
Sekalung doa penuh syahdu,
Mengiratkan muhibbah pabila bertemu.

Di hujung perjalananku ini..
laluannya indah..
bunga2an mewangi berkembang..
tersenyum terus tersenyum..
melihat2 keliling..
walaupun tiada orang yang nampak..
walaupun tiada lambaian..
bertepuk tangan..
aku gembira senang..
tapi hatiku puas.....bersorak..

Di hujungan perjalanan...
rasa riangnya lebih dari kemaren...
walaupun cuma seketika..
akan ku simpan kenangan ini..
hingga setahun lagi..
.............

Read More ..

Monday, September 6, 2010

Seutas Pengalaman Menjelang Lebaran 1431 H.


Suasana lebaran semakin menggamit fikiranku. Umur yang bertambah ini seperti laluan perjalanan yang jauh, yang semestinya ada banyak perkara yang dilalui dan ditempuhi, berkaitan dengan diri sendiri mahupun lingkungan. Apa pun itu samada yang membawa kita bersedih dan menangis atau pun yang menggamit perasaan suka yang membawa kita tersenyum dan mungkin juga ketawa puas.

Dunia udah banyak mengalami perubahan, demikian juga manusia ada setengah tempat udah semakin maju. Perubahan teknologi makulmat udah semakin canggih, mudah merangkumi dunia tampa sempadan, tiada batas pergaulan samada yang dikenali atau pun tidak, tiada mengira pegangan agama masing2, tiada sekatan perbedaan jantina, apa lagi kalu perbedaan2 polotik.

Manusia bebas menjalini hubungan melalui dunia internet samada untuk silatulrahimi keluarga, persahabatan biasa dengan orang2 yang dikenali atau pun dengan siapa juga yang tidak ada lintasan langsung dalam fikiran kita, kadang2 persahabatan2 itu bertukar dari biasa menjadi akrab dan mungkin menjadi intim pula, walau apa pun harus mempunyai batas2 sosial, adat dan agama masing2. Mencerminkan hal ini aku ada berkawan dengan Melissa Laila dari U.K melalui email window live. Pada peringkat awal emailnya bertanyakan kabar aku dan menyatakan hajatnya mau datang ke Malaysia, aku membalas emailnya dan welcome kedtangannya ke Malasia.

Dalam emailnya yang baru aku terima ini benar2 Melissa Laila mau sampai lagi ke Malaysia, aku merasa sedih barangkali tidak dapat membantunya kerana aku tinggal jauh dari kl tambahan pula kemampuan pun kurang.
Di bawah ini adalah email Melissa Laila, UK. dengan aku..

  • Re: friendship.‏

Melissa Laila
To razali ahmad
From:Melissa Laila (melissa_laila81@yahoo.com)
Sent: Tuesday, 7 Sep, 2010 1: 37 AM
To: razali ahmad (razali2208@live.co.uk)
hello dear,

how are you doing?Thank you for your reply. I hope things are going great over there for you. I have made up my mind and am glad to tell you that i will be coming to Malaysia on 15th September 2010. I have booked a flight. I will be leaving UK on Tuesday(14th September 2010) by 8.20 am and i should arrive Kuala Lumpur international Airport on Wednesday(15th September 2010).I hope its not too soon, and i hope you can assist me on my search for my lost grandparents.I really want to find them, and give them what my mother has make me promised to give before she passed away. I hope to hear a good feedback from you soon. if u want to call me pls use this no +447031813059 begin_of_the_skype_highlighting +447031813059 end_of_the_skype_highlighting and when u want to sms me, sms me on +447901141077 begin_of_the_skype_highlighting +447901141077 end_of_the_skype_highlighting. Pls let me have your phone number. Hope to hear from you soon. Take care.

p/s: Pls let me know your shirt size, which designer and what colour that you like..

love,
Sofea Welford


--- On Wed, 9/1/10, razali ahmad wrote:

From: razali ahmad
Subject: friendship.
To: "melissa laila"
Date: Wednesday, September 1, 2010, 8:05 AM

hi melissa,
thank you very much for your email. there is nothing special about me to tell you. what i can say myself am only a village old man, married with five grandchildren. in malaysia there are many places you can go and enjoy yourself, in historic town such as malacca, in modern town such as kuala lumpur and so on. i think when you have arrived, then you know where to go by asking texi drivers and others. i'm sorry melissa that i can't help you otherwise i pitty and love you. i like to see your photos, may you attach some here.
thanks melissa...see you melissa,..razali.

Dalam umur aku udah mencapai hampir 70 tahun ini, masih ada orang di luar sana, mahu pun tempatan yang tidak pernah aku temui dan kenali, meluahkan rasa cinta dan love mereka kapada aku, barangkali kata2 mereka itu mempunyai unsur hormat di atas ketuaan umurku itu, terjemahan kasih sayang terhadap bapa atau pun datuk mereka. Walau apa pun jua pokok semua itu harus ikhlas, " dijadikan manusia berkelompok2, berpuak2, bernegeri2, berlainan jantina, berbagai warna kulit, bangsa, mahu pun agama, untuk berkenal2an. Yang semulia2 kamu di sisi Allah itu adalah orang yang taqwa".
Read More ..

Friday, September 3, 2010

Menjelang Hari Lebaran 1431 Hijrah.

Lebaran tahun 1431 Hijriyah, tahun ini insyaallah akan disambut dalam tidak sampai satu minggu lagi. Tidak seperti di tahun2 yang lepas2 itu, pada kali ini boleh dikatakan menyambutnya secara sedarhana sahaja, barangkali sesuai dengan usia yang makin melabar ini. Kalu juadah kueh2 hari raya cuma disediakan sejenis dua sahaja dan ketupat segera dengan rendang, untuk disajikan kalu ada anak sanak yang mau menziarahi aku, pamannya..

Di hari lebaran yang lepas itu, isteriku dapat menyediakan dua jenis rendang, rendang minang daging sapi (lembu) dan daging ayam. Tetapi pada tahun ini berkemunkinan dia dapat menyediakan rendang ayam saha diukur dengan kemunkinan keupayaan kesihatannya, mudahan sahaja dia terus sehat menjelang hari lebaran ini. Read More ..

Friday, August 6, 2010

Persatuan Bengkulu Malaysia (PBM).

Datuk Abdul Hadi bin Abdul Khatab Presiden PBM (2010-2012) dan Tuan Haji Yusof Gani Riduk Penasihat PBM.
Ahli Jawatan Kuasa PBM Bergambar ramai selepas mesyuarat.
AJK PBM.

Minggu kemaren aku menghadiri mesyuarat PBM di Rawang Selangor. Inilah pertama kalinya aku ada peluang dan kesempatan menghadiri mesyuarat yang seperti itu, itu pun cikgu Jaafar, penolong setiausah PBM cawangan Gemas mau pergi sama, selain dari cikgu Jaafar turut juga pergi Pn. Kanas, bendahari PBM cawangan yang sama. Perjalanan ke Rawang itu dari tempat aku mengambil masa lebih dari tiga jam.

Kalu PBM ini telah berusia lebih dari 17 tahun, ahlinya melebihi seribu orang, sedangkan anak2 bengkulu mengikut satu kajian secara rambang ada kira2 50,000 orang. Sepertinya kalu mau dikirakan kedatangan bangsa bengkulu dari Sumatra Selatan ke Malaysia ini udah hampir satu abad, bayangkan sahaja hujungan genarasi kedua keturunanku, aku ini sahaja udah berumur hampir 70 tahun, memang munasabah ada di antara sanak saudara yang datang lebih dahulu dari kedua orangtuaku, barangkali udah lebih 100 tahun tinggal mastautin, membuat kampung halaman di Malaysia ini, dan sama2 memajukannya mana2 yang boleh.

Kalu mau disebut ada juga satu dua contoh sumbangan perkhidmatan anak bengkulu kepada Malaysia, seperti menjadi Dato' Bandar Kuala Lumpur, menjadi Brig. Jendral angkatan tentera, jadi menteri di Malaysia, wakil2 rakyat, apa lagi kalu dalam pendidikan pelbagai bidang, ada guru, pensyarah, professor dan doktor2 perubatan dan doktor pakar di hospital kerajaan.

Anak bengkulu Malaysia terdiri dari kedua ibubapanya orang bengkulu atau ibu atau bapanya orang bengkulu, atau berkahwin dengan orang bengkulu atau datuk neneknya orang bengkulu, semuanya itu layak menjadi ahli Persatuan Bengkulu Malaysia (PBM). Aku mengajak saudara saudari yang membaca blog aku ini, tergulung dari maklumat di atas, mendaftarlah menjadi ahli PBM, kita rami2kan persatuan ini.

Di antara tujuan penubuhan PBM ini ialah memelihara identiti sosio-budaya bengkulu supaya bukan sahaja boleh bertahan tetapi dapat berkembang dan dituturkan oleh orang2 bengkulu sekurang2nya dan orang lain juga di Malaysia ini amnya. Yang nyata sekarang bahasa bengkulu, sama ada bulang mahu pun serawai, udah tidak kerap lagi dituturkan bukan sahaja oleh masyarakat bengkulu tetapi juga oleh isi rumahtangga bengkulu itu sendiri apa tah lagi orang lain. Pada hemat aku genarai ke tiga dan ke empat akan datang bahasa bengkulu ini tidak terdengar lagi dituturkan orang, barangkali cuma tinggal bahan kajian sahaja di pusat2 pengajian tinggi, bahasa2 di dunia.

Selain dari tujuan yang di atas itu bertujuan memelihara dan merapatkan lagi muhibbah dan silatulrahimi di antara masyarakat bengkulu khasnya dan masyarakat lainnya di Malaysia amnya. Barangkali kalu semangat kerjasama dan cintakan budaya kita dapat disuburkan, kalu tidak dapat hari2 sekurang2nya setahun sekali misalnya kita berkumpul kita belajar cakap bengkulu sama ada berbual2 mahupun bentuk syarahan dalam bahasa kita, insyaallah kewujudan PBM dapat memberi manfaat kepada kita anak2 bengkulu. Pandangan dan cadangan anda amat dihargai.


Read More ..

Tuesday, June 22, 2010

Pantunku Dalam fb1.


Merpati dua sejoli
terbang dua sekawan
bulan dan tahun silih berganti
tingkatkan usaha capai tujuan.

Imam membacakan khutbah jumaat
di dalamnya banyak ajaran dan nasihat
mendoakan ibubapa setiap saat
kasih sayang diberi tanda hormat.

Berduri halus buah nangka
bulat2 buah semangka
walupun kita orang ternama
harus hormat jiran tetangga.

Bersegi tiga buah petola
ikan kembong dimasak cuka
kalau kita orang berada
jangan sombong orang meminta.

Kata mufakat seiya sekata
mendorong kita membena bangsa
banyaknya nikmat yang kita ada
agihkan sedikit kepada yang tiada.



Read More ..

Monday, May 24, 2010

Pantunku Dalam fb.


Keluar berjalan di kota Bengkulu
singgah makan di Embun Pagi
ingat pesan datuk nenek dahulu
ziarahlah sanak barang sekali.

Dari Curup ke Pagar Dewa
Dendam Tak Sudah si Tebat Samsar
kalau hidup sebatang kara
mempunyai sahabat terlalulah besar.

Merdunya suara orang mengaji
dalam al-Quran banyak pengajaran
sama2 keluar mencari rezeki
lebih dan kurang di tangan Tuhan.

Air terjun ada di Suban
batu batannya susun bertingkat
pergaualan seharian banyak cabaran
hidup mufakat menambah barakah.

Padang Kemiling nama bandara
Ibu Fatmawati nama barunya
pandang keliling semuanya saudara
belum ditemui satu persatunya.
Read More ..

Monday, May 17, 2010

Lagu Kesukaanku....

Read More ..

Pantunku..


Ramai orang di pantai panjang
kanak2 bersuka ria
hajat hati ada nak datang
menunggu bulan jatuk ke riba.

Budak2 pergi menjala
dapat seekor ikan sembilang
mari kawan2 kita berusaha
mengumpul harta mencari wang.

Di dalam taman bunga berkembang
indah dilihat dari dekat
badan sehat fikiran lapang
itu lah doa selepas solat.

Gunung bungkuk tempat bertapa
gah namanya di Bengkulu
terasa akrab hubungan kita
dalam fb sering bertemu.

Rejang Lebung namanya tempat
dalam perjalanan menuju ke Curup
sanak ramai tinggal di sini
mau digabung tapi tak dapat
mau dicari biaya tak cukup
simpan sahaja di dalam hati.

Read More ..

Tuesday, May 4, 2010

Puisiku..


Di satu senja
Angin bertiup sepoi2 bahasa
Dedaun nyior melambai2
Burung2 berterbangan keriangan
Aku termenung
Mengingati 'check point' perjalanan yang dilalui
Aku kehabisan tenaga
Untuk ke garisan penamat.......
Aku harus semangat
Bangkit
Berlari sekuat tenaga.....
Masih hidup
Masih sehat.
Read More ..

Monday, April 26, 2010

Kenanganku Mengusik Jiwaku.(5.1)


Razali Ahmad April 22 at 9:27am
Nilva, datuk benar2 terharu membaca jalinan kata2 yang nilva tulis itu, tidak datuk sadari air mata bercucuran jatuh tidak dapat ditahan2 sehingga kata2 yang nilva tulis menjadi kabur, datuk tidak menyangka nilva memahami datuk walau pun perkenalan melalui internet dengan menerima pelawaan nilva dalam group pantun 'bugih lamo', sebenarnya datuk gak pintar berpuisi apa lagi berpantun bahasa minang, dari rangkaian itu hubungan ternyata terjalin, sekarang ini datuk rasa sepertinya nilva udah menjadi cucu sendiri. memahami datuk walau pun dari jauh dan belum pernah bertemu.
nilva...
walau pun cucu menantu datuk itu muallaf, usaha yang dilakukan oleh nilva itu adalah sesuatu yang terpuji dan besar pahalanya disisi Allah, datuk berdoa mudah2an apa yang nilva lakukan ini dibarkati oleh Allah, semuanya berjalan lancar, dan cucu menantu datuk cepat dapat dan diberikan hidayah oleh Allah.
nilva...
datuk juga berdoa semoga kita dapat bertemu di rumah Allah itu, dibawah lindungan Kaabah..ya Allah berikan kami rezeki dan kesehatan yang baik, kabulkan doa kami..amin ya rabbal alamin..
semoga nilva sehat dan ceria selalu.
Read More ..

Saturday, April 24, 2010

Kenanganku Mengusik Jiwaku.(5)


Nilva Rosnina Scholz April 22 at 1:42am
Doa selalu mengiring salamku buat datuk.terharu rasanya membaca kerinduan datuk dengan tanah suci mekah.seperti datuk nilva juga merindukan hal tersebut.tapi masih ada beberapa hal lain yang membuat hal tersebut belum terlaksana.selain soal dana,kendala lain dengan menantu datuk yang mualaf masih belajar dengan rukun2 islam.bukan hal mudah baginya untuk menghapal ayat ayat alquran...tapi dengan penuh kesabaran nilva mencoba membimbing semampu yang nilva bisa.tapi masih jauh dari yang kita harapkan...insyaallah datuk !
Andaikan allah mengijinkan,andaikan diranah minang kita tidak bisa bertatap muka,nilva sangat berharap dan berdoa dirumah Allah tempat pertemuan kita...ini ditengah antara Eropa dan Asia.nilva belum berani berharap banyak,tapi selalu berdoa dengan kesempatan tersebut.Datuk...sama sama berdoa kita...Amin !!
Semoga Allah memberi Rezeki dan kesehatannya kepada Datuk juga nenek hendaknya.Amin amin ya rabbal alamin.


Read More ..

Friday, April 23, 2010

Kenanganku Mengusik Jiwaku.(4).

Tunduk sujud kepada Allah
walau pun besarnya dugaan menimpa
kalu ada rasa bersalah
pintu taubat masih terbuka.

Terdengar azan di Masjid Nabi
terpanggil hati mau ke sana
ya Allah jemputlah kami
menziarahi Nabi Rasul utama.

Merenung jauh bayangan kaabah
merasa jiwa mengajak ke sana
sujud syukur kepada Allah
menghitung nikmatNya yang tidak terhingga.

Sejuknya udara dinihari
laungan azan jelas di udara
capek terasa menguasai diri
barangkali usia menjelang senja.

Menempuh satu lorong yang sukar
mencari jalan keluar yang payah
hati tidak dapat terima apa yang telah terjadi
kemuncak ujian keimanan yang mencabar.
Read More ..

Monday, April 19, 2010

Kenanganku Mengusik Jiwaku.(3).


Cantik kembangnya si bunga cina
dipetik orang jadi perhiasan
banyaknya cabaran hidup di dunia
wajar semuanya menjadi pengajaran.

Pohon anau di dalam rimba
melepaskan pucuknya selagi upaya
tiada kekuatan tiada upaya
mohon keampunan segala dosa.

Rindunya hati hendak ke Mekah
sambil ziarah mengerjakan umroh
rezeki dan kesehatan di tangan Allah
harapan dipohon setiap solat.

Sejuknya udara dinihari
laungan azan jelas di udara
capek terasa mengusai diri
barangkali usia menjelang senja.

Apa lagi yang akan dilalui di penghujung hidup ini...???.
Read More ..

Friday, April 16, 2010

Kenanganku Mengusik Jiwaku.(2).

Terdengar guruh sekali sekala
air di tempayan ditumpahkan semua
terlalu mengharap mendapat laba
tidak diduga bertukar bencana.

Limau purut lebat di dahan
terlalu lebat dahannya patah
rezeki dan maut di tangan Tuhan
suratan takdir gak dapat dibantah.

Alam terbentang pemandangan indah
matahari terbit terang cahayanya
harta dan nyawa pinjaman Allah
bertambah berkurang atas iradahnya.

Buah pinang terbelah dua
makan sirih dikunyah kunyah
musibah datang tidak diduga
sabar dan redha kepada Allah.

Bersolat subuh di masjid raya
menginsafi diri berair mata
kepada Allah mohon dipinta
diberikan dugaan kadar upaya.

Buah pinang masaknya merah
dibawa orang dari seberang
sujud syukur kepada Allah
badan sehat umur panjang.

Amin ya mujibassailin.
Amin ya rabbal alamin.
Amin....
Read More ..

Wednesday, April 7, 2010

Tuesday, April 6, 2010

Ulang Tahun Perkahwinanku ke 41 (6 April, 2010).


Indahnya cahaya bulan purnama
terdengar sayup pungguk merindu
terjalin 41 tahun hidup bersama
kekal segar seperti dahulu.
Read More ..

Monday, April 5, 2010

Kenanganku Mengusik Jiwaku.(1).


Burung enggang terbang tinggi
burung merbah hinggap di bumbung
nilai seseorang ketinggian budi
tidak pernah berlagak sombong.

Pohon dedap si pohon pinang
mari ditanam di tepi huma
hubungan akrab menjadi renggang
janganlah kemewahan menjadi puncanya.

Alangkah tinggi si gunung daik
nampak dipandang di merata tempat
mulutnya manis hatinya baik
senangnya hati sebagai sahabat.

Kain sutera dari pelembang
berbunga cantek warna pelangi
budi bahasa dipandang orang
jadi sebutan sehingga kini.

Burung punai burung merpati
burung nuri terbang berdua
walau pun memepunyai status tinggi
merendah diri sifat yang mulia.
Read More ..

Monday, March 22, 2010

Kenanganku Mengusik Jiwaku.


Dua tiga kucing berlari
mana nak sama si kucing belang
hidup di dunia mau berani
menempuh cabaran susah dan senang.

Intan permata berkilau cahayanya
dipakai gadis pergi bertandang
kebenaran kata tinggi nilainya
menjadi ukuran kepercayaan orang.

Emas dan perak barang berharga
ukuran kekayaan zaman dahulu
harapan kawan jangan dihampa
tuah seseorang gak siapa yang tahu.

Manis rasanya buah delima
di masjid terapung di pantai Jeddah
marilah kita sama2 membena
silatulrahimi ikatan ukhuah.

Suara azan terdengar hebat
muslimin muslimat bangun bersolat
mohon ampun mohon barakah
hidup di dunia mohon selamat.

Merdu dan sayup suara azan
mohon kita kepada Tuhan
jika jauh minta dekatkan
jika sedikit minta tambahkan.
Read More ..