Monday, April 6, 2009

Memperingati Ulang Tahun Perkahwinan Yang Ke 40 (6.4.1969-6.4.2009)

Photo kenang-kenangan diambil pada tanggal 6.4.2009 menggunakan webcam.

Kemanisan dan kepahitan hidup yang dilalui selama 40 tahun itu masih basah dalam ingatan, semuanya akan disimpan sebagai harta yang tidak ternilai harganya. Air mata suka dan duka bukan sedikit tertumpah dalam perjalanan sejauh 40 tahun itu. Kesusahan hidup ibarat kais pagi makan pagi, udah menjadi kebiasaan. Kalu diibaratkan hidup bermula dengan usia 40 tahun, tentunya hari2 yang kehadapan ini, sewajarnya menampilkan kedewasaan.
Hasil perkongsian ini Allah kurniakan dua orang anak perempuan, yang dianggapnya sebagai puteri2, dalam sebuah rumah tangga yang seadanya sahaja itu.

Tidak lupa aku berdoa semoga perkahwinan ini panjang umurnya, banyak rezekinya, sehat badanya, berkekalan hingga akhir hayat.. amin.

3 comments:

Anonymous said...

semoga kasih sayang ayah dan mak melimpah ruah untuk along dan adik sampai bila2 selagi hayat dikandung badan.

Along sayang mak dan ayah. Terima kasih atas semua perhatian dan kasihsayang yang dicurahkan pada along selama ini...

razali_ahmad said...

amin..amin..ya rabbalalamin..
ya Allah kabulkanlah permohonan hambaMu ini..amin...
terima kasih atas do'anya.

razali_ahmad said...

amin..amin..ya rabbalalamin..
ya Allah kabulkanlah permohonan hambaMu ini..amin...
terima kasih atas do'anya.