Monday, August 21, 2017

Kenangan mengusik jiwa.


Berat rasa hati meninggalkan rumah ini kosong, dikeranakan oleh berbagai foktor. Fator utama rumah bahagian dapur udah mulai rosak dimakan anai2, terutama kayu siling dan kayu2
lain dibahagian dapur masak.

Hendak dibaik pulih sudah tidak sesuai lagi maklum sahaja perkayuan siling dan gegulung nya kebanyakannya sudah rosak, sukar dibaikki. Hendak dibena semula kos benaannya tinggi memerlukan kos berganda; kos untuk bongkar lain dan kos benaan lain, jadinya kos berganda.

Mujurlah pondok kebun dapat aku siapkan, aku dan isteri pindah duduk dikebun. Walau bagai mana jua pun kalau tidak ada hal melintang saban hari aku dan isteri datang membersihkan nya mana yang patut.

Rumah itu sudah lebih empat puluh tahun usia nya. Rumah utama ini masih kukuh, perkayuan nya terdiri dari kayu resak, masih kuat dan utuh rumah pertama kami bena secara berdikit.

Tidak disangka apa2 pun boleh berlaku, walau bagaimana juapun tidak aku mendudukinya sekarang mana tahukan kalau bukan aku tinggal didalamnya mungkin anak2 atau cucu2 wallahu aklam.





No comments: