Monday, August 21, 2017

Desa bercahaya.

Cahaya sememangnya sesuatu yang sangat perlu dalam hidupku. Aku tidak mampu melangkah tanpa cahaya. Apa lagi kalau dalam kegelapan.

Halaman rumahku terang benderang limpahan  cahaya lampu rumah ditambah oleh sinaran lampu jalan, aku rasa senang dan aman tinggal didalamnya. Desaku bercahaya, ini barangkali lampu2 dan lampu jalan dipasang oleh pemerintah kerana hendak memeriahkan sambutan ulang tahun kemerdekaan negeriku pada 31 ogos ini, jadi keriangan dan semangat cinta  negara hidup subur.

Tanggal  22 ogos 2017 hari ini adalah ulang tahun kelahiranku yang ke 77 tahun. Aku masih diberi rezeki untuk bernafas seterusnya. Usia 76 tahunku sudah aku lalui dalam pelbagaian rasa kecintaan belas dan kasih sayang yang menitiskan air mataku yang tidak mungkin dapat aku balas tersimpan dalam memory ingatan dilubuk hatiku.

Aku sentiasa mencari dan mengharap cahayaMu Ilahi untuk menyuluh hidupku kejalan yang lurus "siratul mustaqim". Dan mambawanya kepada penyudahan hidupku "khusnil khatimah".
Amin ya rabbalalalamin.. alhamdulillah.. allahumma salli ala Muhammad.


No comments: