Friday, December 11, 2009

Sakit Telinga.

ember 12, 2009 - Saturday


Category: Life
Sejak tiga hari yang lepas aku dapat sakit telinga. Yang aku ingat inilah pertama kalinya mendapat sakit telinga yang benar2 sakit. Aku pergi ke klinik di tempat aku untuk mendapatkan rawatan. Pembantu kesihatan di klinik itu memeriksa telinga aku, ia mengatakan dalam telinga aku udah tersumbat oleh tahi telinga yang telah kering dan keras. Oleh kerana sudah kering dia mencengkam ke tebing2 dalam telinga aku itu, dia membuatkan aku merasakan sangat sakit. Kalau dibiarkan begitu tidak dirawat, semakin hari ia bertambah sakit. Bukannya aku tidak pernah mengorek telinga aku, barangkali korekkan yang aku buat itu tidak menepati sasaran, jadi banyak yang berbaki dalam lubang telinga aku itu.

Pembantu perubatan itu memberikan aku ubat cecair yang dititiskan ke dalam lubang telinga. Katanya ubat itu untuk mencairkan tahi telinga yang sudah keras dan beku itu. Seolah2nya ubat cecair itu seperti penukul untuk menhancurkan batu, bayangkan aja apa yang terjadi dan akan ditanggung oleh aku. Pembantu perubatan itu memberitahu aku, sakit, sampai kekawasan keliling telinga, sampai ke leher, gigi, dan kalu bercakap pun pakcik akan rasa sakit. Sebaik sampai di rumah aku minum ubat yang diberinya itu dan titiskan dua titis ubat cecair yang diberikannya tadi. Aku benar2 menderita kesakitan sehingga tidak dapat tidur semalam2annya itu.

Jadi sekarang aku menjadi serba salah, mengambil ubat sakit, tidak diubati juga sakit dan akan bertambah sakit di masa2 akan datang, semakin lama dibiarkan begitu, tahi telinga itu semakin tebal dan keras, aku terus mengobatinya, aku berdoa semoga cepat sembuh seperti sedia kala.

Makan ubatnya ya tuk.......

No comments: