Wednesday, December 31, 2008

Belajar Rajin2 Tuk.

Atuk Belajar Komputer Dari Hafiz.

Sekarang komputer benar2 menjadi rakan bicara atuk. Setiap ada masa terluang pasti atuk ada dekat komputernya, kadang2 menulis blog, membuka e-mail atau pun melawat blog anak2 dan cucu2nya. Elok juga mereka semua ada blog dan dapat meluahkan perasaan masing2. Ada juga mereka menyatakan minat dan cita2 masa depan mereka. Atuk memang menggalakkan mereka semua menggunakan teknologi komunikasi canggih masa kini, disamping mereka berpengatahuan IT mereka juga dapat memahirkan bahasa, samada Bahasa Malaysia mahu pun Bahasa Inggris. Ini atuk baru dapat dari cucu datuk cara2 menterjemahkan bahasa Malaysia ke bahasa Inggris dan sebaliknya menggunakan citcat.com. Ini bererti sambil menggunakan teknologi, dapat pula belajar bahasa Inggris secara tak langsung.
Atuk rasa puas hati ada kesempatan lagi menikmati kecanggihan teknologi ini, dimana faktor usia bukanlah menjadi satu alasan. Yang atuk nampak penting sekarang ialah jaringan internet . Sehubungan dengan itu pehak kerajaan terutamanya dan pehak pembekal jaringan itu perlulah meluaskan jaringannya terutamanya dikawasan yang jauh dari loceng, di pendalaman, ada laptop pun tak guna kalau jaringan internetnya tidak sempurna. Dari segi lain kalau komunikasi melalui maya dapat dilakukan dengan lancar, mudah2an hal ini dapat pula diterjemahkan kapada masyarakat secara langsung didunia nyata, bersalam2an bercerita dan bertegur sapa, senyumlah wahai cek mek molek. Banyak lagi yang atuk belum pandai sebenarnya, ialah bak kata orang, sikit2 lama2 jadi bukit, berakit2 ke hulu berenang2 ketepian, bersakit2 dahulu, bersenang2 kemudian.

Read More ..

Monday, December 29, 2008

Atuk Masih Belajar Koputer.

a
Datuk bersama nenek dan cucu-cucu .
Teringat atuk seorang ulama' fiqah Ibu Hajar namanya, bilang kalau belajar semasa muda sama seperti megukir diatas batu, tetapi kalu udah tua, apa lagi seperti atuk ini, persis melukis diatas air, tentunya cepat sekali menerima apa yang diajar oleh cucunya itu tetapi mudah lupa. Untuk menangkap photo ini sahaja menggunakan 'webcam' udah berulang kali Hafiz menunjukkannya, masih juga enggak bisa melakukannya sendirian. Yang sering meributkan itu, bukan untuk menangkap gambarnya, tetapi ialah melihat kembali outcomenya, persoalannya dimana photo itu tersimpan dan bagaimana cara mendapatkannya semula. Sekarang alhamdulillah semuanya beres dong.
Yang anda lihat ini adalah photo yang atuk ambil sendirian. Yang bersama atuk itu sudah tentu nenek, cucu2 atuk, sebelah kiri atuk itu, Pida, dibelakangnya Hafiz dan dibelakang nenek itu ialah Basar, mereka2 ini adalah penyokong2 kuat atuk untuk terus belajar komputer. Menyebabkan tentunya atuk tidak bosan walaupun menerima cabaran dengan kata2 sendiri atuk ini udah terlewat usia.
Kalu berkomunikasi via 'ym' tu kira2 udah lancar, kemaren malam cucu atuk kat Jakarta tu chat sama atuk lebih satu jam barangkali tidak puas2nya berbicara pelbagai cerita, enggak bosan2 tidak terasa masa berlalu semacam sebentar aja rasanya. Apa lagi atuk dan cucu terus berbicara menggunakan mod yang sedia ada, kadang ketawa, lambai melambai, dan apabila mau berpisah bersedih, bercucuran air mata, akhirnya dengan peluk cium dari jauh via maya.


Read More ..

Tuesday, December 23, 2008

Atuk Belajar Komputer 1.

Memang banyak perkara mengenai komputer ini, yang atuk tidak tahu, walau pun udah banyak makan garam kata orang. Atuk coba belajar sebanyak mungkin dari cucu atuk itu. Pada mula dapat laptop ini anak atuk no 2 itu yang ajar cara2 sign up untuk e-mail, langsung sign up sekali untuk blog. Katanya dua perkara ini adalah yang penting untuk atuk supaya bisa berhubungan dengan cucu2 yang di Jakarta mahu pun yang di Bali itu. Blog pula katanya untuk menulis apa sahaja yang difikirkan, kalau mungkin ada yang membawa erti sendiri kapada datuk mahu pun cucu2 atuk. Disamping itu apa kata orang untuk menambah nilai kepada diri atuk. Hari ini atuk belajar download lagu, atuk risau kalau tidak sempat belajar dari cucu atuk itu, sebab perhidmatan internet ada ganguan sehingga 31 hb, Disember, ini sedangkan cuti belajarnya udah habis.
Bila anak atuk yang no 1 itu pulang ke kampung, atuk belajar bagaimana memasukkan imeg dalam blog atuk, seterusnya sign up untuk ym pula.

Hari atuk sungguh gembira, kerana semasa atuk mula belajar, cucu atuk kat Bali tu ym atuk, dia bertanyakan kabar atuk dan nenek dan menyatakan kerinduannya kepada kami dan minta doakan agar rencana perkahwinannya tahun hadapan bisa menjadi kenyataan. Sebaik sahaja cucu itu sign out, cucu seorang lagi yang di Jakarta itu ym atuk bertanyakan kabar, menyatakan yang beliau tengah libur (cuti) semester masa ini. Cucu itu juga meluahkan kerinduannya kepada atuk dan nek dari jauh. Dikeranakan ym2 dari cucu2 ini atuk hanya sempat belajar memfomat lagu yang didownload tadi untuk dicantikkan ke dalam blog atuk bila ada masa yang sesuai, untuk dapatkan keadaan selesa kepada anda pengunjung blog atuk. Apakah atuk berupaya belajar lebih banyak lagi ilmu2 berkenaan komputer ini? Atuk pinjam jawaban dari pengamal2 senaman berkata, "Untuk memulakan senaman itu, tidak kira apa peringkat usia sekali pun, sama ada berumur 70 tahun sekali pun, faedahnya akan dirasai oleh individu tersebut dari masa ke semasa." Read More ..

Sunday, December 21, 2008

Atuk Belajar Komputer.


Atuk bersama cucu Ahmad Hafizuddin.
Ada banyak rupanya

Read More ..

Friday, December 19, 2008


Atuk baru dapat laptop ini, anak yang no 2 tu kasi. Atuk belajar komputer dengan cucu Ahmad Hafizuddin Kebetulan ia sedang bercuti belajar. Ia belajar kat Politeknik di P.D. Atuk cuba masukkan lagu Lilin Herliana ini.. Siksa Kubur, lagunya sedap, senikatanya bagus, menginsafkan, tetapi penampilannya ala indun, kalau di Malaysia tentu penyanyinya pakai tudung sekurang2nya. Walau bagaimana pun kata orang," Jangan pandang orang yang bernyanyi, pandanglah apa yang dia nyanyi. Terima kasih atas sokongan moral semua kat atuk....senyum.

Read More ..

Tuesday, December 16, 2008

Imbauan Pagar Dewa.

Pemandangan di Danau Dendam Tak Sudah di Bengkulu.
Dakapan Mesra Doh H Tahir di rumahnya di Pagar Dewa, Bengkulu.


Semalam ku lihat photo2 lama, menggambarkan perjalananku ke tanah seberang.

Mengimbau ingatanku ke detik2 itu. Rasa tidak percaya, perpisahan keluarga lebih satu abad itu, dapat ditemukan semula ketika itu, sungguh mengharukan.

Apa pun kesyukuranku kepada Allah tidak terhitung.
Semalam ku lihat photo2 lama, segaknya aku, rasanya baru kemaren detik itu berlalu. Danau Dendam Tak Sudah masih berombak airnya. Pagar Dewa mengimbau aku pulang ke tanah tumpah darah nenek moyang. Gembiranya aku menemui keluarga, walau pun susah walau pun senang, itulah hakikat hidup. Apa pun kesyukuranku kepada Allah tetap tidak terhitung.


Read More ..

Friday, December 12, 2008

Bunga Kembang Tak Jadi.

Burung ini bertanyakan kepada diri, apakah yang bisa dilakukan selepas ini?
Berburu kepadang datar, dapat rusa berbelang kaki,
berguru kepalang ajar, ibarat bunga kembang tak jadi.
Beramai-ramai naik kereta, pergi beraya ke rumah Cik Haron,
baru sehari belajar komputer, nak tunjuk pandai macam bertahun.
Sayang cik adik pergi berkelah, berkain batik berbaju kebaya,
Kalau dah lewat pergi sekolah, cuba selalu tentu berjaya.
Kalau tuan ke pekan Jambi, belikan saya batu permata,
menuntut ilmu pesanan Nabi, carilah ia walau di mana.
Read More ..

Monday, December 8, 2008

Pakaian Pengantin Adat Bengkulu SUMSEL.

Majlis walimatulurus untuk tetamu yang hadir meraikan raja sehari, makan secara bersela.
Adat istiadat perkahwinan seperti ini masih lagi diamalkan dan hidup subur di Bengkulu. Kata-kata adat tak lapuk dek hujan dan tak lekang dek panas, dapat diteruskan oleh jenerasi2 akan datang, bukan sahaja di Bengkulu Sumatra Selatan, Indonesia tetapi juga oleh jenerasi anak2 keturunan Bengkulu di Malaysia.
Trend pilihan pakaian pengantin ala pakaian barat di Bengkulu.



Mempelai diraikan dirumah pengantin perempuan.





Kedua mempelai berphoto bersama keluarga terdekat, sebelah pehak pengantin laki2.







Sepasang pengantian berpakaian lengkap mengikut pakaian pengantin adat Bengkulu.









Majlis akad nikah disempurnakan oleh wali atau wakil wali.





Akad ini adalah perjanjian penerimaan pengantian laki2 akan isterinya.











Read More ..

Catatan SMS Seorang Cucu di Jakarta.

SMS 1.

Devy alhamdulilah baik tuk. Devy juga sangat rindu datuk, nenek, bucik, bunga n keluarga. Devy lagi stress mau menghadapin sidang skripsi devy buat mendapatkan gelas serjana farmasi devy. Doakan tuk semoga semuanya berjalan lancar2 aja n devy lulus dengan nilai A+... Peluk cium devy buat datu k n nenek........mis you.



SMS 2.

Amin.... Semoga Allah mendengarkan n mengkabulkan doa datuk n nenek buat Devy.... terima kasih, peluk cium Devy buat datuk , nenek, bucik, bunga dan malaikat2 kecil bunga.



SMS 3.

Baik tuk, sidang skripsinya belum jadi tuk. Sekarang Devy masih menunggu jadualnya, kabarnya akhir bulan ini. Maknanya stress Devy belum juga hilang. Doakan Devy ya tuk. Oh ya tuk, kalu Devy mau kirim paket buku skripsi n poster Devy, ke alamat datuk yang mana ya? Salam rindu n peluk cium Devy selalu buat semua keluarga disana.



SMS 4.

Assamualaikum, pa kabar tuk? Devy berharap, datuk n keluarga sihat2 selalu. Tuk doakan Devy ya. Devy tanggal 5 Augustus ini sidang skrepsi. Doakan agar semuanya lancar n lulus dengan nilai A.... Amin... Devy rindu akan kehadiran datuk n nenek. Peluk cium dari Devy buat datuk nenek, bucik, bunga n adik2 kecil Devy..



SMS 5.

Terima kasih datuk n nenek atas doa n cintanya buat Devy. Peluk cium dari Devy juga buat datuk nenek, bucik, bunga n keluarga.



SMS 6,

Alhamdulillah berkat doa dari datuk n nenek n keluarga. Sidang skripsi Devy berjalan dengan lancar n mendapat nilai A. Semoga gelar serjana Farmasi ini bisa berguna bagi keluarga, agama, negara, dunia n akhirat Devy. Amin... Peluk cium dari jauh buat datuk n nenek tercinta...Love u n miss u........
Read More ..

Monday, December 1, 2008

Sucinya Ikatan Perkahwinan.

Majlis Persandingan Anak Saudara di Sungai Choh Selangor.
Lebat daun si bunga tanjung, berbau harum bunga cempaka, adat dijaga pusaka dijunjung, baru terpelihara adat pesaka. Burung jelatik burung jeladan, hinggap mari diatas peti, sama cantik samalah padang, sanak saudara senang dihati. Sebuah perkahwinan itu terjalin dengan satu ikatan perjanjian atau akad yang dilaksanakan oleh diantara wali, ayah kandung kepada pengantin
perempuan, pengantin laki2, dan dua orang laki2 yang lain sebagai saksi kepada perjanjian itu. Kata2 penting dalam akad itu adalah penyerahan dan penerimaan pernikahan diantara kedua mempelai, diantara wali dan bakal suami. Dengan termeterainya perjanjian itu maka sahlah perempuan dan laki2 itu manjadi pasangan suami isteri.
Kedua2 insan ini telah mula melangkah kezaman yang baru, satu masa sememangnya menjadi impian dan angan2 bagi semua orang, terlalu ideal rasanya membentuk sebuah keluarga, tambahan pula pasangan masing2 itu sudah lama menjadi buah hati pengarang jantung. Tiada ucapan kata2 ketika itu, melainkan rasa puas dan kegembiraan. Besar mana pun majlis walimatul'urus bergantung kepada kemampuan keluarga. Kalau zaman kemaren tu majlis kenduri ini dibuat secara bergotong royong sekampung, yang menjadi tunggak utamanya ialah kaum keluarga, kebetulan pula mereka memang tinggal berhampiran dan didokong pula oleh jiran2 sedekat rumah. Tiada terasa keletihan sepanjang majlis itu berlalu. Perjalanan masa terlalu pantas, sanak saudara dulunya kalau masih ada sudah lanjut usia, anak2 saudara mahupun anak2 sendiri udah keluar mencari rezeki dan penghidupan sendiri diperantauan. Sekedar majlis doa selamat sahaja dibuat, nantinya saudara mara tidak lengkap diberi tahu, tentunya ada yang ketinggalan berita yang penting itu, tiada pilihan kalau kemampuannya tidak ada. Ikatan perkahwinan itu adalah wadah hubungan abadi, tentunya seperti Adam dan Hawa, Yusuf dan Zulaiha sentiasa berkasih sayang, saling menghormati diantara satu sama lain, membawa kepda kemurahan rezeki dan keberkatan hidup sepanjang masa.
Read More ..

Tuesday, November 25, 2008

Kesetiaan Seorang Sahabat.

Pemandangan Di Jabal Thur.
Persahabatan adalah sesuatu yang sangat perlu dalam hidup seorang insan. Tanpa ada seorang sahabat tiada tempat mahu mencurahkan kegembiraan atau pun kesedihan yang dilalui sepanjang hidup ini. Kemunkinan untuk mendapatkan seorang sahabat yang setia dan sanggup berkongsi kesusahan dan kesenangan memang masih ada. Tetapi dengan adanya faktor2 perbezaan kemewahan dan pangkat dan boleh jadi fahaman politik, menyebabkan keharmonian persahabatan itu terus menjadi hambar, mendapatkan seorang sahabat yang setia itu sukar menjadi kenyataan.
Kesetiaan sahabat2 Nabi saw, terutamanya Saidina Abu Bakar Alsiddik adalah satu tauladan yang tidak dapat dilupakan. Beliau sanggup bersama Nabi dalam apa keadaan sekalipun. Kesetiaannya yang paling mencabar sekali adalah semasa Nabi Muhammad saw mengajaknya berhijrah ke Madinah, dimana pada ketika itu kafir Quriasy Makkah bertekad mahu membunuh Nabi saw. Selama beberapa hari bermalam di gua Jabal Thur, tidak terperikan kebimbangan yang dialaminya, dikhuatiri ditemui oleh musuh2 Nabi saw itu, kerana gua tempat bersebunyi itu tidak dalam, Nabi menenangkannya, sehingga mereka dapat dan selamat melakukan hijrah ke Madinah Almunawarah. Saidina Ali bin Abu Talib kaw sanggup tidur ditempat tidur Nabi saw pada hal kafir2 Quraisy menunggu saat untuk membunuh nabi, keselamatan dirinya tidak menjadi penting kerana taatkan Nabi saw, disamping mahu menegakkan agama Islam. Asma' binti Abu Bakar radial Allahu anha, satu idola serikandi yang sangat berani dan setia kepada Nabi saw. Beliau sanggup datang ke gua itu, membawa makanan yang dililitkan dipinggannya untuk Nabi saw dan juga ayahnya Abu Bakar, pada hal orang2 kafir Quraisy, sedang kesitu mencari Nabi saw. Jabal Thur yang terletak di luar kota Makkah itu adalah menjadi saksi kesetiaan persahabatan yang tidak ternilai, dan doa dan harapan kita semua semoga tauladan yang ditunjukkan itu menjadi pula ikutan kita dalam menempuh hidup yang ada ini.
Read More ..

Thursday, November 20, 2008

Lambaian Ka'bah.

Bergambar Selepas Selesai Menunaikan Tawaf Sunat.
Menjadi tetamu Allah ditanah haram Makkah Almukaramah adalah satu kesyahduan dan kesyukuran yang tidak dapat diungkapkan dengan kata2. Ada ramai lagi diluar sana yang belum dapat undangan untuk menjadi tetamuNya. Pada hal mereka mampu dan berupaya bukan sekadar ongkos ke tanah suci itu bahkan yang lebih mewah, namun mereka belum berkesempatan untuk datang pada kali ini. Ada ramai orang yang sehat dan kuat, namun mereka juga belum dijemput.
Yang menjadi tetamu Allah itu, mungkin mereka berdikit2 mengumpulkan wang, mungkin mereka sakit dimana-mana, lemah, kadang2 memerlukan sokongan berkerusi roda mahupun bertongkat, pada hal mereka masih diberikan kesempatan hadir sebagai tetamu Allah. Alhamdulillah..
Peluang dan kesempatan yang ada hendaklah dihargai sepenuhnya dengan ibadah2 terutamanya tawaf di Baitullah, sebab kesempatan bertawaf itu cuma ada ditempat yang mulia ini sahaja. Panjatkanlah doa, memohon apa sahaja untuk diri sendiri, keluarga, sanak saudara yang baik2 untuk hidup didunia dan akhirat. Ka'bah itu Baitullah, padanya terdapat tempat2 yang mustajab berdoa diantaranya Multazam, Pintu Ka'bah, Maqam Ibrahim, Hijir Ismail, Rukun Yamani, Hajar Aswad dan diantara Hajar Aswad dan Maqam Ibrahim.
Ya Allah Tuhan yang mengambalikan sesuatu, kembalikanlah aku ke Baitullah ini lagi. Ya Allah murahkan rezekiku supaya dapat kembali menzarahi Baitullah berulang kali dengan bertaubat, beribadat, mengucap syukur dan puji-pujian. Amin....
Read More ..

Sunday, November 16, 2008

Jejak Rasul Ke Jabal Noor.

Pemandangan Dipuncak Jabal Noor.
Mendaki Jabal Noor adalah satu pengalaman yang sukar dilupakan. Pendakian selama lebih kurang satu jam itu membawa pengertian yang bermakna dan keinsafan yang mendalam terhadap perjuangan dan kegigihan Nabi Muhammad saw menegakkan agama Islam pada ketika itu, sehingga dapat dianuti, hingga ke hari ini dan sampai bila-bila.
Gua Hira' yang terletak diatas puncak Jabal Noor itu adalah satu bukti yang nyata, mengimbau kembali peristewa pertama kalinya Nabi Muhammad saw menerima wahyu dari Allah melalui malaikat Jibril. Diceritakan malaikat itu turun di Jabal Jibril yang bersebelahan dengan Jabal Noor itu, menyerupai seorang maknusia lalu berjumpa Nabi dan menyampaikan wahyu yang pertama itu. Pemandangan dipuncak Jabal Noor itu sangat cantik. Panorama kota Makkah dapat dinikmati sepuas2nya. Kelihatan cahaya yang memancar terang itu adalah sinaran dari Masjid Alharam. Udara diatas itu sungguh nyaman sekali, angin bertiup sepoi2 bahasa, sampai diatas itu rasanya mau duduk lama sedikit disitu. Gua Hira' itu sentiasa dikunjungi oleh jumaah umrah, ada tempat solat dan halanya terus mengadap ke Baitullah, kiblat. Jemaah yang bersama penulis yang sampai ke kemuncak Jabal Noor itu adalah seramai 30 orang dan dipandukan oleh 3 orang mutawip, bermula kira2 jam 10 malam dan balik jam 2.30 pagi. Malaikat Jibril mengajar Nabi Muhmmad membaca sebanyak 3 kali berulang2 dengan katanya, "Bacalah dengan nama tuhanMu yang menjadikan, menjadikan insan dari seketul daging. Bacalah dan Tuhanmu itu maha mulia, mengajar maknusia dengan menulis, mengajar maknusia apa2 yang mereka tidak tahu." Dengan wahyu ini, Nabi Muhammad dipilih menjadi Rasul.

Read More ..

Saturday, November 8, 2008

Jabal Rahmah "Pertemuan Kasih Sayang".

Bersama Ustaz Taufik Berlatarkan Jabal Rahmah.

Perjalanan umroh adalah tidak lengkap kalau tidak diatur lawatan ke Arafah. Tempat perhimpunan umat Islam seluruh dunia untuk mengejakan haji. Pada musim haji digambarkan padang Arafah adalah seumpama padang Mahshar dihari akhirat, cuma himpunan ini terdiri dari muslimin dan muslimat sahaja. Pakaian ihram yang tidak berjahit bagi orang laki2 diumpamakan seperti kain kapan, pembalut tubuh bagi orang yang telah meninggal dunia. Tempat ini dikatakan tempat diantara Nabi Adam dan Siti Hawa bertemu setelah berpisah dalam masa yang panjang, setelah mereka berdua diperintahkan oleh Allah keluar dari syurga. Jabal Rahmah adalah tempat yang dimaksudkan itu, tidak dapat dilafazkan dengan kata2 kedua insan itu bertemu semula didunia ini. Barangkali ada jumaah mengambil peluang berdoa memohon agar kasih sayang mereka dieratkan seperti eratnya hubungan diantara Nabi Adam dan Siti Hawa. Barangkali ada yang berdoa ya Allah, ya Rahman, ya Rahim, temukanlah aku dengan jodohku, kalau sekiranya jauh engkau dekatkan, kalau sekiranya lambat engkau cepatkan, sesungguhnya Engkau Maha Pemurah Lagi Mengasihani.
Read More ..

Thursday, November 6, 2008

Idulfitri Almubarrak Di Makkah Almukarramah.

Suasana Sambutan Idilfitri Di Makkah.

Menyambut hari raya idilfitri di tanah haram Makkah Almukarrah adalah satu pengalaman yang menggembirakan dan satu kepuasan yang sukar dilupakan. Jutaan umat Islam berkumpul di Makkah, mengerjakan umroh dalam bulan Ramadhan, seterusnya menyambut kedatangan Syawal. Pada malam raya itu, dijalan2 raya yang menuju kemasjid dari hotel2 tempat kediaman jumaah penuh sesak, laungan takbir, Allahuakbar Walillahilhamdu, terdengar disana sini dalam arus kesesakan umat Islam yang ramai itu, yang bertali arus, barangkali suasana demikian hingga sampai kepagi.


Pada pagi raya itu selepas solat subuh kebanyakan jumaah tidak pulang lagi kehotel. Mereka terus berada di Masjid Alharam bersama dengan Imam Haramian. Laungan takbir kedengaran jelas, bersemangat bergembira menyambut kedatangan satu Syawal. Jalan raya menuju kemasjid sudah penuh, sudah tidak dapat ditempuhi lagi. Bukan sahaja dijalan2, dikaki lima kedai pun sudah penuh sesak. Bagi mereka yang terlambat sedikit kemasjid, tiada pilihan lain, melainkan menunaikan solat sunat idilfiti secara berdiri sahaja. Sesungguhnya solatku, ibadahku hidupku dan matiku kerana Allah semasta alam.
Read More ..

Wednesday, November 5, 2008

Selamat Tinggal Wahai Rasulullah.

Ziarah Wada' hukumnya sunat bagi mereka yang mau meninggalkan Madinahtul Munawarah.
Doa Ziarah Selamat Tinggal.
Ya Tuhanku, janganlah jadikan ziarah hambaMu ini ditempat yang mulia ini sebagai zairah penghabisan, kurniakanlah kepada hamba peluang untuk menziarahi kembali tempat ini dalam keadaan sihat dan baik, jika panjang umur hamba insya Allah hamba akan datang lagi, dan jika sampai ajal hamba, maka hamba telah mengabdikan kepadaMu syahadat dan perjanjian hamba dari hari ini sehingga hari qiamat, iaitu hamba bersaksi tidak ada tuham melainkan Allah, Tuhan yang esa yang tidak sekutu bagiNya, dan hamba naik saksi bahawa Nabi Muhammad hambaNya lagi pesuruhNya.
Maha suci Tuhan yang memelihara dan mentadbir seluruh alam.
Sampai di Masjid Bir Ali, tempat mikat umrah, jumaah umrah turun memakai ihram, sembahyang sunat dan berniat umrah, yang mana umrah itu akan disempurnakan di Makkah dengan bertawaf, bersaie dan bergunting, iatu bertahallul, selesailah mengerjakan satu umrah. Labbaikallahumma Labbaik, Labaikala Syarikalak.
Read More ..

Saturday, November 1, 2008

Perjalanan Umroh 5.


Jabal Uhud adalah satu bukit yang tidak dapat dilupakan oleh umat Islam seluruhnya, jadi jumaah umroh yang sampai ke Madinah Almunawarah, adalah terasa kekurangan jika tidak sampai ke kaki Jadal Uhud sekurang2nya, kalau tidak pun mendaki Jabal Uhud atau pun Jabal Ramal (panah) itu sendiri. Apa yang menyayat hati kaum muslimin adalah kekalahan yang semua penziarah yang sampai ke situ menitiskan air mata betapa sukarnya agama Islam itu diterima oleh kafir Qurish ketika itu, sehingga mengurbankan para2 syuhada, termasuk bapa saudara Nabi Muhammad Saidina Hamzah radiallahu anhu. Strategi yang diatur oleh Rasulullsh adalah tepat dan sempurna, dimana pada pusingan awal pertempuran itu kaum muslimin berjaya dengan berkesannya tindakan kumpulan pemanah2 muslimin yang ditempatkan di Jabal Ramal itu. Tetapi selepas kejayaan pertama itu, barangkali pemanah2 yang diatas jabal itu udah lupa dengan pesanan Rasulullah. Dari kealpaan ini, diambil peluang oleh kafir Qurish yang diketuai oleh Khalid ibnu Walid ketika itu belum Islam, menyebabkan kaum muslimin kalah dan ramai yang mati syahid, mereka semua dikebumikan di Makam Syuhada Uhud. Dari peristewa ini sewajrnya kita mendapat pelajaran istiqamah itu membawa kebahagian dan kejayaan.
Read More ..

Perjalanan Umroh 4

Masjid Quba'.
Selain dari Masjid Quba' dan Masjid Kiblataian, perjalanan umroh tidak lengkap jika tidak
menziarahi Jabal Uhud.
Read More ..

Thursday, October 30, 2008


Read More ..

Perjalanan Umroh 3.

Masjid Quba' adalah masjid yang pertama dibena oleh Nabi Muhammad saw semasa beginda berhijah ke Madinah Almunawarah. Diantara kelebihan masjid Quba' ini, penziarah yang beruduk dirumahnya kemudian sembahyang dua rakaat dimasjid Quba' mendapat pahala sama seperti mengerjakan satu umrah.
Masjid Quba' yang pertama kali di bena oleh Nabi Muhammad saw adalah dari pelepah2 tamar tetapi telah tersergam indah, sama seperti masjid2 disekitar. Selain dari masjid Quba' penziarah2 Madinah juga pergi ke masjid Qiblatain iaitu dimana Rasulullah bersama orang2 Islam menunaikan solat ke dua arah yang bertentangan, iaitu ke arah Baitulmukaddis di Palastin, dan ke Baitullah, di Masjid Alharam di Makkah. Kesan dari perubahan arah kiblat tersebut terdapat dua buah menara yang menunjukkan arah masing2.
Semua ini adalah menggambarkan peradaban yang nyata yang dilalui oleh Nabi Muhammad saw dalam mengembangkan ugama Islam. Semoga kesusahan, kesabaran, ketabahan, keimanan, ketakwaan dan ketaatan pejuang2 Islam terhadap Rasulullah ini akan menambahkan keimanan kita kepada Allah dan Rasulnya. Read More ..

Monday, October 20, 2008

Perjalanan Umroh 2.

Masjid Nabawi, Madinah.

Bergambar Berlatarbelakangkan Makam Rasullallah.


Makam Rasulullah saw dan Raudhah adalah tempat yang paling dihajati oleh penziarah Madinah Almunawarah. Nabi Muhammad ada bersabda, sesiapa yang menzarahi aku selepas wafatku sama seperti ia menziarahi aku semasa hidupku, layak baginya mendapat syufaatku dihari akhirat. Tiada dapat disembunyikan sesiapa jua yang telah menziarahi Makam Rasulullah, sama ada kali pertama atau kali yang keberapa sekalipun, akan menitiskan air mata sebaik sahaja salam kepada Rasulullah saw dilafazkan. Apatah lagi jika seseorang itu mengenangkan keperitan Nabi Muhammad saw bersama sahabat2 radhiallahu anhum, mengembangkan Agama Islam, sehingga dapat dianuti oleh umatnya hingga kehari ini, insyaAllah hingga kehari kiamat. Munkin kerana fahaman politik yang berbeza, atau kelainan penafsiran ayat2 AlQuran mahupun sunah Alrasul itu dibuat oleh ulama2 besar Islam menampakkan sepatutnya agama Islam itu sama, tetapi terdapat perbezaan terutama dalam hal ibadah, dianatara Imam2 Syafie, Hambali, Maliki dan Hanafi, contohnya cara2 mengambil wudu' dan perkara2 yng membatalkannya. Raudhah adalah satu kawasan yang terhad lebarnya dalam Masjid Nabawai itu, dinyatakan oleh Nabi saw sebagai satu taman Syurga. Diantara tempat yang mustajab berdoa. Untuk dapat masuk kedua2 tempat ini, penziarah perlu mematuhi arahan2 yang diberikan oleh pengawal Masjid Nabawi itu. Kalau laki2 seharusnya melalui pintu, "Babussalam", terus ke Raudhah dan sembahyang sunat dua rakaat, kalau mau berdoa, berdoa sahaja semasa sujud, sebab kalau sudah selesai memberi salam, pengawal masjid akan meminta kita beredar untuk memberi ruang kepada jumaah yang lain. Bertimbang rasa menghindarkan rasa tamak dan kepentingan diri.

Read More ..

Wednesday, October 15, 2008

Perjalanan Umroh 1.

Perjalanan mengerjakan ibadah umroh, adalah satu2nya perjalanan menuju ke tanah suci Makkah Almukarramah untuk melakukan umroh itu sendiri. Kalau perjalanan itu terus sahaja ke Makkah, pemakaian ihram dibuat seawal di KLIA. Pelaksanaannya dibuat di Makkah dengan melakukan tawaf, saie dan bergunting.
Jika naik pesawat dari KLIA ke Jeddah sekurang2nya mengambil masa 8 jam, kalau terus ke Madinah Almunawarah sekurang2nya 10 jam. Dari Jeddah ke Madinah menaikki bus mengambil masa sekurang2nya 6 jam. Jika perjalanan umroh dalam bulan Ramadhan, masa berpusa harus ditambah 5 jam lagi, ini bermaknana jangka masa berpuasa adalah 17 jam. Bagi jumaah yang kurang ketahanan berpusa atas sebab2 tertentu seperti musafir, Allah mengharuskan ia berbuka kemudian dikadakan puasanya dihari yang lain sebaik saja pulang dari umroh, atau pun di Makkah itu sendiri kalau ada waktunya. Kepuasan perjalanan umroh itu sebaik sahaja sampai di Bendara Jeddah, adalah satu kelegaan apalagi kalu udah sampai di tanah Haram Madinah, adalah satu kepusan, ketenangan dan kegembiraan yang tidak terhingga. Segala penat lelah yang dialami dalam perjalanan sebelumnya semuanya terhapus sebaik sahaja melihat kilauan cahaya kegemerlapan lampu2 di Masjid Nabawi. Perasaan tidak tertahan2 mau kemasjid yg penuh rahamh itu, muka menjadi berseri dan ceria, apatah lagi gandaan pahala yang menunggu berlipat kali ganda. Tempat2 menjadi tumpuan ialah Makam Rasulullah dan Raudhah. Read More ..

Perjalanan Umroh 1.

Sedang Menunggu Di KLIA.
Isteri Dan Anakanda Di KLIA.




Read More ..

Tuesday, September 23, 2008

Perjalanan Ke Bengkulu 6.

Dalam kesibukan menziarahi rumah anak sanak di kota Bengkulu itu, menaikki kenderaan pacuan empat roda Kijang, satu2nya kereta Nasional Indonesia dipandu oleh Hendry Hakim cucu saudara keturunan sebelah ibu saya, sempat pula melihat keadaan di Bengkulu merayakan hari raya korban itu, secara sepintas lalu. Pada keesokan harinya, Hasnol anak saudara saya pula membawa kami melihat tempat wisata di sekitar kota itu. Beliau membawa kami ke Rumah Kediaman Bung Karno, pada waktu pengasingan di Bengkulu (1938 - 1942). Ibu Fatmawti adalah isteri yang pertama Bung Karno, adalah anak Bengkulu Dari Curup. Selain dari rumah Bung Karno itu ada beberapa tempat bersejarah lagi yang sempat dikunjungi, tempat2 jualan cenderamata dan oleh2 juga tidak ketinggalan. Dari produk pertanian terdapat seperti emping malinjo Bengkulu, jangik Bengkulu dan lain2 lagi. Dari perusahaan tenunan terdapat seperti Sarung Bengkulu, Batek Bersurek Bengkulu dan ada banyak yang lain2 lagi. Sebelah sorenya pula Asiah membawa kami ke Tebat Samsar, terkenal dengan nama Danau Dendam Tak Sudah, ke Benteng Malboro, terus ke Pantai Panjang, yang satu2nya pantai, yang waktu senjanya dikunjungi ramai orang yang ingin melihat "Sun Set", matahari terbenam waktu senja. Read More ..

Saturday, September 20, 2008

Perjalanan Ke Bengkulu 5.

Khaila anak kecil berusia lingkungan tiga tahun, cicit, anak kepada Putra Irawan cucu saudara sangat pintar berbicara, walaupun itulah buat pertama kalinya bertemu nyangnya, macam-macam cerita dan pengalaman yang didapatinya seumur usianya itu. Ia menceritakan pengalamannya berwisata di pantai bersama keluarga dan kawan-kawan seusianya. Saya tidak tahu sama ada itu satu pantasinya sahaja atau pun benar-benar berlaku. "Nyangkan kemarin tu Khaila wisata bersama ibu, bapa dan juga kawan-kawan di tepi pantai". Ia memulakan ceritanya. "Pantai yang mana satu? Kan pantai itu ada banyak, Pantai Panjang?". Saya mengajukan pertanyaan. "Ia, Di Pantai Panjang," jawabnya ringkas. "Ada apa-apaan yang menyenangkan Kaila disitu?". Ia terus menceritakan peristewa seorang daripada kawan yang sama-sama mandi ditepi pantai itu tidak mau mendengar cakapnya, yang menyebabkan bukan sahaja lemas tetapi tenggelam didalam laut. "Nyangkan ada kawan Khaila tu, Khaila udah bilang usah pergi ketengah laut tu, merbahaya, nanti lemas, tenggelam di dalam air, tapi ia ngak mau dengar,lalu benar-benar ia tenggelam." dengan gaya cakap yang bersungguh menceritakannya. "La kesiannya, itu lah seharusnya kita menerima nasihat yang baik dari kawan2". Kata saya. Read More ..

Friday, September 19, 2008

Perjalanan ke Bengkulu 4.

Bersama anak saudaraku...Saidina

Bersama anak saudaraku Saifudin...


Bersalaman dengan sanak saudara....


Gambar kenangan bersama sanak saudara...


Cucuku Muhammad Azim bersama cucu saudaraku Hendry


Jangka waktu 4 hari 3 malam adalah singkat bagi seorang perantau pulang ke kampung dihari perayaan seperti hari raya korban ini, apalagi sanak saudara sebelah ibu iaitu anak datuk Mura nama sebenarnya Saidina Abu Bakar, seramai lima orang cuma anak bungsunya, Maimunah (almarhumah) ibu saya sebaik sahaja mendapat anaknya sulungnya M.Zin (almarhum) bersama bapa saya Ahmad (almarhum) mereka turum merantau ke Malaya (Malaysia), munkin atas tekanan keadaan dan kesusuhan hidup pada ketika itu. Yang lagi empat orang itu semuanya menetap di kota Bengkulu. Masih banyak rumah sanak sadara yang tidak dikunjungi dikeranakan oleh faktor masa yang terburu2. Dalam pertemuan kami yang sesengkat iu, ada satu perkara yang benar2 menyentuh perasaan saya, iaitu pertemuan diantara cucu saya Mohd Azim 2 tahun dengan cucu saudara saya Hendry Hakim 22 tahun Mahasiswa Universitas Bengkulu melahirkan rasa kemesraan yang amat sangat, walaupun itulah pertama kalinya mereka bertemu. Saya merasa terharu dengan keikrabaan pertalian darah itu, ertinya tiada batas jarak dan masa pertalian persaudaran itu satu yang sangat berharga kpd penghidupan kita. Sabda Nabi Muhammad saw, "Ziarahilah sanak saudara kamu itu sekali sekala, udah tentu menambahkan kasih sayang". Read More ..

Tuesday, September 16, 2008


saya balik ke kampung sendiri menziarahi sanak saudara yang ramai jumlahnya. Tidak hairanlah saya anak-anak dan cucu-cucu disambut dengan peluk cium kegimbaraan dimana saja rumah sanak saudara yang dikunjungi itu. Solat hari raya iduladha kami cuma sempat tunaikan
didewan hotel Horizon bersama-sama penginap muslim hotel tersebut dan juga penduduk penduk tempatan sekitar hotel tersebut, jumlahnya lebih kurang lima ratus orang. Selepas solat pehak hotel menyediakan jamuan hari raya dengan pelbagai juadah dan hidangan. Penyembelihan binatang korban bukan sahaja dilakukan dimasjid-masjid tetapi juga di toko-toko seperti bank dan lain-lain. Pengagihan daging korban hampir terlihat dimana-mana sekitar kota Bengkulu. Alangkah puas rasa hati kerenan taraf penghidupan dikota Bengkulu itu adalah dan mereka mensyukuri nikmat dan rezeki yang dikurniakan oleh Allah itu. Ya Allah murahkan lagi rezeki, kalau ianya sedikit engkau tambahkan dan kalau jauh enkau dekatkan, engkaulah sahaja pemurah dan pemberi rezeki. Amin ya rabbal alamin...
Read More ..

Perjalan ke Bengkulu 3.

Bersama anak menantu di lobi Hotel Horizon Bengkulu

Bersarapan di hotel....hanya kami sahaja tetamu hotel yang ada...


Bersama sanak saudara di rumah anakanda Lukman Hakim


Perjalanan yang kami lalui itu berlaku pada 19hb.December,2007 hingga 26hb.December,2007. Dalam jangka waktu tersebut terdapat dua perayaan iaitu Hari Raya Idiladha tahun 1428 hijriah dan Hari Krismis.
Inilah kali pertama kami menyambut hari raya haji diperantaun dan sekali gus sebenarnya adalah ditanah tumpah darah ibu bapa saya sendiri. Apakah tidaknya moyang saya yang bernama Mohamad (MOH) yang mempunyai enam orang anak cuma seorang yang keluar merantau ke Malaya (Malaysia). Manakala anaknya yang ke lima bernama Enoyk iaitu nenek saya mempunya lima orang anak menetap di Kota Bengkulu, empat daripada anak nenek saya itu tinggal diBengkulu keempat2nya sudah almarhum, yang sempat saya jumpa ialah uncu Hindun pada tahun 1994 dan terakhir jumpa pada tahun 1998.
Manakala ayah saya bernama Ahmad merupakan anak sulung nenek saya merantau ke Malaysia sekitar tahun 1920an, mempunyai tujuh orang anak dan saya adalah anaknya yang keenam. Kalau saya keluar ke Kota Bengkulu itu seolah2nya Read More ..

Perjalanan ke Bengkulu

Dugaan bermula....salah satu kereta kami rosak dalam perjalanan....

Menunggu kereta kami dibaiki....


Semua barang dipindahkan dalam satu kenderaan sahaja....

Anak buahku Saidina...tertidur kepenatan selepas 16 jam membawa mobil tanpa henti.

Pengalaman dalam perjalanan lebih dari 300 km itu amat berharaga sekali dari kepayahan yang ditempuh sehinggakan kami terpaksa singgah bermalam disalah sebuah masjid ditepi jalan itu. Pada mulanya saya menjangkakan, kami sekeluarga sahaja yang terpaksa singgah bermalam dimasjid itu, rupanya ada ramai lagi orang yang bermalam dimasjid tersebut, barangkali dari kumpulan pendakwah tempatan.
Sesampai di pekan Bengkulu kami meginap di hotel Horison selama tiga malam.P Read More ..

Perjalanan ke Bengkulu

Sarapan pagi sebelum check in flight ke padang

Baru sampai di Padang....
Sedang memasukkan barang ke dalam kereta....

Turun ke Padang menaiki Airasia. Perjalanan ke Bengkulu dari Padang selama 27 jam menggunakan pacuan 4 roda bersama anak isteri dan empat cucu.
Read More ..