Thursday, May 7, 2009

Kuih Tat Bengkulu.

Kuih Tat Asli Bengkulu - Indonesia.
Kuih Tat Bengkulu - Malaysia.

Seperti mana masyarakat lainya, masyarakat Bengkulu juga mempunyai warisan makanannya sendiri, samada kuih muih basah mahu pun kering dan juga lauk pauk. Kalau kuih basah terdiri seperti oncong-0ncong, sementara kuih kering dan tahan lama adalah seperti kuih tat, dan kalu lauk pauknya pula seperti bobotok dan bobokol.
Minggu kemaren aku pergi menghadiri majlis pernikahan cucu saudaraku dan langsung ke pesta resepsinya sekali, di Sukarami Bengkulu Indonesia. Sebagai buah tangan, oleh2 kata orang sana aku bawa kuih tat Malaysia, sebelum berangkat itu anakku yang pergi bersama itu, tidak berapa setuju aku membawa oleh2 itu dengan katanya, kalu di Bengkulu itu kuih tat ada banyak. Tetapi aku teruskan juga cadangan aku itu, aku minta jiran yang kebetulan pula dia adalah pengusaha tat Bengkulu di tempatku. Tujuan aku sebenarnya disamping menjadi oleh2 aku datang, aku juga mau tunjukkan kepada mereka ini adalah tat Bengkulu- Malaysia.
Sebaik aku tiba di rumah ponakan aku itu, kaum keluarga, sanak saudara udah berkumpul. Masing2 membantu menyediakan apa2 yang perlu untuk tujuan upacara majlis pesta pernikahan itu. Kuih yang aku bawa itu aku serahkan kepada ponakan aku itu. Kataku itulah kuih tat Bengkulu Malaysia. Meraka mencadangkan kuih itu adalah 'cucu tat'.Terbayang dikepalaku bagaimana perkara ini terjadi, dalam renungan aku seorang, dalam angan2ku tat ini telah dibuat kecil2 begitu, kerana kesempitan hidup dalam perantauan, tambahan pula barangkali anak2 ramai, sementara hari lebaran tiba mahu dihidangkan juga kepada tetamu yang mana itu satu2nya kuih tardisi bangsanya.
Semasa duduk2 minum sambil berbual bercerita segala macamnya, mereka menyajikan tat asli Bengkulu Indonesia, besar dan berbentuk agak cantik. Ramuannya terdiri dari, tepung, gula, telur, kelapa untuk santan, kelapa untuk inti, gula merah-kabung, vanila dan air soda. Barangkali vanila dan air soda adalah untuk upgradekan tat itu sendiri, seiring dengan perkembangannya.
Dimana2 juga majlis utama masyarakat Bengkulu terutama dalam majlis pesta perkahwinan, hidangan kuih hari raya, dan untuk tetamu yang datang ke rumah akan ditemui tat Bengkulu ini, walau apa pun jua semoga makanan warisan Bengkulu ini akn terus dapat dinikmati selamanya.

2 comments:

Piza Ritariani S.IP said...

assalamualaikum...
perkenalkan saya Piza
anak bengkulu asli,,,
saya sekarg di bandung. baru beberapa bulan gak pulang, saya sudah rindu banget dg bengkulu,,,
semewah apa tinggal di tempat org akan terasa nyaman tinggal di kampung kita, sesederhana apapun itu....
salam kenal
izinkan saya memanggil paman/datuk atau apa saja yg bisa eratkan persaudaraan....

razali_ahmad said...

walaikumussalam...
terima kasih Pisa, aq senang Piza mau berkenalan ma aq, panggil aje aq ini datuk, ternyata panggilan itu bisa eratkan persudaran...
wassalam.