Saturday, August 22, 2009

Persatuan Bengkulu Malaysia Cawangan Gemas.

Bridg. Jen. Dato' Nordin bin Hj. Rahok, AJK PBM induk menyampaikan bantuan menjelang Ramadhan al mubarrak dalam majlis tersebut.

Kemaren aku berkesempatan hadir dalam mesyuarat agung penubuhan cawangan Persatuan Bengkulu Malaysia, untuk cawangan Gemas, Negeri Sembilan. PBM ini telah ditubuhkan pada 23 hb Disember 1992, di peringkat induk, dan baru sahaja mau dibuka cawangannya di kampung Bangkahulu dan diberi nama PBM cawangan Gemas.
Di antara aktiviti PBM ialah untuk menghubungkan silatulrahim di kalangan masyarakat keturunan Bengkulu yang dianggarkan ada seramai 50,000 orang di seluruh Malaysia. Mereka tinggal di merata2 tempat. Sekarang ini mereka bukan lagi tinggal di kampung2 dekat sungai, seperti di Sungai Choh, Sungai Kembung, Sungai Merab dan lain2, tetapi juga, bagi genarasi kedua, ketiga dan seterusnya udah tinggal di bandar2, di taman2. Pembentukan keluarga juga udah berubah, anak2 Bengkulu tidak lagi memilih jodoh sesama keturunan sahaja bahkan udah pergi lebih luas dan jauh lagi, akibat dari perubahan sosiobudaya tempatan masing2. Barangkali PBM ini adalah satu2nya jaringan untuk mengetahui kalu tidak dapat mengenali di antara satu sama lain secara dekat. Selain dari itu bertujuan menarik genarasi muda sama2 menghidupkan warisan, budaya dan adat warga Bengkulu, terutamanya penggunaan bahasa Bengkulu, bulang mau pun serawai, yang kurang dipraktikkan lagi.
Apa yang diharapkan Persatuan ini dapat berdiri teguh dan mempunyai ikatan silatulrahim yang lebih kuku.

1 comment:

Ansar said...

Haru, kagum dan bangga warga keturunan Bengkulu yang berada jauh dari daerah asalnya dan berbeda negara membuat sebuah persatuan untuk menghimpun dan menjaga tradisi daerah asalnya.
Membaca tulisan ini membuat aku bangga menjadi anak Bengkulu.