Monday, October 2, 2017

Langkah kiri.

Ternyata aku ini belum masak dengan permainan tipu helah manusia dizaman serba maju dalm teknologi secanggih ini. Udah beberapa kali aku ditipu dan tertipu secara langsung atau tidak, dengan watak2 baik dan mempamerkan diri kayaknya mahu menolong dalam masa yang sama mereka berniat jahat dan berhati lanun.

Kelemahan diriku ini mudah percaya kepada orang yang sepertinya mahu menolong sesama. Aku tidak dapat mejangka membezakan niat jahat mereka. Diatas kelemahanku itu barangkali mereka ambil kesempatan, yang menyebabkan aku rugi masa dan sekaligus material.

Apa yang menjadi masalah aku sekarang ialah hendak menentukan memimih mana satu watak baik dan mana satu sebaliknya orang2 yang diluar sana sama ada di alam nyata mahupun didunia maya.

Manusia dalam dunia ini sudah bertambah ramai, banyak udang banyak garam..banyak orang banyak ragam. Apa lagi cara mendapat kan pitis dengan menipu orang lain adalah tidak baik dan berdosa dari segi agama, tentu ada pembalasannya nanti.

No comments: