Wednesday, August 9, 2017

Ibu mithali.

Aku ada seekor kucing, aku namakan dia Boyot. Nama itu aku berikan semasa dia datang kerumahku ia sarat hamil/mengandung/bunting dalam jangkaan melihat kepada perutnya tentu entah beberapa ekor anaknya akan lahir.

Boyot selamat melahirkan anak kembar enam ekor, sehat dan ceria semuanya. Setiap hari boyot datang makan aku minta dia bawa anak2nya kerumahku. Dia tunaikan permintaanku itu.

Anak2nya aku berikan nama masing2, Lion, Leo, Asad, Singa, Lepoed dan Nini Jonier.

Boyot setiap kali aku berikan makanan seperti ikan yang agak besar digunggungnya ikan itu dibawa kepada anak2nya. Kalau aku beri makanan ikan yang dihiris kecil dia tidak/belum mahu makan sebelum anak2nya dapat sorang satu.

Aku beri makanan bila ia minta kerana kesihan melihatkan ia memberi susu badannya setiap kali anak2 mahu.

Begitu lah keadaannya Boyot dalam penjagaanku. Aku sayang Boyot dan anak2nya mereka memberikan aku tenang hilang rasa stress.

No comments: