Wednesday, August 23, 2017

Sebuah harapan.

Langit cerah didesaku hari ini, cuma ada beberapa kumpulan awan putih menghisi langit yang biru cerah itu, menjadikan satu lukisan yang menarik ciptaan Ilahi. Tidak ada awan hitam yang membawa hujan. Biarlah kecerahan ini bukan sahaja didaerah bahkan negaraku sampai kepetang bukan cuma untuk hari ini tetapi biarlah selalunya begitu.

Aku menaruh harapan satu ketika nanti diberikan aku rezeki dan keupayaan, cocok buatku melihat pemandangan alam yang berlainan warna warninya, mengkagumkan yang menarik dan ajaib menjurus kepada keagunganmu oh tuhan.

Kayak baru kemaren aku berkesempatan menyaksikan pandangan indah waktu sore sunset diPantai Panjang Bengkulu Indonesia pada hal tanggal dan waktu itu telah berlalu sekian lama. Barangkali keunikan dan keindahan pemandannya itu berbeza ditempat2 lain. Masih ada dalam ingatanku. Mahu aku terjemahkan dalam kenvas lukian atau pun susunan ayat2 puisi, aku belum mampu.

Akan aku unyukan dahulu, mana tahu ada kesempatan dan rezeki menyaksikannya sekali lagi keindahan itu bersama adik sanak, cucung2 dan cicit2 dinegeri sebarang itu. Insya Allah.


No comments: