Saturday, November 8, 2008

Jabal Rahmah "Pertemuan Kasih Sayang".

Bersama Ustaz Taufik Berlatarkan Jabal Rahmah.

Perjalanan umroh adalah tidak lengkap kalau tidak diatur lawatan ke Arafah. Tempat perhimpunan umat Islam seluruh dunia untuk mengejakan haji. Pada musim haji digambarkan padang Arafah adalah seumpama padang Mahshar dihari akhirat, cuma himpunan ini terdiri dari muslimin dan muslimat sahaja. Pakaian ihram yang tidak berjahit bagi orang laki2 diumpamakan seperti kain kapan, pembalut tubuh bagi orang yang telah meninggal dunia. Tempat ini dikatakan tempat diantara Nabi Adam dan Siti Hawa bertemu setelah berpisah dalam masa yang panjang, setelah mereka berdua diperintahkan oleh Allah keluar dari syurga. Jabal Rahmah adalah tempat yang dimaksudkan itu, tidak dapat dilafazkan dengan kata2 kedua insan itu bertemu semula didunia ini. Barangkali ada jumaah mengambil peluang berdoa memohon agar kasih sayang mereka dieratkan seperti eratnya hubungan diantara Nabi Adam dan Siti Hawa. Barangkali ada yang berdoa ya Allah, ya Rahman, ya Rahim, temukanlah aku dengan jodohku, kalau sekiranya jauh engkau dekatkan, kalau sekiranya lambat engkau cepatkan, sesungguhnya Engkau Maha Pemurah Lagi Mengasihani.

No comments: