Tuesday, November 25, 2008

Kesetiaan Seorang Sahabat.

Pemandangan Di Jabal Thur.
Persahabatan adalah sesuatu yang sangat perlu dalam hidup seorang insan. Tanpa ada seorang sahabat tiada tempat mahu mencurahkan kegembiraan atau pun kesedihan yang dilalui sepanjang hidup ini. Kemunkinan untuk mendapatkan seorang sahabat yang setia dan sanggup berkongsi kesusahan dan kesenangan memang masih ada. Tetapi dengan adanya faktor2 perbezaan kemewahan dan pangkat dan boleh jadi fahaman politik, menyebabkan keharmonian persahabatan itu terus menjadi hambar, mendapatkan seorang sahabat yang setia itu sukar menjadi kenyataan.
Kesetiaan sahabat2 Nabi saw, terutamanya Saidina Abu Bakar Alsiddik adalah satu tauladan yang tidak dapat dilupakan. Beliau sanggup bersama Nabi dalam apa keadaan sekalipun. Kesetiaannya yang paling mencabar sekali adalah semasa Nabi Muhammad saw mengajaknya berhijrah ke Madinah, dimana pada ketika itu kafir Quriasy Makkah bertekad mahu membunuh Nabi saw. Selama beberapa hari bermalam di gua Jabal Thur, tidak terperikan kebimbangan yang dialaminya, dikhuatiri ditemui oleh musuh2 Nabi saw itu, kerana gua tempat bersebunyi itu tidak dalam, Nabi menenangkannya, sehingga mereka dapat dan selamat melakukan hijrah ke Madinah Almunawarah. Saidina Ali bin Abu Talib kaw sanggup tidur ditempat tidur Nabi saw pada hal kafir2 Quraisy menunggu saat untuk membunuh nabi, keselamatan dirinya tidak menjadi penting kerana taatkan Nabi saw, disamping mahu menegakkan agama Islam. Asma' binti Abu Bakar radial Allahu anha, satu idola serikandi yang sangat berani dan setia kepada Nabi saw. Beliau sanggup datang ke gua itu, membawa makanan yang dililitkan dipinggannya untuk Nabi saw dan juga ayahnya Abu Bakar, pada hal orang2 kafir Quraisy, sedang kesitu mencari Nabi saw. Jabal Thur yang terletak di luar kota Makkah itu adalah menjadi saksi kesetiaan persahabatan yang tidak ternilai, dan doa dan harapan kita semua semoga tauladan yang ditunjukkan itu menjadi pula ikutan kita dalam menempuh hidup yang ada ini.

No comments: