Thursday, November 6, 2008

Idulfitri Almubarrak Di Makkah Almukarramah.

Suasana Sambutan Idilfitri Di Makkah.

Menyambut hari raya idilfitri di tanah haram Makkah Almukarrah adalah satu pengalaman yang menggembirakan dan satu kepuasan yang sukar dilupakan. Jutaan umat Islam berkumpul di Makkah, mengerjakan umroh dalam bulan Ramadhan, seterusnya menyambut kedatangan Syawal. Pada malam raya itu, dijalan2 raya yang menuju kemasjid dari hotel2 tempat kediaman jumaah penuh sesak, laungan takbir, Allahuakbar Walillahilhamdu, terdengar disana sini dalam arus kesesakan umat Islam yang ramai itu, yang bertali arus, barangkali suasana demikian hingga sampai kepagi.


Pada pagi raya itu selepas solat subuh kebanyakan jumaah tidak pulang lagi kehotel. Mereka terus berada di Masjid Alharam bersama dengan Imam Haramian. Laungan takbir kedengaran jelas, bersemangat bergembira menyambut kedatangan satu Syawal. Jalan raya menuju kemasjid sudah penuh, sudah tidak dapat ditempuhi lagi. Bukan sahaja dijalan2, dikaki lima kedai pun sudah penuh sesak. Bagi mereka yang terlambat sedikit kemasjid, tiada pilihan lain, melainkan menunaikan solat sunat idilfiti secara berdiri sahaja. Sesungguhnya solatku, ibadahku hidupku dan matiku kerana Allah semasta alam.

No comments: