Friday, July 3, 2009

Kampung Bangkahu Gemas,N.Sebilan Malaysia.

Persimpangan masuk ke Kampung Bangkahulu, dari jalan Gemas ke Tampin.
Pintu gerbang (gang) masuk ke Kampung Bangkahulu.
Kampung Bangkahulu adalah sebuah kampung tradisi, boleh dikatakan penduduk2nya adalah terdiri dari orang2 keturunan Bangkahulu, Indonesia, yang datang ke Gemas ini sekitar tahun 20an lagi. Kampung ini adalah penempatan yang dibuka dalam tahun 1957, sebagai hadiah dari kerajaan, membalas jasa baik dua orang pendekar yang membunuh penjahat kuminis pada ketika itu. Mereka ialah..
Datuk Dagang Ariffin bin Depati Sarin dan Tuan Haji Sidek bin Salihin. Di kampung ini mempunyai kira2 65 buah rumah. Kalau penduduknya adalah kira2 500 orang. Bahasa pertuturan harian yang digunakan adalah Bahasa Malaysia, penggunaan bahasa bengkulu hanya di kalangan orang tua2 dan jenerasi kedua, sementara jenarasi ketiga dan seterusnya tidak dapat lagi menguasai bahasa tersebut. Bahasa Bengkulu yang terdapat di kampung ini adalah bahasa serawai, dan sedikit2 dari suku lembak. Penghidupan seharian, penghasilan terdiri dari pejawat2 awam, guru dan pegawai negeri dan sebilangan besar adalah pekebun karet (getah). Sawah padi ada tetapi telah dipajakkan kepada pengusaha luar, rata2 penghasilan penduduk adalah sedarhana, col ade yang lumayan.

Read More ..

Pantun.

Pemandangan Sawah Padi di Kampung Bengkulu.
Dari mana datangnya lintah,
Dari sawah turun ke padi,
Dari mana datangnya cinta,
Dari mata turun ke hati.
Kalau ada sumur di ladang,
Dapat saya menumpang mandi,
Kalau ada umur yang panjang,
Dapat kita berjumpa lagi.
Niyur gading tinggi menjulang,
Buah keranji di dalam perahu,
Sudah lama bujang tak datang,
Hati di dalam merasa rindu.

Read More ..

Thursday, July 2, 2009

Sambungan Belajar Komputer.

Hari ini aku mulai lagi menyambung pelajarn komputer dari abang, kebetulan dia ada cuti belajar selama dua minggu. Aku harap banyak lagi yang aku tau berkenaan komputer lebeh2 lagi mengenai perapian dan pemasan blog.
Aku harapkan supaya selepas mendapat pelajaran baru ini, aku dapat menulis blog lebih menarik lagi. Kali ini aku belajar bagaimana mau meletakkan 'read more' dalam blog aku supaya paparan sebelah depan blog itu tidak terlalu panjang.


Read More ..

Sunday, June 28, 2009

Catatan Hidup Di penghujung Usia.

Aku menulis catatan perjalananku ke Bengkulu.

Di penghujuang usia akhir 60 an ini, aku coba memunafaatkannya sebaik dan sebanyak munkin. Aku sedar dari apa perkiraan pun, jangka hayat seseorang itu tentunya akan berakhir pada bila2 masa. Engkau tidak akan tahu apa yang kamu perolehi besok, dan engkau juga tidak akan tahu di mana bumi yang kamu akan meninggal dunia..ingatan Alloh dalam surah Lukman.
Hari2 kebelakangan ini aku coba menulis sesuatu dimana2 juga ruang yang aku boleh tuliskan. Tujuannya jelas adalah untuk media aku berfikir. Kata orang otak maanusia itu kalu tidak dilatih berfikir juga tidak elok, umpamanya seperti tubuh badan perlukan olahraga, perlukan senaman, regangan dan segalamacam untuk mengaktifkan otot2, supaya tidak lesu.
Selain dari menulis sesuatu, bercakap juga baik untuk berfikir. Apa lagi kalu di atas tajuk dan isu2 yang perlukan kita memberi penerangan dan penyelesaian masalah. Barangkali pentas untuk aku berbuat demikian udah berlalu. Yang aku boleh lakukan ialah duduk di meja komputer dan menaip sesuatu yang terlintas difikiran.
Barangkali sampai kesuatu waktu nanti, sanak saudara, sahabat handai mau pun rakan2 udah ngak sudi, seharusnya baca aje al Quaran, berbicara sama Alloh, ini lah di antara kata2 yang aku tulis di wall status fb aku. Aku rasa senang sekali dengan ada seorang dua kawan yang memberi komen dan ada juga yang menunjukkan ibu jari tanda setuju dengan kata2 yang aku tulis itu. Sambil berfikir sesuatu dan menulisnya di fb, secara tidak langsung dapat pula bertukar2 fikiran melalui internet dengan kawan2, walau pun kawan2 itu tidak dapat bersua muka, dan ada di antara mereka itu belum pernah bertemu barang sekali pun. Aku sentiasa berdoa semoga apa yang aku lakukan ini baik sambil aku menyampaikan sedikit pengalaman yang aku lalui, dan mohon sehat dan dapat berfikir lalu menulis sesuatu.
Read More ..

Saturday, June 20, 2009

Menziarahi Keluargaku di Bengkulu.

Bergambar bersama keluarga Bpk Asaad dan Ibu Mar di hadapan rumah mereka di Panorama Bengkulu Indonesia.
Read More ..

Tuesday, June 16, 2009

Ziarah Kerumah Keluargaku di Bengkulu.

Photo ini diambil di rumah Yakin Sobri di Jl Danau 1 No 58 Rt 01 Panorama Bengkulu dalam rangka kunjungan keluarga ziarah Hari Raya Haji tahun 1428 H.

Pengenalan anak sanak dalam photo.
Duduk dan berdiri dari sebelah kanan:-
  1. Yakin Sobri.
  2. H. M. Yasin.
  3. Farida Hayati Yakin.
  4. Husnaini isteri Yakin.
  5. Kamina isteri Razali.
  6. H. Maisarah isteri H.M. Yasin.
  7. Berdiri dari sebelah kanan: Asaad.
  8. Hasnol.
  9. Amir suami Fazana Razali (Bunga).
  10. Razali Ahmad.
  11. M. Azfar Amir anak Bunga.
  12. M.Azri Amir anak Bunga.
  13. M.Azlan Amir anak Bunga.
  14. Hendry Hakim Lukman.
  15. M.Azim Amir anak Bunga.
  16. Farah Muna Razali (Bucik).
Semoga hubungan silatulrohimi ini berkekalan selamanya:
Anak helang di pucuk pauh,
Anak sembilang di tapak tangan,
Bepisah bagaimana pun jauh,
Hilang di mata di hati jangan.

Read More ..

Thursday, June 11, 2009

Tanah Tumpah Darah Nenek Moyang.

Photo ini diambil dilobi Reffles City Hotel Bengkulu Indonesia pada 25 April, 2009 menggunakan webcam.
Kemaren aku menginap di hotel ini,
degupan jantungku terasa aman,
semacam ada sesuatu yang damai,
di tanah tumpah darah kedua orang tuaku,
tanah tumpah darah nenek moyang keturunanku,
padahal tidak jauh dari tanah tumpah darahku,
hanya sekedar menyeberang lautan Selat Melaka,
aku cuma bisa sampai,
kalu ada detik-detik yang mengizin,
suara hati yang kangen jumpa,
anak sanak yang ramai,
dan izin dariMu Tuhanku.
Read More ..