Saturday, March 7, 2009

Rabiual-Awal Bulan Maulud Nabi SAW.

Masjid Nabawi -Madinah, Kubah Hijau Makam Rasulullah SAW.

Dengan bismillah aku mulakan, selawat dan salam kepada junjungan, nabi Muhammad saw akhirul zaman, menyeru manusia kepada keimanan, ahli keluarganya orang terpilih, menunjukkan contoh amalan yang solih, sahabat2 semuanya bijak laksana, sanggup menempuh segala bencana, pengurbanan mereka tak ada tandingnya, tersebarlah Islam ke seluruh dunia.
Teringat aku firman Allah, mengatakan bahawa nabi Muhammad saw itu diutuskan adalah untuk menjadi rahmat kepada sekelian alam, kepada semua yang ada di atas alam ini sama ada yang nampak oleh mata kasar manusia atau pun yang tidak. Nabi Muhammad saw itu mempunyai akhlak yang sangat tinggi dan sangat mulia, tentunya ia dan wajar menjadi ikutan yang sangat baik.
Nasab nabi Muhammad saw itu sebelah bapanya ialah: Muhammad saw bin Abdullah bin Abdul Muttalib, dan sebelah ibunya ialah: Muhammad saw bin Aminah binti Wahab. Isteri Nabi saw yang juga ummahat mukminin ialah: Siti Khadijah binti Khuwailid mereka mendapat anak2 yang aku ingat diantaranya : Zainab, Abdullah, Rokaiyah, Kalthum, Kassim, Fatimah. Isteri2 yang lain ialah Saudah binti Zam'ah, 'Aisyah binti Abu Bakar Assidiq, Zainab binti Jahsy, Safiah binti Hai, Maimunah binti Alharith, Hafsah binti Umar Alkhatab, Mariah Alqibtiyah dan mendapat seorang anak namanya Ibrahimm, dan Ummu Salamah... Afwan li ya rasulallah inkuntu qultu laka khataan.. maafkan aku ya rasulallah jika apa yang aku katakan ini salah.
Aku juga mengajak pembaca blog ini berselawat kepada Nabi saw, Allahumma salli 'ala saidina Muhammad wa'ala aalihi wasahbihi wasallim, tanda syukur dan terima kasih sambil mengharapkan syufaatnya di akhirat nanti, membaca sirah Nabi dan membaca hadith2 Nabi saw. Kepadamu ya Allah tempat kami memohon, tunjukkanlah kami jalan yang lurus dan benar, kuatkanlah kami memegang ajaran Nabi Muhammad saw. Sepohon kayu daunnya rimbun, lebat bunganya serta buahnya, hidup di dunia bertahun2 kalu tak sembahyang apa gunanya.

No comments: