Wednesday, August 16, 2017

Angangan2 hidup.

Sejak umur mudaku, aku rasa senang mempunyai ramai kawan apa lagi kalau kenalanku itu suka bertimbang rasa diantara satu sama lain.

Lazimnya bila keluar bersama rakan tulan, lumrahnya singah dikedai makan minum, ambil makanan bersama. Sekali kita belanja diwaktu yang lain sepatutnya kawan kita belanja, ada rasa berlebih kurang. Bagi aku faktur ini penting untuk mengikat persahabatan.

Kalau sudah berjauhan selalu bertanya khabar. Dalam usiaku sebegini masih ada ingatanku bertemu sahabat apalagi sanak, tapi faktor masa dan kesempatan jadikan angan2ku tidak terlaksana. Aku sempat bertanyakan lewat laman sosial via internet. Hablum minallahi, wahablum minannasi.

Prinsipku dalam berteman bersahabat aku suka kepada mereka, kalau mereka juga senang  denganku. Aku tidak berkecil hati dan sedia menjauhkan diri. Read More ..

Tuesday, August 15, 2017

Sahabat alam.

Betemankan dengan kucing2 aku tidak merasa jemu kadang2 hingga berjam2 aku leka melihat mereka bermain bekejar2an kadang2 seperti mereka mempersembah kan pencak silat aku rasa riang dan senang melihat telatah dan kelucuan mereka.

Kucing binatang kesayangan Nabi Muhammad s.a.w. baginda juga ada mempunyai seekor kucing namanya Muizza. Air liur kucing tidak najis. Kalau kucing menjilat air minum dalam bekas berisi air, airnya masih bisa digunakan untuk uduk. Ternyata nabi menyayangi kucingnya itu. Pernah Muizza itu tidur diatas jubahnya, sedangkan Nabi mau keluar solat, sanggup Nabi s.a.w. mengunting lengan jubahnya itu.


Aku sayang kucing aku rasa puas bila beri mereka makanan mereka suka makan dan menghabiskan makanan yang aku beri itu. Sama2 kita menyangi kucing kalau mereka minta makanan berilah sedikit makanan kepada mereka. Mudah2an Allah memberi kelapangan rezeki kepada kita.


Read More ..

Monday, August 14, 2017

Berpaut didahan tua.

Pokok mangga dikebuanku ini berumur lebih sepuluh tahun. Pada umurnya kira2 empat tahun ia sering berbuah lebat. Sekarang buahnya mulai kurang, jika berbuah pun adalah sebiji dua tidak selebat masa kemaren tu mujurnya ia masih hidup. Kata orang pokok mangga boleh hidup hingga seratus tahun.

Kadang2 setahun sekali aku taburkan juga ia baja supaya subur dan mengeluarkan buah.

Kalu difikirkan pokok mangga ku ini sehingga sebesar ini tentu sudah tentu memakan masa yang lama menjaganya. Aku terus menjaganya supaya ia terus subur dan berbuah.

Buahnya itu kalau aku tidak dapat memakannya, dimakan oleh manusia mahupun binatang atau burung adalah sadakah, insya Allah.
Read More ..

Friday, August 11, 2017

Beralih angin.


Aku dan isteri sudah enam bulan tinggal dipondok kebun. Kayaknya duduk dirumah peranginan ditepi pantai. Apa tidaknya angin sentiasa bertiup pelbagai arah kadang2 dari utara dan kadang2 selatan, rasanya sejuk dan nyaman.

Pada mulanya aku ingin jadikan pondok kebun yang aku bena itu homestay ala kampung. Bila difikir dan dibincang balik dengan isteri, ternyata aku tidak mampu menguruskannya, cadangan itu dibatalkan. Pilihan terbaik didudukki oleh diri sendiri.

Pepohon buah2an yang ada dikebunku itu, memberi kehijuan sejuk mata memandang. Ada sanak yang datang menziarahi aku mengatakan duduk dalam kebun itu bagus memberikan udara yang bersih merasa aman dan nyaman.

Alhamdulillah aku cuma merancang, ketentuan semuanya  itu datang dari Allah. Aku bersyukur kepadaNya. Read More ..

Wednesday, August 9, 2017

Masa duluku dan kini.


Kegemaran, keseronokan, kesukaanku menulis sesuatu apa juga yang terfikir dalam ingatanku masih subur tetapi cuma yang berkaitan dengan diri sendiri . Barangkali berkenaan hobi diriku ini terbawa-bawa hingga kini.

Dulu hobiku gemar keluar berjalan makan angin, apa lagi kalau sambil wisata itu dapat pula menyambung salatulrahimi. Semasa awal remajaku kerana suka keluar melihat tempat dan kawasan orang yang lain dari keliling rumahku, pernah mengayuh besikal tuaku hingga berbatu-batu. Setelah sampai ketempat yang dituju, berhenti rehat sekejap sambil minum air batu campur (abc) berkayuh balik pulang kerumah. Kemahuan ada, duit tak ada nak naik bas.

Sekarang pun hobi aku berjalan mengambara diluar melihat dunia masih berkubar-kubar, barangkali masa dan waktu yang tepat itu belum sampai. Hingga saat ini aku baru sampai ke Arab Saudi, Jeddah, Makkah dan Madinah, ke Indonesia: dumai, pekan baru, padang, bukit tinggi, jakarta dan bengkulu kesemua perjalananku itu tujuannya sama ada bentuk ibadah isterahat atau silatulrahimi mengimbau banyak kenangan dan pengalaman suka duka hidup yang sukar dilupakan.

Dalam menunaikan ibadah pun ada banyak pengalaman sosial yang tidak terungkapkan. Read More ..

Ibu mithali.

Aku ada seekor kucing, aku namakan dia Boyot. Nama itu aku berikan semasa dia datang kerumahku ia sarat hamil/mengandung/bunting dalam jangkaan melihat kepada perutnya tentu entah beberapa ekor anaknya akan lahir.

Boyot selamat melahirkan anak kembar enam ekor, sehat dan ceria semuanya. Setiap hari boyot datang makan aku minta dia bawa anak2nya kerumahku. Dia tunaikan permintaanku itu.

Anak2nya aku berikan nama masing2, Lion, Leo, Asad, Singa, Lepoed dan Nini Jonier.

Boyot setiap kali aku berikan makanan seperti ikan yang agak besar digunggungnya ikan itu dibawa kepada anak2nya. Kalau aku beri makanan ikan yang dihiris kecil dia tidak/belum mahu makan sebelum anak2nya dapat sorang satu.

Aku beri makanan bila ia minta kerana kesihan melihatkan ia memberi susu badannya setiap kali anak2 mahu.

Begitu lah keadaannya Boyot dalam penjagaanku. Aku sayang Boyot dan anak2nya mereka memberikan aku tenang hilang rasa stress.
Read More ..

Tuesday, August 8, 2017

Menempoh hari tua.

Barangkali hidup dihari tua adalah peringkat akhir dalam kitaran hayat seseorang hidup didunia ini. Sudah dilalui masa kanak2, remaja dan dewasa. Kegembiran kemurungan, kesenangan dan kesusahan sudah dilalui mungkin peringkat dan kadarnya berbeda dengan status dan sosial masing2.

Aku rasa bersukur dengan segala rezeki dan nikmat yang dikurniakan oleh Allah sehingga kini. Adik sanak yang dekat mahupun jauh sebahagian besarnya telah aku temui walau pun tidak semua yang aku ingat nama2 mereka. Ada cukup rezeki untuk makanan dan minuman ala kadarnya, dan sebuah rumah sedarhana untuk aku tinggal bersama isteri.

Aku sedar umurku semakin berkurangan padahal bekalanku untuk masa akan datang, hari akhirat masih kekurangan. Doaku setiap hari memohon ilmu yang memberi menfaat rezeki yang luas, badan yang sehat cepat sembuh bila sakit luar dan dalam.

Badan yang sehat fikiran yang tenang dan waras dapat menolong galakan menunaikan segala amalan yang disuruh dan berupaya meninggalkan segala larangan dan yg ditegah oleh agama islam.


Read More ..

Monday, August 7, 2017

Asam gelugur.

Dalam kebun aku ada menanam sepokok asam gelugur, semenjak dia mula berbuah boleh dikatakan sepanjang masa ada sahaja buahnya sama ada lebat atau pun kurang.

Pokok asam gelugur kalau dia mula berbuah sangat senang dijaga. Apa tidaknya buahnya bila sudah masak ia gugur sendiri dan kutip sahaja hasilnya, seperti buah durian.

Buah asam gelugur ini dipotong tipis dan dijemur hingga kering. Kalau cukup kering ia tahan lebih lama, namanya orang panggil asam keping. Biasanya asam keping ini sesuai untuk dimasukkan kedalam masakan terutamanya dalam gulai. Buah asam gelugur ini boleh juga dibuat asam basahnya, masukkan barang sehiris dua dalam gulai ikan daging.mahupun sayuran rasanya enak dan sedap. Read More ..

Saturday, August 5, 2017

Memelihara kucing.

Kucing binatang jinak dan mudah mesara
Dengan maknusia.
Aku rasa terhibur dengan kehadiran mereka
Apalagi kalu dipanggil namanya dia datang
Aku ada lebih dari 10 ekor kucing. Yang sangat

  1. Menghiburkan masakini Boyot dengan anak2nya. Anak Boyot 6 ekor, bila ia menyusukan anak2nya aku suka tengok mereka berebut2 tempat, ibunya kool aja sangat menyangi anak2nya.
Read More ..

Sunday, March 19, 2017

Pantasnya Perjalanan waktu.

Umurku yang telah mencapai 76 tahun ini, sering sahaja tidak sehat, apalagi setalah sakit hampir tiga bulan, Sekarang alhamdulillah udah beransur sehat.

Dengan kesehatan yang ada ini ini aku ingan menfaatkan sepenuhnya dengan aktiviti yang lebih bermakna dan memberi semangat utuk menuli sesuatu dalam blog anakbengkulu ini, Barangkali dalam jangka waktu yang kedepan ini, ada cucu2 yang berminat dalam penulisan atuknya.

Masage yang mahu disampaikan ialah hubungan silatulrahimi yang berterusan.

Kiri jalan kanan pun jalan,
Jalan lurus menuju ke tebat..,
Atuk  berpesan kepada sekelian,
Kukuhkan ukhuwah hubungan erat.. Read More ..