Kemaren pertengahan bulan September yang lepas, aku sekeluarga pergi, melancong sambil menziarahi cucu ponakan yang bekerja di pulau dewata itu.. Cucuku itu telah bekeluarga dan mempunyai seorang anak kecil yang berusia kira2 setahun. Dari petuturannya anak kecil itu cicit bagiku. Oleh kerana pingin melihat dan bertemu dengan mereka semua aku mengatur perjalanan itu.
Kalu diukur jarak lewat masa penerbangan dari Kuala Lumpur ke Bali itu mengambil masa kira2 tiga jam. Sesampainya kami di airport, international airport Ngurah Rai, mereka sedia menunggu dan menyambut ketibaan kami. Alangkah senang dan riang rasa hatiku dapat bertemu mereka, kerana itulah buat pertama kalinya sampai ke Bali, dalam usia yang udah wajar dipanggil 'puyang'...syukur alhamdulillah..
Sebelum menjejak kaki di Bali itu, dalam angan2ku barangkali Bali itu hanya sebesar Langkawi aja, rupa2nya jangkaanku itu tidak tepat, ternyata pulau Bali itu luas, menurut kata supir yang membawa kami ke tempat wisata di Bali itu, penduduk Bali itu sekitar 3.5 juta orang.
Selain dari pura2 hindu yang terjaga baik, terlalu banyak tempat2 wisata lain yang terpulang aja kepada kemahuan kita, kemana mahu melancong. Kalu di pantainya, memang lah sibuk cantik dan menarik, sentiasa sahaja dipenuhi pelancong2 luar dan juga tempatan.
Apa yang aku lihat disepanjang perjalanan ke tempat2 wisata itu, rumah2 penduduk di kiri kanan jalan itu, boleh dikatakan 90% mempunyai patung dewa di depan rumah mereka. Hati aku mengatakan penduduk Bali amat kuat memegang agamanya. Semua patung2 dewa mereka itu memakai kain, samada bewarna kuning, putih atau pun bercorak petak2 kecil, aku tidak nampak patung2 buda di Malaysia ini begitu.
Tempat2 wisata, bandar, pantainya semua kelihatan bersih, perkara ini jelas kepadaku sebaik sahaja kami keluar dari airport dalam perjalan ke hotel kami tinggal selama di Bali itu. Penduduknya ramah dan berbudi bahasa. Sekiranya ada lagi kesempatan, saya suka berkunjung ke Bali lagi.
cucu10 004.3gp Caklempong Ns traditional music.
13 years ago
No comments:
Post a Comment