Thursday, October 30, 2008

Perjalanan Umroh 3.

Masjid Quba' adalah masjid yang pertama dibena oleh Nabi Muhammad saw semasa beginda berhijah ke Madinah Almunawarah. Diantara kelebihan masjid Quba' ini, penziarah yang beruduk dirumahnya kemudian sembahyang dua rakaat dimasjid Quba' mendapat pahala sama seperti mengerjakan satu umrah.
Masjid Quba' yang pertama kali di bena oleh Nabi Muhammad saw adalah dari pelepah2 tamar tetapi telah tersergam indah, sama seperti masjid2 disekitar. Selain dari masjid Quba' penziarah2 Madinah juga pergi ke masjid Qiblatain iaitu dimana Rasulullah bersama orang2 Islam menunaikan solat ke dua arah yang bertentangan, iaitu ke arah Baitulmukaddis di Palastin, dan ke Baitullah, di Masjid Alharam di Makkah. Kesan dari perubahan arah kiblat tersebut terdapat dua buah menara yang menunjukkan arah masing2.
Semua ini adalah menggambarkan peradaban yang nyata yang dilalui oleh Nabi Muhammad saw dalam mengembangkan ugama Islam. Semoga kesusahan, kesabaran, ketabahan, keimanan, ketakwaan dan ketaatan pejuang2 Islam terhadap Rasulullah ini akan menambahkan keimanan kita kepada Allah dan Rasulnya.

No comments: