Tuesday, September 12, 2017

Langit cerah hari ini.

Cuaca pagi ini cerah, namun angin bertiup perlahan terasa dikulit tanganku sejuk dan nyaman. Kesegaran semua itu menyumbang rasa tenang dan ceria fikiran dalam masa yang sama aku rasa sehat dan bahagia, aku bersukur.

Biarlah hati seputih awan selalunya begitu kalau ada tumpok2 hitam, mendung biarlah berlalu hilang bersama curahan hujan.
Hujan memberikan air bukan sahaja diperlukan oleh manusia tetapi juga semua makhluk, haiwan tumbuh2an flora dan fauna juga bumi. Ia menebabkan udara menjadi sejuk dan nyaman.

Pokok buah2an dikebunku udah ada yang mulai ngeluarkan bunga tandanya ia serasi dengan air hujan yang menyiram daun dan batang yg langsung keakarnya menjadi senang ia mengeluarkan bunga mudah2an saja biarlah bunga2 itu menjadi buah.

Aku senyum kepusan semoga pokok buah2an itu menjadi lebat dan selamat dan aman dari musuh perosak sampai masak, boleh kita sama2 merasakan buahnya.


No comments: