Thursday, November 20, 2008

Lambaian Ka'bah.

Bergambar Selepas Selesai Menunaikan Tawaf Sunat.
Menjadi tetamu Allah ditanah haram Makkah Almukaramah adalah satu kesyahduan dan kesyukuran yang tidak dapat diungkapkan dengan kata2. Ada ramai lagi diluar sana yang belum dapat undangan untuk menjadi tetamuNya. Pada hal mereka mampu dan berupaya bukan sekadar ongkos ke tanah suci itu bahkan yang lebih mewah, namun mereka belum berkesempatan untuk datang pada kali ini. Ada ramai orang yang sehat dan kuat, namun mereka juga belum dijemput.
Yang menjadi tetamu Allah itu, mungkin mereka berdikit2 mengumpulkan wang, mungkin mereka sakit dimana-mana, lemah, kadang2 memerlukan sokongan berkerusi roda mahupun bertongkat, pada hal mereka masih diberikan kesempatan hadir sebagai tetamu Allah. Alhamdulillah..
Peluang dan kesempatan yang ada hendaklah dihargai sepenuhnya dengan ibadah2 terutamanya tawaf di Baitullah, sebab kesempatan bertawaf itu cuma ada ditempat yang mulia ini sahaja. Panjatkanlah doa, memohon apa sahaja untuk diri sendiri, keluarga, sanak saudara yang baik2 untuk hidup didunia dan akhirat. Ka'bah itu Baitullah, padanya terdapat tempat2 yang mustajab berdoa diantaranya Multazam, Pintu Ka'bah, Maqam Ibrahim, Hijir Ismail, Rukun Yamani, Hajar Aswad dan diantara Hajar Aswad dan Maqam Ibrahim.
Ya Allah Tuhan yang mengambalikan sesuatu, kembalikanlah aku ke Baitullah ini lagi. Ya Allah murahkan rezekiku supaya dapat kembali menzarahi Baitullah berulang kali dengan bertaubat, beribadat, mengucap syukur dan puji-pujian. Amin....

No comments: