Monday, January 11, 2010

Menjaga Kesehatan Diri.

Udara bersih, segar dan nyaman penting untuk kesehatan.

Seawal jam 8.30 pagi aku keluar ke klinik kesehatan di tempat aku, dengan tujuan mendapatkan rawatan susulan penyakit yang aku hidapi selama ini. Sebagai seorang muslim kita seharusnya berusaha, berikhtiar, berobat dan berdoa semoga Allah memberikan kesehatan yang baik kepada kita. Nabi Muhammad saw juga ada bersabda, setiap penyakit itu ada obatnya, kapada aku memahamkannya, bahawa kalau kita sakit harus berobat, berikhtiar mencari obatnya, kalau kita tidak reti, kita hendaklah menemui doktor, yang memang dia lah orangnya yang sesuai untuk mendapatkan rawatan penyakit kita itu, kalau doktor tak rasi carilah doktor lagi, pendeknya doktor adalah tempat yang wajar untuk kita mendapatkan obat.

Di klinik pagi ini, tidaklah berapa ramai orang datang meminta rawatan. Aku dapat nombor yang ke36. Biasanya penyakit seperti aku ini mendapat rawatan awal di bilik untuk penyakit2 yang tidak berjangkit, tetapi hari ini, dipintu bilik itu tertulis 'tiada', barangkali pegawai yang berkenaan cuti, atau apa2 masaalahnya, atau pun mulai tahun 2010 ini, rawatan diterima terus dari pegawai kesehatan, mahupun pegawai pembantu kesehatan di bilik2 mereka. Pada aku sebagai seorang pesakit luar yang telah berumur tua, mana2 pun baik belaka asalkan, menunggu untuk mendapatkan rawatan itu tidak terlalu lama. Hari ini alhamdulillah aku menunggu selama kira2 3 jam sahaja, mendapat rawatan, nasihat dan obatnya sekali, belum pun pukul 11.00pagi, aku sudah sampai di rumah semula. Aku kira proses aku mendapatkan rawatan barangkali hari ini adalah yang selesa sekali. Ia lah ternyata kesedaran rasa menolong dan tanggung jawab anggota kesihatan di klinik tempat aku, bertambah baik dan ikhlas hendaknya.
Aku ucapkan terima kasih kepada semua.

Barangkali orang yang seumur dengan aku ini, berpenyakit, akan bergantung terus dengan obat untuk menyambung kelangsungan hidup, sehinggalah umur tiada.


5 comments:

1 melayu said...

Assalamualaikum Wak,Ku kak anak bekulu juge.Bule kecek bulang.dikit dikit kecek serawai. Seronok bace laman blog wak kak. Aku embai jupe blog wak kak. Die sake ku ,ade juge wang bekulu nulis blog. Sikak baelah kudai. Harap wak jage kesihatan wak. Jupe lagi lain kali.

razali_ahmad said...

Waalaikum salam, terme kasih la,masih ade anak sanak enjuk semangat kat wak ni. Aku agam nian kalu sayapmelayang enjuk tau, jak mane nga? ape jak sungai choh, sg kembung, sg merab,ape jak kg bengkulu?,
terima kasih...salam.

1 melayu said...

Salam wak ,ku kak anak bengkulu berang. Ramai juge wang bekulu kat berang kak. Kalo bekulu berang tu ade due kapung , satu di Kg.Padang satu lagi di Selisik, Kg padang tu di Perak, selisik tu di Selangor, sepadan e sg, bernam tu bae. Mon kami ade gale sanak sedaro di berang kak. Mun yang tue tue tu banyak ninggal.Sikak bae lah kudai. Insyaallah jupe lagi

razali_ahmad said...

Salam sayapmelayang, alhamdulillah terimekasi, kalu behrang tu,tau lah wak, di tapan kami ni ade sikok uang bereang, namenya Bidin, la tue amak umurnye kire2 50 tahun, bigilah.. sematre ikak kita ziarah menziarahi via blog bae kudai, sape tau dapat betemu di lain waktu, salam.

Unknown said...

Assalamualaikum, selamat pagi

salam kenal dari Malang,Jawa Timur
menjaga kesehatan tubuh dan pikiran adalah bentuk syukur manusia kepada Tuhannya, Semoga saudara diberikan kesehatan selalu, Amin.

silahkan berkunjung di http://grosirsandalsehat.wordpress.com dan http://makanandietsehat.wordpress.com
terima kasih banyak