Wednesday, October 15, 2008

Perjalanan Umroh 1.

Perjalanan mengerjakan ibadah umroh, adalah satu2nya perjalanan menuju ke tanah suci Makkah Almukarramah untuk melakukan umroh itu sendiri. Kalau perjalanan itu terus sahaja ke Makkah, pemakaian ihram dibuat seawal di KLIA. Pelaksanaannya dibuat di Makkah dengan melakukan tawaf, saie dan bergunting.
Jika naik pesawat dari KLIA ke Jeddah sekurang2nya mengambil masa 8 jam, kalau terus ke Madinah Almunawarah sekurang2nya 10 jam. Dari Jeddah ke Madinah menaikki bus mengambil masa sekurang2nya 6 jam. Jika perjalanan umroh dalam bulan Ramadhan, masa berpusa harus ditambah 5 jam lagi, ini bermaknana jangka masa berpuasa adalah 17 jam. Bagi jumaah yang kurang ketahanan berpusa atas sebab2 tertentu seperti musafir, Allah mengharuskan ia berbuka kemudian dikadakan puasanya dihari yang lain sebaik saja pulang dari umroh, atau pun di Makkah itu sendiri kalau ada waktunya. Kepuasan perjalanan umroh itu sebaik sahaja sampai di Bendara Jeddah, adalah satu kelegaan apalagi kalu udah sampai di tanah Haram Madinah, adalah satu kepusan, ketenangan dan kegembiraan yang tidak terhingga. Segala penat lelah yang dialami dalam perjalanan sebelumnya semuanya terhapus sebaik sahaja melihat kilauan cahaya kegemerlapan lampu2 di Masjid Nabawi. Perasaan tidak tertahan2 mau kemasjid yg penuh rahamh itu, muka menjadi berseri dan ceria, apatah lagi gandaan pahala yang menunggu berlipat kali ganda. Tempat2 menjadi tumpuan ialah Makam Rasulullah dan Raudhah.

No comments: