Wednesday, February 18, 2009

Masih Ada Yang Sayang.....

Berbual bersama keluarga di Bengkulu Indonesia.

Ada juga seorang dua yang sudi melawat laman web atuk, sempat membaca blog atuk, suka dan puas rasa hati atuk, kalau ada cucu2 yang diluar sana tidak berkesempatan menziarahi atuk, tetapi sudi baca blog atuk itu, sepertinya cucu2 masih sayang pada atuk. Terima kasih diatas kesudian itu, besar ertinya kepada perkembangan fizikal dan sepiritual atuk, apatah lagi kalau ada yang sudi menulis komen dalam blog atuk itu, teransang rasanya atuk, seolah2 cucu2 atuk itu datang menemui atuk. Pada atuk sepertinya cucu2 atuk itu datang ke rumah secara live.
Terima kasih 'A' (Azlina) dan 'Cucung datuk la ni', kerana sudi tulis komen dalam blog atuk. Atuk alu2kan.....
Kadang2 atuk fikir sesorang, bilalah masanya nak menuturkan bahase kite, kalu mula dari rumah, isteri atau suami malu2 mau bicara, anak2 tentu malu nak cakap, takut salah sebut..kalu jiran di sebelah menyebelah rumah pule, awak duduk di taman2, keluar bergaul dengan masyarakat bersosial tentunya tak berapa sesuai, lainlah kalu bertemu dengan wang awak. Jadi atuk kira melalui menulis blog ini aje sesekali dapat atuk praktikkan, apa orang kata berbicara melalui media maya. Macam Azlina komen tu, langsung menggunakan bahase kite bulang tu, padek nian..oi agam nian atuk... ape lagi dikeceknye, nye cicit Hj. Abbas, Sungai Choh, entah cucung atuk jugek sape tau...la lame die bertemu...itu lah, katenye nak masuk Persatuan Bengkulu Malaysia, Sungai Choh, la aq unjuk tau kek salah sorang AJKnye..la jadikan?
Seumpamanya ada banyak ruang untuk tidak melupakan bahasa Bengkulu ini dan menyebarluaskannya, apa lagi dalam perkembangan pesat teknologi maklumat yang canggih ini, melaui internet misalnya. Cucu2 yang baca blog atuk ini, tulislah sesuatu yang berfaedah, sesekali tulislah dalam bahasa Bengkulu, kek maklumat keluarga ke, program2 awak ke, kalau ada peluang bertemu dalam majlis, tuturlah bahase kite. Tetapi kalau tidak dapat tuturkan secara lisan, namun sekurang2nya telah kita biasakan diri secara tulisan.
Read More ..

Saturday, February 7, 2009

SMS Dari Batam Menjelang Hari Bahagia Linda.

Pak wo: Salam, Linda.. Yakin nikahkan anaknye tanggal 21hb. Febuari 2009 ni, ape nga balik ke Bengkulu?..
Linda: Balik pak wo aq jugek nikah tanggal 7 mach ikak. Ape pak wo nak balik same?.
Pak wo: Linda pak wo die jadi ke Bengkulu, sebab mak wonye uzur lututnye, aq pule uzur koceknye..
Linda: Pak wo ngape die jadi ke Bengkulu?. Tang kak Linda demam mungkin kerana stress nak nikah...Linda masih belum sepat tanye pasti tambang nak ke Bengkulu, kerana Linda masih sibuk ngurus surat ijin nak nikah di Bengkulu. Tapi biasonye tambang sikok wang sekitar 1 juta harge tiket btm-jkt dan jkt-bkl. Klu bisa pak wo kek mak wo datang la, sedih Linda klu pas nikah pak wo die datang..
Pak wo: Macam mane la pak wo datang, nikah anak Yakin dengan arai nikah nga tu lame nian mane la pak wo tedayo, arai tu pak wo la beri tau.....
Linda: Ao Linda maklum, klu pak wo dengan mak wo die bisa datang, Linda mohon doa restu bae jak pak wo sekeluarga...
Pak wo: Doa kami selalu bersame Linda, semoga semuanye berjalan lancar dan selamat. Insya Allah klu ade rezeki pak wo datang ke Batam menemui Linda..
Linda: A0 pak wo...mekasih, Linda jugek selalu doakan agar pak wo dan mak wo sekeluarga selalu dalam keadaan sehat, dilek klu pak wo nak ke Batam njuk tau Linda bae bisa Linda jemput.
Read More ..

Tuesday, February 3, 2009

Ajoke Bahase Kite!!...



Atuk dan keluarga di Bengkulu, Indonesia.


Barankali kalau mau dipraktikkan bahasa Bengkulu dalam satu masyarakat setempat menjadi bahasa perhubungan dalam masyarakat itu udah menjadi satu perkara yang agak sukar. Kenapa tidaknya bahasa itu sendiri mempunyai dua dielek bahasa yang agak berbeda. Kalau di Kampung Sungai Choh, Selangor, mereka menggunakan bahasa Bulang, contohnya, "sue lan nga tu?", sementara di Kampung Sungai Merab, Sungai Kembung di Selangor juga, menggunakan bahasa Serawai, contohnya, " dio kulagh kaba tu?". Sedangkan di Kampung Bangkahulu, Gemas ada yang menggunakan bahasa Bulang dan ramai yang menggunakan bahasa Serawai. Kemaren kalu di Sungai Choh itu, bukan sahaja masyarakat orang2 Bengkulu, menuturkan bahasa Bulang, bahkan orang Cina dan orang India pun boleh menuturkan bahasa Bulang tersebut dengan baik. Tetapi sekarang aku tidak berapa pasti apakah amalan penuturan bahasa Bulang itu masih menjadi alat perhubungan sesama mereka?.


Persatuan Bengkulu Malaysia telah ditubuhkan kira2 15 tahun yang lalu. Udah banyak juga program diatur sepanjang tempoh tersebut, sekali gus merupakan aktiviti persatuan. Untuk amalan penuturan bahasa Bengkulu ini, ada baiknya kalau diadakan satu progam majlis untuk penduduk setempat. Apa lagi kalau dapat diajak semua penduduk di kampung itu, yang besar mahu pun yang kecil, yang muda mahu pun yang tua, sama2 bergaul mesra, mengiratkan silatulrahimi bertanya2kan khabar dan sebagainya menggunakan bahasa Bengkulu. Terasa kemeriahan dihati aku, terdengar2 ditelingaku perkataan, "die, die, - nido, nido," dengan gamatnya. Jamuan dalam majlis tersebut bolehlah dihidangkan kuih tat mahu pun kuih oncong oncong. Pastinya majlis tersebut diatur oleh Persatuan Bengkulu Malaysia dengan kerjasama yang erat dan berkesan dari Ketua Kampung dan JKK kampung tersebut. Untuk memeriahkan program tersebut sekali gus menjadi idola pula kepada anak2 muda Bengkulu, PBM menjemput Datuk Bandar Kula Lumpur, YBhg Dato' Hj. Ab Hakim bin Hj Borhan, Penasihat PBM, yang memang fasih berbahasa Bengkulu, kabarnya beliau sering menggunakannya bila2 ada masa dan tempat yang sesuai. Barangkali kalau majlis ingin mendengar bagaimana sedapnya bahasa Bengkulu itu dinyanyikan apa salahnya dijemput sama Era Fazira, boleh beliau dindangkan lagu, "Wang Kite Gale.." Kalau tidak kerana bulan, masakan bintang terbit pagi. Harapan kami kepada tuan,
bahasa kite dapat dikenali. Riuh rendah di pekan Rabu, ramai orang membeli barang. Alangkah indah bahasa Bengkulu, tidak dilupakan genarasi sekarang.
Read More ..

Wednesday, January 28, 2009

Renungan Untuk Keinsafan Diri.

Solat berjumaah di Masjidil Haram.
Hadith Nabi Muhammad saw yang disampaikan oleh Abdullah bin Amar rdh, iaitu "Anda semua bertanggung jawab, dan anda semua akan ditanya berkenaan dengan tanggung jawab masing2, pemimpin bertanggung jawab, dan akan ditanya atas tanggung jawab kepinpinannya orang laki2 bertanggung jawab keatas keluarganya, dan akan ditanya diatas tanggung jawabnya itu, orang perempuan bertanggung jawab dalam rumah suaminya dan akan ditanya di atas tanggung jawabnya itu, pekerja bertanggung jawab ke atas harta tuannya, dan akan ditanya diatas tanggung jawabnya itu. Sesungguhnya telah aku katakan, anak laki2 bertanggung jawab ke atas harta ayahnya, dan akan ditanya diatas tanggung jawab itu, pendeknya semua kamu bertanggung jawab dan akan ditanya diatas tanggung jawab masing2."

Read More ..

Saturday, January 24, 2009

Tiga Tanda Mendapat Kemanisan Iman.

Pada kali ini atuk ambil kesempatan menulis sesuatu yang atuk pelajari dalam tahun 1959 dahulu bererti udah 50 tahun berlalu. Nabi Muhammad saw berpesan, sampaikanlah apa2 juga yang baik2 daripada aku walau satu ayat sekalipun. Allah juga ada berfirman, ambillah apa2 yang disuruh oleh rasul2 itu sebagai peduman, dan jauhilah apa2 yang ditegah oleh mereka.

Sabda Nabi Muhammad saw, yang disampaikan oleh Anas rdh, tiga gulungan maknusia yang dikenal pasti berpeluang mendapat kemanisan iman. Pertama bertaqwa kepada Allah dan mengasihi Rasulnya, melebihi dari yang lain. Kedua ia mengasihi seseorang itu semata-mata kerana Allah. Ketiga ia benci kepada kekufuran, sama bencinya kalau ia dicampakkan kedalam api. Read More ..

Tuesday, January 20, 2009

Berjalan-jalan Di Mahkota Prade.

Membeli-belah di Mahkota Prade.

Kebetulan hari itu aku dan isteriku pergi ke Mahkota Prade Melaka. Memang lazimnya kami kesana bila2 sahaja ada masa yang sesuai, kadang2 seminggu sekali dan ada kalanya dua minggu sekali. Kami keluar itu bertujuan ingin mendapatkan perubahan suasana dan untuk melapangkan fikiran juga. Dengan bergaul pelbagai peringkat umur disitu, kami merasa riang, ceria dan terhibur. Kami tidak mahu ada orang muda merasa sedih melihat warga emas di Asia disuruh duduk di rumah sahaja, sepatutnya digalakkan mereka jadi aktif. Kami keluar dari rumah sekitar jam 9.00 pagi, biasanya sampai di MP dalam pukul 11.00 pagi. Sebaik sahaja sampai kami minum pagi, dengan mengambil sedikit roti kopi dan makanan ringan sebelum pergi membeli-belah apa2 keperluan yang patut.
Kami suka MP dari di tempat2 lain. Sebab disitu ada pelbagai kemudahan disediakan. Kalau mahu makan gerai makanan ada banyak dengan pelbagai pilihan makanan. Ada nasi ayam ada nasi campur ada rojak dan ada juga nasi ala kampung dengan ulam2nya sekali. Kalau minuman begitu juga tersedia minuman panas mahu pun sejuk, semuanya terserah kepada kehendak sendiri, all its depend to own choice. Kalau mau menunaikan solat musalla juga ada, mahu membeli buku2 bacaan majallah kedai buku juga ada baik buku2 dalam bahasa Inggris mahu pun dalam bahasa Melayu.
Dalam perjalanan balik dari Melaka itu kami singgah di SRJK Cina Durian Tunggal, ingin berjumpa cucu2 kami berlatih bermain badminton di dalam dewan sekolah tersebut. Mereka adalah menjadi pasukan badminton sekolah mereka untuk pertandingan peringkat sekolah2 rendah, daerah mahu pun negeri Melaka. Sebagai buah tangan kami belikan untuk mereka sedikit makanan dan sekotak seorang minuman milo. Kami sampai ke rumah kira-kira jam 6.00 petang. Otak yang pintar ada di badan yang sihat. Kata orang putih, "Smart brain be in healthy body". Kata orang Arab pula, " Al 'aklu salim pil jismis salim.."
Read More ..

Friday, January 16, 2009

Mampukah Bahasa Bengkulu Bertahan?.

Lebih satu abad yang lalu bangsa Bengkulu telah datang ke Semenanjung Tanah Melayu ini, iaitu sekitar akhir tahun 1800 an, dari Bengkulu Sumatera Selatan, Indonesia, berkelompok2. Mereka datang sama ada telah berkeluarga mahu pun yang masih bujang atau pun masih gadis. Kedatangan mereka kesini tidak ada tujuan tempat tertentu, kalau ada pun barangkali cuma ikut2an sahaja. Tempat yang sememangnya tersohor disana ialah Kelang, barangkali Kelang ialah sebuah perlabuhan kapal, kebetulan pula mereka keluar dari Bengkulu itu menaikki kapal. Kemasyhuran nama Kelang itu, masih disebut2 hingga sekarang ini disana. Tempat awal didatangi orang Bengkulu mungkin di Sungai Chu, Selangor, di Sungai Merab, di Behrang dan lain2 lagi, kebanyakkannya di Selangor, lalu mereka membuka kampung ditempat2 itu, hingga sekarang pun kampung2 tersebut masih ada. Ada diantara mereka yang di Sungai Chu itu, mahu pun yang di Sungai Merab itu datang ke Gemas, Negeri Sembilan lalu mendirikan kampung disana dan menamakan kampung mereka Kampung Bangkahulu. Barangkali inilah satu2nya kampung yang dinamakan dengan tempat asal mereka.
Mereka datang ke Tanah Melayu ini membawa bersama adat dan kebudayaan mereka. Rumah mereka berbumbung limas, bertiang tinggi, ada serambi terbuka disebelah anjung, dan kedudukannya agak dekat diantara satu sama lain. Adat perkahwinannya dimulakan merisik, meminang, menghantar belanja, majlis akad nikah dan walimatul urus. Mereka juga mempunyai beberapa jenis tarian kebudayaan, seperti tarian katira, tarian kain panjang dan tarian piring, kemaren tu ditarikan pada malam kemuncak majlis perkahwinan. Mereka juga ada seni silat cekak dan silat pulut, bukan sahaja untuk memeriahkan majlis, tetapi juga untuk mempertahankan diri. Kalau makanan mereka ada kuih tat, oncong2 dan bobotok, rebana adalah alat gegendang mereka.
Yang utamanya mereka mempunyai penuturan bahasa sendiri, yang lazim dituturkan ialah bahasa 'Bulang' dan 'Serawai'. Masa satu abad itu berlalu terlalu pantas, barangkali tidak terkejar lagi oleh masyarakat orang2 Bengkulu, oleh kerana banyak gaul dan percampuran dengan masyarakat luar terutamanya masyarakat tempatan, perkahwinan diantara satu dengan yang lain. Kebudayaan Bengkulu ini kebanyakkannya telah tidak dipraktikkan lagi, tarian katira dan kain panjang misalnya, jarang dapat disaksikan lagi, rumah mereka rumah batu tidak terikat dengan bentuk asal lagi, rebana masih ada sebiji dua lagi disetengah2 kampung. Tetapi kuih tat masih dapat dinikmati lagi samada di kampung Bangkahulu, mahu pun di kampung Sungai Chu (Choh).
Keturunan Bengkulu di Malaysia ini sudah sampai kejenerasi yang kelima. Bahasa Bengkulu samada Bulang atau Serawai dipertuturkan oleh jenarasi pertama sepenuhnya. Jenerasi kedua walau pun mereka tidak menuturkan sepenuhnya tetapi mereka boleh mengusai bahasa ibunda mereka itu. Jenarasi ketiga sekarang berumur sekitar awal 40 an, disebabkan mobiliti keluar menyebabkan mereka tidak dapat menuturkannya dengan baik. Sementara jenerasi keempat dan seterusnya, mungkin mereka tidak tahu wujudnya bahasa Bulang dan Serawai iaitu bahasa keturunan mereka sendiri. Apakah penomena ini akan berlalu begitu sahaja?
Ada beberapa tinjauan secara rambang dibuat di kampung2 teradisi diatas, penuturan bahasa Bengkulu ini dituturkan oleh masyarakat disitu sekitar 10% sahaja, selebihnya menggunakan bahasa Malaysia, barangkali yang menuturkan bahasa itu adalah saki baki jenerasi kedua. Dianggarkan sekarang orang2 keturunan Bengkulu di Malaysia adalah lebih kurang 50 ribu orang 75% terdiri dari jenerasi ketiga dan seterusnya. Sayangnya kalau Bahasa Bengkulu ini tidak dapat bertahan lagi, sebagai satu budaya sendiri. Read More ..