Thursday, June 5, 2014

Rintetan Waktu.

Aku rasakan masa berjalan pantas, peredaran dari satu hari ke hari besoknya terlalu pantas, semacam tidak cukup waktu hendak menunaikan tugasan dan keperluan.

selepas solat subuh, cuma mengambil sedikit masa untuk membacakan dua lembar al quran sebagai amalan harian menghayati dan membiasakan diri dan lidah menyebut ayat2 suci al quran itu. kemudian ambil sedikit kesempatan beriadah dalam bilik yang aku sediakan khas, sebelum mengambil minum pagi/breakfast.

ada waktunya pula aku merasa malas  mahu keluar ke pasar mencari keperluan makanan sayur2an, memadai mana yang ada makanan di rumah, kadang2 cuma makan dengan lauk yang sedarhana sahaja sebagai mengalas perut seharian itu.

tidak beberapa hari lagi kita akan menyambut kedatangan bulan puasa, ramadhan al mubarrak, bulan penuh barakah, akan cuba seberapa daya ambil kesempatan menyempurnakan menununaikan kewajiban dalam bulan suci itu. aku sentiasa berdoa semuga kami sehat, bertenaga dan senang hati sambil beribadah insyaallah.

salam untuk semua, selamat berpuasa.
cuba membisakan diri dengan membaca al quran setiap hari apatah lagi di sepanjang bulan ramadhan ini.
Read More ..