Sunday, December 6, 2009

Kegembiran Hidup.

Tiba2 kereta/mobil macet di perjalanan.

Perasaan gembira memang sesuatu yang menyenangkan hati. Kadang2 yang membuatkan kita rasa begitu bukanlah mendapat sesuatu yang besar dan luar biasa. Cuma mendengar khabar sanak saudara mahu pun sahabat memperolehi sesuatu nikmat atau terlepas dari kesusahan, kita juga turut rasa gembira, jika dikasi tahu hal itu secara langsung kepada kita.

Alhamdulillah bangun pagi ini aku rasa gembira, sehat dan dapat lakukan sedikit senaman pagi. Sebaik lepas sarapan pagi menghantar isteri ke klinik, dan terus ke pasar membeli ikan. Walau pun seawal pagi tadi dikejutkan dengan insiden cermin/skrin depan kereta anak yang mau pergi kerja pecah dekat nilai, dan sempat kasi tau dia langkah2 yang pertama harus dilakukan, ialah memberi tau ofis tempat kerjanya itu akan kemalangan cermin pecah itu, munkin terlewat ke pejabat, seterusnya cari bengkel kereta yang selalunya ada menjual dan memasang skrin kereta. Isteriku menghubungi anak saudaranya yang tinggal di seremban itu, kalau2 ia tahu mana2 bengkel yang berkenaan. Dia menunjukkan tempat itu, lalu aku menghubungi anakku mau memberitahu tempat yang berkenaan. Anakku memberitahu aku ianya udah sampai ke bengkel kereta dan sedang berurusan memasang skrin tersebut, hasil dari maklumat dari seorang kawannya yang ada di seremban itu.

Besar rasa hatiku dan terasa kegembiraan hasil dari hubungan muhibbah keluarga mau pun sahabat2 yang baik dan setia.

No comments: