Monday, September 4, 2017

Diluar jendela.

Desaku walaupun sejauh lebih dari 5 km dari pekan gemas tetapi kesibukan lalu lintas jalan didepan rumahku agak sibuk juga dengan kenderaan bermotor.

Seawal jam selepas solat subuh udah mula kedengan bunyi mesin/enjin kenderaan hilir mudik, samada motor mahu pun kereta dengan tujuan perjalanan masing2.

Didesaku ini sumber rezeki penduduknya, terdiri dari karyawan pemerintah, swasta pedagang mahupun kerja sediri. Karyawan pemerintah ada macam2 yang agak ramai bilanganya ialah guru kalau swasta terdiri dari staff/karyawan kilang dan sektor2 yang lain.

Karyawan sendiri pula rata2 adalah penoreh getah/karet. Mereka senang dengan punca rezeki masing2.

Aku pula seorang pesara kaki tangan kerajaan. Pesara guru, penghasilan pencen bulanan tidak banyak, memadai untuk menampung hidup suami isteri, tidak terburu2 keluar mencari rezeki, sesuai pula dengan kekuatan masa kini.

Aku senang melihat adik sanak dan kawan2 keluar menuju distinasi masing2 mencari rezeki untuk diri dan keluarga. Doaku semoga perjalanan kalian lancar dan aman.

No comments: