Monday, July 27, 2009

Persatuan Khairat Kematian Kg. Bangkahulu Gemas.

Diantara ahli yang hadir dalam mesyuarat tersebut.
Sebahagian ahli yang hadir dalam mesyuarat tersebut.
Kemaren aku sempat hadir dalam satu mesyuarat agung Persatuan Khairat Kematian tahun 2009, di balai raya kampungku. Ahli2 yang hadir adalah kira2 30% dari jumlah ahli yang seramai 92 orang itu. Barangkali hanya cukup memenuhi korom kehadiran ahli dalam satu mesyuarat agung seperti itu. Persatuan khairat kematian di kampungku ini amatlah sedarhana, kerana kampungku ini adalah sebuah kampung yang di ketagorikan sebagai kampung teradisi, kalu mau dikirakan penduduknya lebih kurang 500 orang sahaja.
Apa yang aku perhatikan dan fikirkan persatuan seperti ini adalah penting dan wajar dan memberi makna yang baik kepada penduduk setempat, selain dari mengiratkan hubungan silaturahim, dapat pula memberikan sedikit bantuan kepada anak sanak yang menghadapi kearalan itu secara bersama, tanda simpati dan takziah, kadang2 munkin ada diantara ahli itu tinggal jauh dari kampung, ada yang mungkin tidak sempat pulang di atas keuzuran masing2, jadi dengan sumbangan yuran tahunan yang sedikit itu, insyaallah seolah2nya ia telah bersama dalam susana kemurungan itu.
Yang paling jelas, sebanyak sedikitnya kewujudan persatuan seperti ini dapat menunai dan melaksanakan kewajipan ferdu kifayah agama Islam, barangkali dengan sedikit lancar. Persatuan ini hanya dapat memberikan sedikit bantuan kewangan yang barangkali cukup untuk membeli kain kapan dan keperluan lain yang berkaitan dengannya. Ya, kalu ada berlaku satu kematian orang Islam, maka wajiblah diuruskan empat perkara iaitu, dimandikan, dikapankan, disembahyangkan dan dikebumikan.
Kalu dulu apabila berlaku kematian di kampungku jenazah yang mau dibawa kekubur untuk dikebumikan itu, dipikul, ternyata cara ini udah tidak termampu lagi, walau pun ia baik, kerana gulungan yang tinggal di kampungku, boleh dikatakan 80% terdiri dari warga tua yang tidak sekuat kemaren lagi, apa yang dapat disediakan oleh persatuan ini adalah sebuah kereta tolak usung jenazah, ternyata kereta ini dapat meringankan sedikit beban, kalu mau membeli sebuah kereta jenazah khas, seperti di kebanyakkan tempat lain itu, persatuan ini sudah pasti tidak mampu, kecuali ya, kalu ada yang diluar sana tu berminat untuk berbuat kebajikan yang demikian, tentunya persatuan ini mengalu2kannya.
Mujurlah buat masa ini, menggali kuburan itu masih dibuat secara gotong royong oleh ahli persatuan, ahli kariah masjid dan sesiapa juga yang mau mendapatkan pahala fardu kifayah, persatuan cuma dapat menyediakan alat2 menggali secara manual, seperti cangkul, pungkis dan penggali tanah. Sebenarnya menggali kuburan ini juga memerlukan kemahiran. Aku berdoa semoga kebajikan ini dapat diteruskan sampai bila2, mengambil kesempatan ini aku mengajak penduduk, anak2 kampung ini terutamanya yang udah berkeluarga, tinggal jauh mau pun dekat marilah kita sama2 menyertai persatuan ini, insyaalah kalu yang berat sama2 dipikul dan yang rengan sama2 dijinjing, mudah2an kita dapat rasakan aman dan damainya, di kampung kita. Setiap yang hidup itu, akan merasai mati, bilakah waktunya? hanya Allah sahaja yang tahu.
Apa2 juga yang kita buat baik walau sebesar zarrah sekali pun, insyaallah akan dilihat dan diterima oleh Allah kebaikkan itu.

No comments: