Saturday, November 5, 2011

Kampungku...

Photoku sebelum nunaikan solat sunat aid adha tanggal 6 Nov. 2011.

Kambung Bangkahulu adalah sebuah perkampungan tradisonal. Penduduknya tidak ramai, yang mana sekarang  golongan orang tua2, lanjut usia yang tinggal sementara anak2 mereka keluar mencari nafkah dan penghidupan di luar. Kalu di hari raya aid fitri anak2 mereka berkumpul balik kampung maka nampak ramailah penduduknya.

Dalam video yang aku ambil selepas solat sunat aid adha di atas itu, nyatalah tidak ramai penduduk kampungku ini. Rata2 penduduknya terdiri dari orang bengkulu indonesia, yang berketurunan dari suku Lembak dan Serawai. Penuturan penduduknya telah bercampur2 dan yang bahasa utamanya menggunakan bahasa Malaysia.




Read More ..

cucu5 006.3gp aid adha 2011.

Read More ..

Thursday, November 3, 2011

cucu4 006.3gp Learning reading al-Quran.

Read More ..

Cermin Diri...

Penggunaan teknologi masa kini banyak membantu aku melihat kelemahan diri sendiri sama ada yang disedari atau pun tidak.  Di hari2 kebelakangan ini aku cuba menggunakan perakam video yang boleh mengambil diri sendiri tanpa bantuan orang kedua.

Yang aku berpuas hati kemudahan teknologi itu dapat aku merakamkan bacaan al-Quran semasa aku mengaji dua lembar setiap pagi itu. Setiap kali rakaman video yang aku buat itu, aku perdengarkan semula sambil aku menyemak bacaan aku itu satu persatu.

Kalu dari segi suaraku, itu adalah kurniaan Allah kepada aku, kalu dari segi lagunya pula memang aku tidak pernah belajar sebab aku sedar suaraku tidak dapat membentuk ke arah itu. Tetapi dalam sebutan huruf2 arab dan tajwidnya pula aku sangat lemah.

Di atas kesedaran ini sedaya upaya aku cuba memperbaikki lagi bacaan al-Quran aku itu dengan mendengar dan meneliti bacaan Sudais imam masjid al-haram Makkah itu,. Kepada Allah aku memohon... Read More ..

Tuesday, November 1, 2011

Pengalamanku berinternet.

Buat pertama kali aku menggunakan laptop aku rasa sepertinya tidak mungkin bisa melayari internet. Sebab pengalaman menggunakan computer bolehlah di katakan sedikit sangat, tidak berani takut computer itu rosak disebabkan kejahilan aku dalam penggunaan alat itu,

Bayangkan buat pertama kali aku mempunya alamat e-mail adalah dibuat oleh anakku, itu pun aku tidak tahu menggunakannya, samaada menulis dan menerima e-mail masih tidak pandai membaca atau menulisnya. Tetapi sekarang aku telah berani membuatnya sendiri, bukan sahaja di yahoo, aku ada e-mail di gmail, live, dan myspace, pendeknya  ada sahaja kemudahan aku cuba buat satu.

Dalam penulisan blog pula, juga anakku yang membukanya satu untuk aku di wordpress dan satu di blogspot ini, sekarang aku buka tiga lagi di blogspot ini atas tajuk indahnya bahasa, rindu2an dan sejernih air. Pendiknya banyak ruang yang boleh aku gunakan untuk menghabiskan masa lapangku, sementara badan lagi sehat.

Dalam bidang sosial/ gaul aku join, facebook, myspace dan hi5, tetapi yang banyak aku terlibat ialah dalam facebook.
Yang terbaru ini aku mencoba pula dalam penggunaan video. Mana2 yang agak sesuai aku coba memasukkannya ke dalam youtube, sebenarnya aku telah mendaftar di youtube itu semenjak tahun 2009 lagi baru seminggu dua ini aku beranikan hati mencobanya, dan aku berjaya. Aku sangat berbesar hati dan berterima kasih ke youtube yang memberi aku peluang.




Read More ..

cucu2 018.AVI Blacky looking for herb.

Read More ..

Tuesday, August 23, 2011

Sweet Seventy.

This photo was taken via webcam on 22nd August 2011, my 70th birthday

Kadang2 aku seperti bermimpi melalui masa yang sepanjang 70 tahun ini. Tidak pernah ada dalam angan2ku akan dapat menikmati hidup sepanjang ini..

Tidak ada kata2 pujian yang cocok selain dari "Alhamdulillah" menyatakan syukurku kepada Allah, memberikan aku umur 70 tahun dan sehingga kini, entah berapa lama lagi masa diberi aku peluang untuk memperbaikki diriku terhadap Nya.

Tidak dapat dinafikan dalam perjalanan yang sejauh itu ada lurah dan bukit ditempuhi, biarlah itu semua menjadi peringatan dan pelajaran kepada diri sendiri.

Dalam usia 70 tahun ini aku rasa senang dan gembira bertemu adik sanak, rakan2 sama ada secara langsung atau pun melalui maya/internet, terutama dari masyarakat Lembak yang tidak dapat dinafikan masih adanya pertalian darah, kunyit dan serainya.

Kepada Allah aku berdoa agar diberikanNya sehat ceria jika masih ada umur lagi untukku.

ooooooooooooooooooooooo
Read More ..