Monday, August 7, 2017

Asam gelugur.

Dalam kebun aku ada menanam sepokok asam gelugur, semenjak dia mula berbuah boleh dikatakan sepanjang masa ada sahaja buahnya sama ada lebat atau pun kurang.

Pokok asam gelugur kalau dia mula berbuah sangat senang dijaga. Apa tidaknya buahnya bila sudah masak ia gugur sendiri dan kutip sahaja hasilnya, seperti buah durian.

Buah asam gelugur ini dipotong tipis dan dijemur hingga kering. Kalau cukup kering ia tahan lebih lama, namanya orang panggil asam keping. Biasanya asam keping ini sesuai untuk dimasukkan kedalam masakan terutamanya dalam gulai. Buah asam gelugur ini boleh juga dibuat asam basahnya, masukkan barang sehiris dua dalam gulai ikan daging.mahupun sayuran rasanya enak dan sedap.

No comments: