Tuesday, December 23, 2008

Atuk Belajar Komputer 1.

Memang banyak perkara mengenai komputer ini, yang atuk tidak tahu, walau pun udah banyak makan garam kata orang. Atuk coba belajar sebanyak mungkin dari cucu atuk itu. Pada mula dapat laptop ini anak atuk no 2 itu yang ajar cara2 sign up untuk e-mail, langsung sign up sekali untuk blog. Katanya dua perkara ini adalah yang penting untuk atuk supaya bisa berhubungan dengan cucu2 yang di Jakarta mahu pun yang di Bali itu. Blog pula katanya untuk menulis apa sahaja yang difikirkan, kalau mungkin ada yang membawa erti sendiri kapada datuk mahu pun cucu2 atuk. Disamping itu apa kata orang untuk menambah nilai kepada diri atuk. Hari ini atuk belajar download lagu, atuk risau kalau tidak sempat belajar dari cucu atuk itu, sebab perhidmatan internet ada ganguan sehingga 31 hb, Disember, ini sedangkan cuti belajarnya udah habis.
Bila anak atuk yang no 1 itu pulang ke kampung, atuk belajar bagaimana memasukkan imeg dalam blog atuk, seterusnya sign up untuk ym pula.

Hari atuk sungguh gembira, kerana semasa atuk mula belajar, cucu atuk kat Bali tu ym atuk, dia bertanyakan kabar atuk dan nenek dan menyatakan kerinduannya kepada kami dan minta doakan agar rencana perkahwinannya tahun hadapan bisa menjadi kenyataan. Sebaik sahaja cucu itu sign out, cucu seorang lagi yang di Jakarta itu ym atuk bertanyakan kabar, menyatakan yang beliau tengah libur (cuti) semester masa ini. Cucu itu juga meluahkan kerinduannya kepada atuk dan nek dari jauh. Dikeranakan ym2 dari cucu2 ini atuk hanya sempat belajar memfomat lagu yang didownload tadi untuk dicantikkan ke dalam blog atuk bila ada masa yang sesuai, untuk dapatkan keadaan selesa kepada anda pengunjung blog atuk. Apakah atuk berupaya belajar lebih banyak lagi ilmu2 berkenaan komputer ini? Atuk pinjam jawaban dari pengamal2 senaman berkata, "Untuk memulakan senaman itu, tidak kira apa peringkat usia sekali pun, sama ada berumur 70 tahun sekali pun, faedahnya akan dirasai oleh individu tersebut dari masa ke semasa."

No comments: