Monday, December 1, 2008

Sucinya Ikatan Perkahwinan.

Majlis Persandingan Anak Saudara di Sungai Choh Selangor.
Lebat daun si bunga tanjung, berbau harum bunga cempaka, adat dijaga pusaka dijunjung, baru terpelihara adat pesaka. Burung jelatik burung jeladan, hinggap mari diatas peti, sama cantik samalah padang, sanak saudara senang dihati. Sebuah perkahwinan itu terjalin dengan satu ikatan perjanjian atau akad yang dilaksanakan oleh diantara wali, ayah kandung kepada pengantin
perempuan, pengantin laki2, dan dua orang laki2 yang lain sebagai saksi kepada perjanjian itu. Kata2 penting dalam akad itu adalah penyerahan dan penerimaan pernikahan diantara kedua mempelai, diantara wali dan bakal suami. Dengan termeterainya perjanjian itu maka sahlah perempuan dan laki2 itu manjadi pasangan suami isteri.
Kedua2 insan ini telah mula melangkah kezaman yang baru, satu masa sememangnya menjadi impian dan angan2 bagi semua orang, terlalu ideal rasanya membentuk sebuah keluarga, tambahan pula pasangan masing2 itu sudah lama menjadi buah hati pengarang jantung. Tiada ucapan kata2 ketika itu, melainkan rasa puas dan kegembiraan. Besar mana pun majlis walimatul'urus bergantung kepada kemampuan keluarga. Kalau zaman kemaren tu majlis kenduri ini dibuat secara bergotong royong sekampung, yang menjadi tunggak utamanya ialah kaum keluarga, kebetulan pula mereka memang tinggal berhampiran dan didokong pula oleh jiran2 sedekat rumah. Tiada terasa keletihan sepanjang majlis itu berlalu. Perjalanan masa terlalu pantas, sanak saudara dulunya kalau masih ada sudah lanjut usia, anak2 saudara mahupun anak2 sendiri udah keluar mencari rezeki dan penghidupan sendiri diperantauan. Sekedar majlis doa selamat sahaja dibuat, nantinya saudara mara tidak lengkap diberi tahu, tentunya ada yang ketinggalan berita yang penting itu, tiada pilihan kalau kemampuannya tidak ada. Ikatan perkahwinan itu adalah wadah hubungan abadi, tentunya seperti Adam dan Hawa, Yusuf dan Zulaiha sentiasa berkasih sayang, saling menghormati diantara satu sama lain, membawa kepda kemurahan rezeki dan keberkatan hidup sepanjang masa.

No comments: