Friday, September 29, 2017

Tatapan diri

Sepertinya setiap detik masa berlalu itu memberi isyarat perubahan diri sama ada dari segi rohani apalagi jasmani. Penilaian dan pemantauan ini aku buat terhadap diri sendiri. Apa tidaknya kayaknya ingatanku tidak setajam dahulu, mudah lupa. Kekuatan tidak segagah kemaren, beban 10 kg pun udah berat menjenjengnya apalagi kalau lebih dari itu.

Semua itu baik untuk dijadikan pelajaran diri dan mungkin juga orang sekeliling kita, yang nampak perubahan yang ketara pada diriku. Bak kata pepatah arab" lisanulhal afsahu min lisanil maqal ". Keadaan diri perubahan diri seseorang itu nyata, lebih nampak jelas dari kata2.

Perubahan demi perubahan yang aku lalui memberi makna dan pelajaran kepada diriku. Masa muda yang aku lalui itu, sempat juga memberi sumbangan sebanyak sedikit kepada masyarakat setempat, baik dalam pertubuhan belia mahupun badan agama. Sebagai rakyat Malaysia aku juga pernah menceburu parti politik, tapi tak sampai kemana, maklum sahaja ramai orang yang lebih cerdik dari aku disitu.

Sekarang aku tidak lagi berkecimpung dalam politk, hanya mengikuti arus perkembangnya dari semasa kesemasa melalui laman2 sosial dalam duniamaya "dumay". Apabila sampai masanya, pilihanku adalah yang terbaik atas pertimbanganku sendiri.


No comments: