Sunday, June 25, 2023

Faraid _ harta wang.

 Simati meninggalkan:

1. Suami

2. Dua orang anak perumpuan.

Pembahagian faraid.

1. Suami:  1/4

2. Dua orang anak perumpuan: 2/3

Wang tunai bersih yang ditinggalkan sebanyak RM 137886.00

Pengiraan:

1. Suami: 3/12 (137886) = 34471.5

2. Dua orang anak perumpuan: 8/12 (137886) = 91924.

Tiap2 seorang dapat 45962.

Oleh kerana tidak ada asabah, bakinya serah kebaitulmal.

# baitulmal: RM 11490.50.

Semak balik:

 _ suami: RM 34471.5 + 

Dua anak perumpuan: RM 91924.00

Baitulmal: RM 11490.50.

  Jumlah: RM 137886.00.

Read More ..

Saturday, January 21, 2023

Buku dan pengajarannya.


 Ada banyak buku dirumahku. Ada banyak tajuk dan jodol buku dalam almari rumahku. Terpulang kepada keinginan sendiri untuk membacanya.

Ada buku berbentuk cerita ada buku pengatahuan dalam bidang sesuatu displin ilmu. Ada buku tentang ilmu ekonomi tentang pemakanan dan fungsi supplement kepada tubuh kita.

Ada buku cerita sama ada dalam bahasa melayu dan kebanyakkannya dalam bahasa inggris. Apa2 pun bahasa penyampaiannya ada tersirat pengajaran yang hendak disampaikannya.

Diantara koleksi buku2 dalam simpanan aku itu terdapat noval dan cerpen dari pengarang2 yang berbakat besar seperti hamka a samad said sahnun ahmad dan lain2. 

Ada juga sebuah dua buku dalam bahasa arab, seperti buku sirah nabi Muhammad alaihi w.s. ,"Nurul yakin" buku tatabahasa arab seperti nahu saraf, mantik, bayan, dan buku hadis nabi ilmu syariah dan lain2.

Adalah sangat beruntung bila ada masa terluang digunakan untuk membaca, ambil kesempatan sebanyak mungkin membaca terutamanya membaca alquran fahami erti dan maksud ayat2 yang dibaca itu, mudah2an dapat membantu kita dihari akhirat, insyaallah.

Read More ..

Thursday, January 19, 2023

Diklinik pakar orl/ENT melaka

 Susana diklinik pakar orl melaka hari ini ada ramai pesakit masing2 menunggu panggilan menemui lulu doktor termasuk aku seorang daripadanya.

Aku perhatikan ramai diantatanya kanak2 ada yang masih dikendong dan ada yg duduk dikerusi roda, difikiranku orang yg mederita sakit seperti yang aku ini, orang yang tergulung warga emas seangkatan dengan aku yg berumur melebihi 60 tahun, rupanya yg dalam usia kanak2 mahupun masih bayi pun ada.

Aku menunggu agak lama ada kira2 tiga jam baru number aku dipanggil, kebetulan no yg aku dapat 7050. Aku mendapat rawatan diklinik pakar orl melaka ini, setahun sekali mujurlah, is begitu lah orang lain juga memerlukan khidmatan kesehatan yg sama.

Doktor semuanya baik dan sedia berkhidmat, pesakit betali arus datang menemuinya semuanya diberi layanan sebaik lol a(mungkin,.

Aku rasa syukur dapat layanan diklinik pakar ini. Razanya sudah hampir lapan tahun aku mendapat rawatan diklinik ini, aku puas hati sebanyak sedikit dapat aku bergerak melangkah selangkah dua walaupun agak terketar2 dan terhuyung hayang, sekurang2 nya masih boleh berdikari kata orang.

Apa2 pun inilah ujian yang akan dilalui, berdoa kepada yang Maha kuasa memohon semoga ujian itu termampu kita pikul.

Kepada Allah kita berserah.

Read More ..

Tuesday, January 17, 2023

Mati lampu.

 Kebetulan pada petang hari ini tiada bekalan eletrik dirumah aku tetiba sahaja kipis siling lampu semua padam, aku kepanasan pada hal aku sedang berehat dalam kamarku.


Tidak selalu hal ketiadaan bekalan eletrik terjadi ditempat aku kebelakangan ini, jadinya aku tidak mempunyai apa2 persedian untuk menghadapinya, kalau tidak lagi dapat disambung bergelaplah nampaknya malam ini.


Aku dan dua ekor kucingku teraba2 berjalan dlm gelap rumah, kucing kata orang dia ada mata boleh digunakan pada waktu malam gelap, jadi mereka tiada halangan berjalan dalam rumah, tinggal aku sahaja yg tidak selesa.


Cubaan hidup macam2 yang akan ditepuh dari yang sekecil2nya hinggalah yang besarnya, satu ujian tahap kesabaran masing2.

Pada Allah kita mohon pertolongan kuat dan sabar kita menempuh semua ini dengan redha, amin.

Read More ..

Friday, November 17, 2017

Senyuman

Terasa riang dalam hatiku kalau setiap kali bertemu rakan dan tulan mereka melempar kan senyuman sebaliknya dengan rasa suka dan puas hati aku membalasnya dengan senyuman semanis yang mungkin. Dengan yang demikin terasa jalinan ukhuwah silatulrahimi terpaut erat.

Ternyata penghidupan ini saling berkaitan diantara satu sama lain tidak munkin aku rasa selesa dan berpuas hati tanpa berteguran diantara sesama dalam lingkungan khasnya apa lagi dalam sebuah masyarakat majmuk.

Tentunya apalagi dalam masyarakat sekarang bertegur sapa itu tidak lagi terbatas dalam dunia nyata tetapi juga udah meluas ke dalam dunia maya.

Apa juga pesanan info dan bertanya kabar mudah aja berinteraksi dalam ajang sosial seperti fb instagram dan sebagainya, bukan sahaja kata2 bahkan juga foto dengan senyuman semanis munkin.

Read More ..

Monday, October 2, 2017

Langkah kiri.

Ternyata aku ini belum masak dengan permainan tipu helah manusia dizaman serba maju dalm teknologi secanggih ini. Udah beberapa kali aku ditipu dan tertipu secara langsung atau tidak, dengan watak2 baik dan mempamerkan diri kayaknya mahu menolong dalam masa yang sama mereka berniat jahat dan berhati lanun.

Kelemahan diriku ini mudah percaya kepada orang yang sepertinya mahu menolong sesama. Aku tidak dapat mejangka membezakan niat jahat mereka. Diatas kelemahanku itu barangkali mereka ambil kesempatan, yang menyebabkan aku rugi masa dan sekaligus material.

Apa yang menjadi masalah aku sekarang ialah hendak menentukan memimih mana satu watak baik dan mana satu sebaliknya orang2 yang diluar sana sama ada di alam nyata mahupun didunia maya.

Manusia dalam dunia ini sudah bertambah ramai, banyak udang banyak garam..banyak orang banyak ragam. Apa lagi cara mendapat kan pitis dengan menipu orang lain adalah tidak baik dan berdosa dari segi agama, tentu ada pembalasannya nanti. Read More ..

Friday, September 29, 2017

Tatapan diri

Sepertinya setiap detik masa berlalu itu memberi isyarat perubahan diri sama ada dari segi rohani apalagi jasmani. Penilaian dan pemantauan ini aku buat terhadap diri sendiri. Apa tidaknya kayaknya ingatanku tidak setajam dahulu, mudah lupa. Kekuatan tidak segagah kemaren, beban 10 kg pun udah berat menjenjengnya apalagi kalau lebih dari itu.

Semua itu baik untuk dijadikan pelajaran diri dan mungkin juga orang sekeliling kita, yang nampak perubahan yang ketara pada diriku. Bak kata pepatah arab" lisanulhal afsahu min lisanil maqal ". Keadaan diri perubahan diri seseorang itu nyata, lebih nampak jelas dari kata2.

Perubahan demi perubahan yang aku lalui memberi makna dan pelajaran kepada diriku. Masa muda yang aku lalui itu, sempat juga memberi sumbangan sebanyak sedikit kepada masyarakat setempat, baik dalam pertubuhan belia mahupun badan agama. Sebagai rakyat Malaysia aku juga pernah menceburu parti politik, tapi tak sampai kemana, maklum sahaja ramai orang yang lebih cerdik dari aku disitu.

Sekarang aku tidak lagi berkecimpung dalam politk, hanya mengikuti arus perkembangnya dari semasa kesemasa melalui laman2 sosial dalam duniamaya "dumay". Apabila sampai masanya, pilihanku adalah yang terbaik atas pertimbanganku sendiri.


Read More ..