Sunday, October 17, 2010

Selamatan Ke Tanah Suci.


Udah menjadi kebiasannya di tempat aku, kalu ada ibu bapa maupun keluarga yang mau berangkat ke tanah suci Makkah Al-Mukarramah, menunaikan fardu haji mereka mengadakan kenduri kesyukuran kerana dijemput oleh Allah menjadi tetamuNya di tanah suci itu.

Ahli keluarga itu menjemput sanak saudara, jiran tetangga dan kawan2 yang akrab datang ke rumah orang yang mahu ke tanah suci itu. Pehak tuan rumah menyediakan makanan jamuan sedekah makan kepada tetamu2 yang hadir itu. Prinsipnya bersedekah itu walau apa bentuk sekalipun, Allah memberi bantuan si pemberi sedekah itu dalam apa juga keadaan sama ada dalam kesusahan mau pun kesenangan, apalagi di tanah suci semasa mengerjakan rukun dan syarat2 dalam ibadah haji, terlalu banyak dugaan dan kesabaran yang benar2 mengharapkan hidayah dan bantuan dari Allah.

Majlis selamatan itu dipimpin oleh tuan imam masjid di tempat aku. Beliau juga biasanya menjadi wakil pehak yang akan berangkat itu memohon maaf kepada hadirin, juga minta halalkan makanan dan apa juga kesalahan secara sengaja atau pun tidak sengaja.

Dalam majlis itu imam menjadi khalifah, dimulai dengan membaca surah alfatihah dan selawat kepada Nabi Muhammad saw 11 kali, surah yasin seorang sekali, surah alam nasyrah, innaanjzalna, alam tarakaifa, li ilafikurassyin, qulya aiyuhalkafirun, izaja, quhuallahu ahad, qul aau zubilfalak dan qul aauzubirabinnasi, istahgfirullah innalla kana tauwaba 33 kali, rabbi yasir wa tuassir ya karim 33 kali, kemudian tahlil seterusnya doa. Apabila selesai membaca doa selamatan itu, kitab surah yasin yang dibaca oleh masing2 itu terus disedekahkan dan dibawa pulang.

Acara seterusnya hadirin dan hadirat tetamu dan keluarga yang hadir itu diberi sedekah jamuan makan nasi pula. Selesai makan tetamu bersalam salaman dengan bakal tetamu Allah itu, dan ada di antara yang datang itu menghulurkan juga sedekah berupa wang kepadanya, seterusnya mengucapkan dan doa selamat pergi dan selamat pulang ke tanah air dan mendapat haji yang mabrur...amin ya rabbal alamin...


No comments: