Friday, August 6, 2010

Persatuan Bengkulu Malaysia (PBM).

Datuk Abdul Hadi bin Abdul Khatab Presiden PBM (2010-2012) dan Tuan Haji Yusof Gani Riduk Penasihat PBM.
Ahli Jawatan Kuasa PBM Bergambar ramai selepas mesyuarat.
AJK PBM.

Minggu kemaren aku menghadiri mesyuarat PBM di Rawang Selangor. Inilah pertama kalinya aku ada peluang dan kesempatan menghadiri mesyuarat yang seperti itu, itu pun cikgu Jaafar, penolong setiausah PBM cawangan Gemas mau pergi sama, selain dari cikgu Jaafar turut juga pergi Pn. Kanas, bendahari PBM cawangan yang sama. Perjalanan ke Rawang itu dari tempat aku mengambil masa lebih dari tiga jam.

Kalu PBM ini telah berusia lebih dari 17 tahun, ahlinya melebihi seribu orang, sedangkan anak2 bengkulu mengikut satu kajian secara rambang ada kira2 50,000 orang. Sepertinya kalu mau dikirakan kedatangan bangsa bengkulu dari Sumatra Selatan ke Malaysia ini udah hampir satu abad, bayangkan sahaja hujungan genarasi kedua keturunanku, aku ini sahaja udah berumur hampir 70 tahun, memang munasabah ada di antara sanak saudara yang datang lebih dahulu dari kedua orangtuaku, barangkali udah lebih 100 tahun tinggal mastautin, membuat kampung halaman di Malaysia ini, dan sama2 memajukannya mana2 yang boleh.

Kalu mau disebut ada juga satu dua contoh sumbangan perkhidmatan anak bengkulu kepada Malaysia, seperti menjadi Dato' Bandar Kuala Lumpur, menjadi Brig. Jendral angkatan tentera, jadi menteri di Malaysia, wakil2 rakyat, apa lagi kalu dalam pendidikan pelbagai bidang, ada guru, pensyarah, professor dan doktor2 perubatan dan doktor pakar di hospital kerajaan.

Anak bengkulu Malaysia terdiri dari kedua ibubapanya orang bengkulu atau ibu atau bapanya orang bengkulu, atau berkahwin dengan orang bengkulu atau datuk neneknya orang bengkulu, semuanya itu layak menjadi ahli Persatuan Bengkulu Malaysia (PBM). Aku mengajak saudara saudari yang membaca blog aku ini, tergulung dari maklumat di atas, mendaftarlah menjadi ahli PBM, kita rami2kan persatuan ini.

Di antara tujuan penubuhan PBM ini ialah memelihara identiti sosio-budaya bengkulu supaya bukan sahaja boleh bertahan tetapi dapat berkembang dan dituturkan oleh orang2 bengkulu sekurang2nya dan orang lain juga di Malaysia ini amnya. Yang nyata sekarang bahasa bengkulu, sama ada bulang mahu pun serawai, udah tidak kerap lagi dituturkan bukan sahaja oleh masyarakat bengkulu tetapi juga oleh isi rumahtangga bengkulu itu sendiri apa tah lagi orang lain. Pada hemat aku genarai ke tiga dan ke empat akan datang bahasa bengkulu ini tidak terdengar lagi dituturkan orang, barangkali cuma tinggal bahan kajian sahaja di pusat2 pengajian tinggi, bahasa2 di dunia.

Selain dari tujuan yang di atas itu bertujuan memelihara dan merapatkan lagi muhibbah dan silatulrahimi di antara masyarakat bengkulu khasnya dan masyarakat lainnya di Malaysia amnya. Barangkali kalu semangat kerjasama dan cintakan budaya kita dapat disuburkan, kalu tidak dapat hari2 sekurang2nya setahun sekali misalnya kita berkumpul kita belajar cakap bengkulu sama ada berbual2 mahupun bentuk syarahan dalam bahasa kita, insyaallah kewujudan PBM dapat memberi manfaat kepada kita anak2 bengkulu. Pandangan dan cadangan anda amat dihargai.


Read More ..