Friday, August 6, 2010

Persatuan Bengkulu Malaysia (PBM).

Datuk Abdul Hadi bin Abdul Khatab Presiden PBM (2010-2012) dan Tuan Haji Yusof Gani Riduk Penasihat PBM.
Ahli Jawatan Kuasa PBM Bergambar ramai selepas mesyuarat.
AJK PBM.

Minggu kemaren aku menghadiri mesyuarat PBM di Rawang Selangor. Inilah pertama kalinya aku ada peluang dan kesempatan menghadiri mesyuarat yang seperti itu, itu pun cikgu Jaafar, penolong setiausah PBM cawangan Gemas mau pergi sama, selain dari cikgu Jaafar turut juga pergi Pn. Kanas, bendahari PBM cawangan yang sama. Perjalanan ke Rawang itu dari tempat aku mengambil masa lebih dari tiga jam.

Kalu PBM ini telah berusia lebih dari 17 tahun, ahlinya melebihi seribu orang, sedangkan anak2 bengkulu mengikut satu kajian secara rambang ada kira2 50,000 orang. Sepertinya kalu mau dikirakan kedatangan bangsa bengkulu dari Sumatra Selatan ke Malaysia ini udah hampir satu abad, bayangkan sahaja hujungan genarasi kedua keturunanku, aku ini sahaja udah berumur hampir 70 tahun, memang munasabah ada di antara sanak saudara yang datang lebih dahulu dari kedua orangtuaku, barangkali udah lebih 100 tahun tinggal mastautin, membuat kampung halaman di Malaysia ini, dan sama2 memajukannya mana2 yang boleh.

Kalu mau disebut ada juga satu dua contoh sumbangan perkhidmatan anak bengkulu kepada Malaysia, seperti menjadi Dato' Bandar Kuala Lumpur, menjadi Brig. Jendral angkatan tentera, jadi menteri di Malaysia, wakil2 rakyat, apa lagi kalu dalam pendidikan pelbagai bidang, ada guru, pensyarah, professor dan doktor2 perubatan dan doktor pakar di hospital kerajaan.

Anak bengkulu Malaysia terdiri dari kedua ibubapanya orang bengkulu atau ibu atau bapanya orang bengkulu, atau berkahwin dengan orang bengkulu atau datuk neneknya orang bengkulu, semuanya itu layak menjadi ahli Persatuan Bengkulu Malaysia (PBM). Aku mengajak saudara saudari yang membaca blog aku ini, tergulung dari maklumat di atas, mendaftarlah menjadi ahli PBM, kita rami2kan persatuan ini.

Di antara tujuan penubuhan PBM ini ialah memelihara identiti sosio-budaya bengkulu supaya bukan sahaja boleh bertahan tetapi dapat berkembang dan dituturkan oleh orang2 bengkulu sekurang2nya dan orang lain juga di Malaysia ini amnya. Yang nyata sekarang bahasa bengkulu, sama ada bulang mahu pun serawai, udah tidak kerap lagi dituturkan bukan sahaja oleh masyarakat bengkulu tetapi juga oleh isi rumahtangga bengkulu itu sendiri apa tah lagi orang lain. Pada hemat aku genarai ke tiga dan ke empat akan datang bahasa bengkulu ini tidak terdengar lagi dituturkan orang, barangkali cuma tinggal bahan kajian sahaja di pusat2 pengajian tinggi, bahasa2 di dunia.

Selain dari tujuan yang di atas itu bertujuan memelihara dan merapatkan lagi muhibbah dan silatulrahimi di antara masyarakat bengkulu khasnya dan masyarakat lainnya di Malaysia amnya. Barangkali kalu semangat kerjasama dan cintakan budaya kita dapat disuburkan, kalu tidak dapat hari2 sekurang2nya setahun sekali misalnya kita berkumpul kita belajar cakap bengkulu sama ada berbual2 mahupun bentuk syarahan dalam bahasa kita, insyaallah kewujudan PBM dapat memberi manfaat kepada kita anak2 bengkulu. Pandangan dan cadangan anda amat dihargai.

4 comments:

EAGLE said...

Tuan Hj,
Ape khabar bulan Ramadhan di Gemas. Arai tu ade Wan Yusof nyapai berite kematian di Gemas tapi macamtu la di Kaula Lumpur kak tiap arai sibok bebaei tapi diape la salam takziah kat keluarga tersebut semoga sentiasa bersabar dalam menghadapi dugaan dan pemberian dari ALLAH.
Selamat beribadat di bulan Ramadhan kepada semua keluarga di Gemas semoga segala amalan dan ibadat kita di terima dan di berkati ALLAH.
Salam untuk semua di Gemas. Presiden Bengkulu.

razali_ahmad said...

Datuk,
Alhamdulillah kami di Gemas baik2 bae. Jenazah almarhumah itu selamat dikebumikan sebelum zuhur semalam.
Insyaallah salam takziah datuk akan aku sampaikan kepada keluarga yang berkenaan.
Salam kami juga buat datuk dan keluarga, selamat menjalankan ibadah puasa. wassalam..

Neng Dalil said...

Assalaamu'alaykum.

Senang jumpa blog ini. Kami jak Serawai bahagia mengetahui saudara kami di Malaysia banyak yang masie teghingat nga kampung halaman di Bengkulu ni.

Kami mendengar kalu ado sekitar 40 orang PBM akan mengunjungi Bengkulu. Smoga nanti kita dapat berjumpa di Bengkulu.

Neng
http://visitbengkulu.blogspot.com/

IBU HAYATI said...

Saya ibu hayati ingin berbagi cerita kepada anda semua bahwa saya yg dulunya cuma seorang TKW di HONGKONG jadi pembantu rumah tangga yg gajinya tidak mencukupi keluarga dikampun,jadi TKW itu sangat menderita dan disuatu hari saya duduk2 buka internet dan tidak disengaja saya melihat komentar orang tentan MBAH KABOIRENG dan katanya bisa membantu orang untuk memberikan nomor yg betul betul tembus dan kebetulan juga saya sering pasan nomor di HONGKONG,akhirnya saya coba untuk menhubungi MBAH KABOIRENG dan ALHAMDULILLAH beliau mau membantu saya untuk memberikan nomor,dan nomor yg diberikan MBAH KABOIRENG meman betul2 terbukti tembus dan saya sangat bersyukur berkat bantuan MBAH KABOIRENG kini saya bisa pulang ke INDONESIA untuk buka usaha sendiri,,munkin saya tidak bisa membalas budi baik MBAH KABOIRENG sekali lagi makasih yaa MBAH dan bagi teman2 yg menjadi TKW atau TKI seperti saya,bila butuh bantuan hubungi saja MBAH KABOIRENG DI 085-260-482-111 insya ALLAH beliau akan membantu anda.Ini benar benar kisah nyata dari saya seorang TKW.. KLIK GHOB 2D 3D 4D 6D DISINI