Wednesday, August 30, 2017

Bakal cerito.

Le lebi sepulo taun aku datang dingan keluarga ke Bengkulu arai reraye aji, masi taingat. Ladas nian asek e berayak ziarah reraye ape lagi raye aji. Ape idak e rami sanak yg nyembelih qurban sapi. Pendek e kemane bae angok makan rendang sapi, sop tulang sapi. Men enggot seminggu aku main duma adek sanak sanak tegalau pacak beso lagi asek e badan.


Dikarnakan oli beberape faktur kami cuman dapat bermalam tige malam pat arai. Alhamdulillah la dapat jugek nemu sanak. Ade sanak yang aku temui waktu itu makkini la dakgi, la ninggal "inna lillahi wainna ilaihi rajiuon".

Ade angan2 nak brayak lagi ke bengkulu, tapi tah kebile, lom ade mase lapang e, sibuk bae idang arai. Nak kate ade bisnis beso, col. Barangkali kesibukan itu cuman alasan bae die? Yang sebeno e kecik ke bae die bepitis.

Kalu la sapai bengkulu aku die rengam; adek sanak cucung2 bedaging gale, kecek bae nak makan ape, daging sapi, use, ayam sambal jengkol goreng dingan ikan teri ade gale. Masalahnye diperjalanan kak na. Mudah2 ade kesempatan dan kelapangan sapai lagi aku kesitu.


Read More ..

Sunday, August 27, 2017

Ade2 bae.

Men ndak dicerito ke pengalaman idup sepanjang omor ku kak, searai2 die badu nemu nian becawan2 kopi abis ditegok ke, nemu nian merenggut sore die badu2. Ape ke idak e, sejak awak pacak negecek, macam2 diajo wang dalam lingkungan nyebut e. Mak mane pule waktu itu dalam kapung ku wang lum rami, posekan yang lain2 lum ade, tv jauo sekali, waktu itu kalu ade hp canggih roman arai kak woi ibur sekapong jadi e, dimane bae wang cerito "aku la nyingok e nian ".

Barangkali olie karna lum rami, cuman ade kurang lebi sepulo bua uma, hubangan atare satu dengan yang lain, akrab gale roman adek badek, sanak gagale. Kumonikasinye coman itu la betegur sape diantare sasame, baik yang mude ape yang tue bigi hormanis nian, jadi base bengkulu te ditutur ke terus. Pacak gale bebase awak. Kunci sasatu base te la petuturan, lalame pacak carek ngecek e.

Dibandingke makini kak, maaf kecek la die roman te lagi, yang mude2 col lagi ndak bemuan bepakwo, beuncu la betemu mekan kian die narak, melingus bae. Kalu duduk semeja pun rim bae die ade ngeberol, masing2 sibuk dengan telepon pintar main fesbokan. Bukannye ngate wang aku jugek roman te, hehehe.. Read More ..

Friday, August 25, 2017

Lapang rasanya dada.

Aku baru aja selesai beri makanan dan minuman untuk kucing. Jumlah semua kucing yang aku bela itu sebanyak 24 ekor. Mereka ditempatkan dua tempat, satu dirumah kampung dan satu lagi dipondok kebun tempat aku dan isteri tinggal sekarang.

Seawal sebelum masuk waktu subuh lagi, kucing kucingku telah siap sedia menunggu aku dihadapan pintu menantikan aku keluar ke rumah sebalah untuk solat subuh. Aku siap menyediakan makanan untuk mereka, nasi dengan ikan goreng yang aku sediakan sebelum nya. Apabila pintu keluar itu terbuka masing2 menerpa masuk kerumah.

Masing2 namanya aku panggil didulukan nama ibunya "boyot" diikuti dengan siapa yang sudah masuk dalam rumah, "leo, lion, asad, singa, leopad dan junior nini ! " keluar semua mari makan makanannya ada disini. Mereka ikut arahanku. Tempat makan mereka aku sediakan dalam tiga dulang. Setakat kini mereka suka makan bersama2.

Lain ceritanya yang tinggal dirumah kampung itu. Aku tempatkan mereka dalam tiga kamar. Masing2 dalam kamar 1 empat ekor, kamar 2 dua ekor dan kamar 3 enam ekor.

Setiap hari aku dan isteri datang kepada mereka membawa makanan ikan rebus dengan supnya sekali, tiap2 seorang dua ekor. Makanan itu aku letakkan dalam dulang dikamar masing. Kuah supnya disediakan dalam mangkok.

Yang menjadikan aku terhibur senang hati tidak terasa penat, apabila makanan habis dimakan dan mau berlalu pergi, seperti mereka mengiou, " thank you ". Aku jawab sama2.

Barangkali rasa senang dan puas hati ini juga satu rezeki dari ilahi menyumbang kepada kesehatan menjadikan aku beransur sehat. Alhamdulillah. Read More ..

Wednesday, August 23, 2017

Sebuah harapan.

Langit cerah didesaku hari ini, cuma ada beberapa kumpulan awan putih menghisi langit yang biru cerah itu, menjadikan satu lukisan yang menarik ciptaan Ilahi. Tidak ada awan hitam yang membawa hujan. Biarlah kecerahan ini bukan sahaja didaerah bahkan negaraku sampai kepetang bukan cuma untuk hari ini tetapi biarlah selalunya begitu.

Aku menaruh harapan satu ketika nanti diberikan aku rezeki dan keupayaan, cocok buatku melihat pemandangan alam yang berlainan warna warninya, mengkagumkan yang menarik dan ajaib menjurus kepada keagunganmu oh tuhan.

Kayak baru kemaren aku berkesempatan menyaksikan pandangan indah waktu sore sunset diPantai Panjang Bengkulu Indonesia pada hal tanggal dan waktu itu telah berlalu sekian lama. Barangkali keunikan dan keindahan pemandannya itu berbeza ditempat2 lain. Masih ada dalam ingatanku. Mahu aku terjemahkan dalam kenvas lukian atau pun susunan ayat2 puisi, aku belum mampu.

Akan aku unyukan dahulu, mana tahu ada kesempatan dan rezeki menyaksikannya sekali lagi keindahan itu bersama adik sanak, cucung2 dan cicit2 dinegeri sebarang itu. Insya Allah.


Read More ..

Tuesday, August 22, 2017

Positif mara kedepan.

Selagi ada kesempatan rezeki hidup kekuatan diberi oleh Allah aku optimis melakukan apa juga yang berupa kebaikan kebajikan untuk diri lingkungan dan masyarakat amnya.

Bidang pertanian berkebun bercucok tanam pokok buah2an, kelapa, rempah ratus seperti serai kunyit lada dan lain2 aku suka menanam dan mengurusnya.

Tujuan aku mengusahakan semua itu selain untuk mendapat hasilnya, mencantikkan pandangan hijau dan landscape, dalam masa yang sama menyumbang kepada kesehatan diri rasa kepuasan dan keselesaan apabila pokok2 yang ditanam itu mula hidup subur, menghijau hilang rasa stress.

Tidak rugi aku ruangkan masa sedikit pada hal ada menfaatnya banyak. Usia tidak menghalang aku membuat sesuatu. Aku percaya semua ini boleh menyumbang kepada kesehatan tenaga dan kekuatan. Apa tidaknya ia seperti olahraga yang berdesiplin yang teratur. Dan sebagai satu ibadah juga akhirnya. Read More ..

Monday, August 21, 2017

Desa bercahaya.

Cahaya sememangnya sesuatu yang sangat perlu dalam hidupku. Aku tidak mampu melangkah tanpa cahaya. Apa lagi kalau dalam kegelapan.

Halaman rumahku terang benderang limpahan  cahaya lampu rumah ditambah oleh sinaran lampu jalan, aku rasa senang dan aman tinggal didalamnya. Desaku bercahaya, ini barangkali lampu2 dan lampu jalan dipasang oleh pemerintah kerana hendak memeriahkan sambutan ulang tahun kemerdekaan negeriku pada 31 ogos ini, jadi keriangan dan semangat cinta  negara hidup subur.

Tanggal  22 ogos 2017 hari ini adalah ulang tahun kelahiranku yang ke 77 tahun. Aku masih diberi rezeki untuk bernafas seterusnya. Usia 76 tahunku sudah aku lalui dalam pelbagaian rasa kecintaan belas dan kasih sayang yang menitiskan air mataku yang tidak mungkin dapat aku balas tersimpan dalam memory ingatan dilubuk hatiku.

Aku sentiasa mencari dan mengharap cahayaMu Ilahi untuk menyuluh hidupku kejalan yang lurus "siratul mustaqim". Dan mambawanya kepada penyudahan hidupku "khusnil khatimah".
Amin ya rabbalalalamin.. alhamdulillah.. allahumma salli ala Muhammad.


Read More ..

Kenangan mengusik jiwa.


Berat rasa hati meninggalkan rumah ini kosong, dikeranakan oleh berbagai foktor. Fator utama rumah bahagian dapur udah mulai rosak dimakan anai2, terutama kayu siling dan kayu2
lain dibahagian dapur masak.

Hendak dibaik pulih sudah tidak sesuai lagi maklum sahaja perkayuan siling dan gegulung nya kebanyakannya sudah rosak, sukar dibaikki. Hendak dibena semula kos benaannya tinggi memerlukan kos berganda; kos untuk bongkar lain dan kos benaan lain, jadinya kos berganda.

Mujurlah pondok kebun dapat aku siapkan, aku dan isteri pindah duduk dikebun. Walau bagai mana jua pun kalau tidak ada hal melintang saban hari aku dan isteri datang membersihkan nya mana yang patut.

Rumah itu sudah lebih empat puluh tahun usia nya. Rumah utama ini masih kukuh, perkayuan nya terdiri dari kayu resak, masih kuat dan utuh rumah pertama kami bena secara berdikit.

Tidak disangka apa2 pun boleh berlaku, walau bagaimana juapun tidak aku mendudukinya sekarang mana tahukan kalau bukan aku tinggal didalamnya mungkin anak2 atau cucu2 wallahu aklam.





Read More ..

Saturday, August 19, 2017

Potoret diri.

Pengalaman demi pengalaman dilalui sepanjang perjalanan hidupku sehingga kini. Tidak dapat dinapikan ada senang dan susah. Yang aku tulis ini hal2 dewek diri sendiri tidak mengaitkan sesesiapa.

Kesabaran mencari nafkah diri dan keluarga, kadang2 rasa menitis air mata kerana kepayahannya. Barangkali dikernakan semua itu mendidik aku berjimat2 berbelaja. Aku tidak ada sifat iri hati apa lagi menunjuk2, harta sebanyak sedikit apa yang aku adalah dibatas tahap kemampuan kewangan ku.

Rumah sekedar tempat berlindung dari hujan dan panas. Kenderaan kereta misalnya sekedar bisa membantu aku dalam perjalanan mencari nafkah dan keperluan perjalanan harian yang lain. Berpakaian barangkali aku agak cerewet memilih dan aku senang dengan pakaian yang aku suka. Aku tidak kesah sama ada nampak cantik atau pun tidak.

Rezeki yang paling mahal bagi aku adalah kesehatan diri. Aku tidak malu bertanya tentang kesehatn diri terutama kepada dokter yang merawatku dan cucu2ku yang tahu ubatan2 dan  ahli farmasi.

Perinsip aku " aku tidak malu dan tidak segan bertanya kerana aku tidak faham ". Read More ..

Wednesday, August 16, 2017

Angangan2 hidup.

Sejak umur mudaku, aku rasa senang mempunyai ramai kawan apa lagi kalau kenalanku itu suka bertimbang rasa diantara satu sama lain.

Lazimnya bila keluar bersama rakan tulan, lumrahnya singah dikedai makan minum, ambil makanan bersama. Sekali kita belanja diwaktu yang lain sepatutnya kawan kita belanja, ada rasa berlebih kurang. Bagi aku faktur ini penting untuk mengikat persahabatan.

Kalau sudah berjauhan selalu bertanya khabar. Dalam usiaku sebegini masih ada ingatanku bertemu sahabat apalagi sanak, tapi faktor masa dan kesempatan jadikan angan2ku tidak terlaksana. Aku sempat bertanyakan lewat laman sosial via internet. Hablum minallahi, wahablum minannasi.

Prinsipku dalam berteman bersahabat aku suka kepada mereka, kalau mereka juga senang  denganku. Aku tidak berkecil hati dan sedia menjauhkan diri. Read More ..

Tuesday, August 15, 2017

Sahabat alam.

Betemankan dengan kucing2 aku tidak merasa jemu kadang2 hingga berjam2 aku leka melihat mereka bermain bekejar2an kadang2 seperti mereka mempersembah kan pencak silat aku rasa riang dan senang melihat telatah dan kelucuan mereka.

Kucing binatang kesayangan Nabi Muhammad s.a.w. baginda juga ada mempunyai seekor kucing namanya Muizza. Air liur kucing tidak najis. Kalau kucing menjilat air minum dalam bekas berisi air, airnya masih bisa digunakan untuk uduk. Ternyata nabi menyayangi kucingnya itu. Pernah Muizza itu tidur diatas jubahnya, sedangkan Nabi mau keluar solat, sanggup Nabi s.a.w. mengunting lengan jubahnya itu.


Aku sayang kucing aku rasa puas bila beri mereka makanan mereka suka makan dan menghabiskan makanan yang aku beri itu. Sama2 kita menyangi kucing kalau mereka minta makanan berilah sedikit makanan kepada mereka. Mudah2an Allah memberi kelapangan rezeki kepada kita.


Read More ..

Monday, August 14, 2017

Berpaut didahan tua.

Pokok mangga dikebuanku ini berumur lebih sepuluh tahun. Pada umurnya kira2 empat tahun ia sering berbuah lebat. Sekarang buahnya mulai kurang, jika berbuah pun adalah sebiji dua tidak selebat masa kemaren tu mujurnya ia masih hidup. Kata orang pokok mangga boleh hidup hingga seratus tahun.

Kadang2 setahun sekali aku taburkan juga ia baja supaya subur dan mengeluarkan buah.

Kalu difikirkan pokok mangga ku ini sehingga sebesar ini tentu sudah tentu memakan masa yang lama menjaganya. Aku terus menjaganya supaya ia terus subur dan berbuah.

Buahnya itu kalau aku tidak dapat memakannya, dimakan oleh manusia mahupun binatang atau burung adalah sadakah, insya Allah.
Read More ..

Friday, August 11, 2017

Beralih angin.


Aku dan isteri sudah enam bulan tinggal dipondok kebun. Kayaknya duduk dirumah peranginan ditepi pantai. Apa tidaknya angin sentiasa bertiup pelbagai arah kadang2 dari utara dan kadang2 selatan, rasanya sejuk dan nyaman.

Pada mulanya aku ingin jadikan pondok kebun yang aku bena itu homestay ala kampung. Bila difikir dan dibincang balik dengan isteri, ternyata aku tidak mampu menguruskannya, cadangan itu dibatalkan. Pilihan terbaik didudukki oleh diri sendiri.

Pepohon buah2an yang ada dikebunku itu, memberi kehijuan sejuk mata memandang. Ada sanak yang datang menziarahi aku mengatakan duduk dalam kebun itu bagus memberikan udara yang bersih merasa aman dan nyaman.

Alhamdulillah aku cuma merancang, ketentuan semuanya  itu datang dari Allah. Aku bersyukur kepadaNya. Read More ..

Wednesday, August 9, 2017

Masa duluku dan kini.


Kegemaran, keseronokan, kesukaanku menulis sesuatu apa juga yang terfikir dalam ingatanku masih subur tetapi cuma yang berkaitan dengan diri sendiri . Barangkali berkenaan hobi diriku ini terbawa-bawa hingga kini.

Dulu hobiku gemar keluar berjalan makan angin, apa lagi kalau sambil wisata itu dapat pula menyambung salatulrahimi. Semasa awal remajaku kerana suka keluar melihat tempat dan kawasan orang yang lain dari keliling rumahku, pernah mengayuh besikal tuaku hingga berbatu-batu. Setelah sampai ketempat yang dituju, berhenti rehat sekejap sambil minum air batu campur (abc) berkayuh balik pulang kerumah. Kemahuan ada, duit tak ada nak naik bas.

Sekarang pun hobi aku berjalan mengambara diluar melihat dunia masih berkubar-kubar, barangkali masa dan waktu yang tepat itu belum sampai. Hingga saat ini aku baru sampai ke Arab Saudi, Jeddah, Makkah dan Madinah, ke Indonesia: dumai, pekan baru, padang, bukit tinggi, jakarta dan bengkulu kesemua perjalananku itu tujuannya sama ada bentuk ibadah isterahat atau silatulrahimi mengimbau banyak kenangan dan pengalaman suka duka hidup yang sukar dilupakan.

Dalam menunaikan ibadah pun ada banyak pengalaman sosial yang tidak terungkapkan. Read More ..

Ibu mithali.

Aku ada seekor kucing, aku namakan dia Boyot. Nama itu aku berikan semasa dia datang kerumahku ia sarat hamil/mengandung/bunting dalam jangkaan melihat kepada perutnya tentu entah beberapa ekor anaknya akan lahir.

Boyot selamat melahirkan anak kembar enam ekor, sehat dan ceria semuanya. Setiap hari boyot datang makan aku minta dia bawa anak2nya kerumahku. Dia tunaikan permintaanku itu.

Anak2nya aku berikan nama masing2, Lion, Leo, Asad, Singa, Lepoed dan Nini Jonier.

Boyot setiap kali aku berikan makanan seperti ikan yang agak besar digunggungnya ikan itu dibawa kepada anak2nya. Kalau aku beri makanan ikan yang dihiris kecil dia tidak/belum mahu makan sebelum anak2nya dapat sorang satu.

Aku beri makanan bila ia minta kerana kesihan melihatkan ia memberi susu badannya setiap kali anak2 mahu.

Begitu lah keadaannya Boyot dalam penjagaanku. Aku sayang Boyot dan anak2nya mereka memberikan aku tenang hilang rasa stress.
Read More ..

Tuesday, August 8, 2017

Menempoh hari tua.

Barangkali hidup dihari tua adalah peringkat akhir dalam kitaran hayat seseorang hidup didunia ini. Sudah dilalui masa kanak2, remaja dan dewasa. Kegembiran kemurungan, kesenangan dan kesusahan sudah dilalui mungkin peringkat dan kadarnya berbeda dengan status dan sosial masing2.

Aku rasa bersukur dengan segala rezeki dan nikmat yang dikurniakan oleh Allah sehingga kini. Adik sanak yang dekat mahupun jauh sebahagian besarnya telah aku temui walau pun tidak semua yang aku ingat nama2 mereka. Ada cukup rezeki untuk makanan dan minuman ala kadarnya, dan sebuah rumah sedarhana untuk aku tinggal bersama isteri.

Aku sedar umurku semakin berkurangan padahal bekalanku untuk masa akan datang, hari akhirat masih kekurangan. Doaku setiap hari memohon ilmu yang memberi menfaat rezeki yang luas, badan yang sehat cepat sembuh bila sakit luar dan dalam.

Badan yang sehat fikiran yang tenang dan waras dapat menolong galakan menunaikan segala amalan yang disuruh dan berupaya meninggalkan segala larangan dan yg ditegah oleh agama islam.


Read More ..

Monday, August 7, 2017

Asam gelugur.

Dalam kebun aku ada menanam sepokok asam gelugur, semenjak dia mula berbuah boleh dikatakan sepanjang masa ada sahaja buahnya sama ada lebat atau pun kurang.

Pokok asam gelugur kalau dia mula berbuah sangat senang dijaga. Apa tidaknya buahnya bila sudah masak ia gugur sendiri dan kutip sahaja hasilnya, seperti buah durian.

Buah asam gelugur ini dipotong tipis dan dijemur hingga kering. Kalau cukup kering ia tahan lebih lama, namanya orang panggil asam keping. Biasanya asam keping ini sesuai untuk dimasukkan kedalam masakan terutamanya dalam gulai. Buah asam gelugur ini boleh juga dibuat asam basahnya, masukkan barang sehiris dua dalam gulai ikan daging.mahupun sayuran rasanya enak dan sedap. Read More ..

Saturday, August 5, 2017

Memelihara kucing.

Kucing binatang jinak dan mudah mesara
Dengan maknusia.
Aku rasa terhibur dengan kehadiran mereka
Apalagi kalu dipanggil namanya dia datang
Aku ada lebih dari 10 ekor kucing. Yang sangat

  1. Menghiburkan masakini Boyot dengan anak2nya. Anak Boyot 6 ekor, bila ia menyusukan anak2nya aku suka tengok mereka berebut2 tempat, ibunya kool aja sangat menyangi anak2nya.
Read More ..