Saturday, October 2, 2010

Majlis Resepsi Pernikahan di Kampung Bangkahulu Gemas.

Tuan rumah Hj. Muhammad dan isteri Hjh Nuriah, bersama makciknya Hjh Kamina menunggu dan mengalu2kan kedatangan jemputan di depan majlis..
Tetamu dan para jemputan yang hadir sedang menikmati makanan tengah hari.
Tetamu yang hadir mengambil makanan masing2 secara buffet.
Pasukan kumpang sedang mendendangkan lagu 'selamat pengantin baru'..duduk dipelamin kedua mempelai, sambil tersenyum melerek pasangan...hati gembira mau diluahkan, semoga juduh Allah kekalkan....

Welcome guest..
Para jemputan yang hadir ke suatu majlis harus dialu2kan kehadiran mereka. Tidak kira oleh sama ada oleh tuan rumah atau pun sanak saudara yang dikhaskan tugasan untuk itu. Tetapi yang sebaik2nya biarlah tuan rumah atau saudara terdekat kerana mereka mengatahui siapakah tetamu2 yang diundang ke majlis kita itu. Tujuannya biarlah tetamu jemputan kita itu berasa senang dan bergembira datang kemajlis kita. Sedaya upayanya jangan ada orang yang kita jemput itu merasa kecil hati dan segan sepertinya dia tidak dipedulikan..Kalu tidak ada apa2 musyakkah dan halangan tuan rumah sendiri yang menyambut tetamu2 yang hadir itu adalah lebih aula.

Guest...
Dalam sebuah majlis resepsi pernikahan sudah menjadi kebiasan tuan rumah menjemput ramai orang, terdiri dari sanak saudara jauh dan dekat, jiran2 tetangga, sahabat handai, rakan2 dan kenalan terdiri dari pelbagai status dalam masyarakat dan pangkat dari pelbagai lapangan, dari yang bergelar dan yang tidak, ada yang kaya mahu pun miskin. Adalah menjadi kewajipan dan tanggung jawab tuan rumah tidak membeda2kan di antara mereka. Dalam majlis yang kita adakan itu jangan sampai ada berkelas2, ada vip dan ada marahin...ini semua barangkali bisa mencacatkan majlis itu sendiri..burung enggang terbang tinggi, burung pipit turun ke bendang..
apa dipandang kepada kami, emas tiada budi pun kurang....

Sumbangan Oleh2,
Kalu kemaren tu mesyarakat di tempat aku ini, ada kerja kahwin seperti ini anak sanak dan jiran kenalan menyumbang kepada tuan rumah sekadar termampu merupakan beras, telur ayam, kelapa, gula, susu, teh kopi dan lain2 nya dan juga wang ringgit, semua sumbangan itu ditulis dalam buku khas kenduri kahwin tuan rumah dan disimpan rapi. Apabila sampai masanya giliran saudara2 lain pula yang akan mengadakan kenduri kahwin maka dalam buku catatan itulah menjadi rujukan asasnya. Pada hari langsung besarnya memang ada tersedia meja khas untuk hadiah dan sumbangan, dan ada jurutulis untuk membuat catatan, ada setengah2nya adalah lengkap seperti nama penyumbang, jumlah sumbangan, dan alamatnya sekali, hal seperti ini bagi pandangan aku amat baik, bukan sahaja sebagai tanda ingatan tetapi juga secara tidak langsung menjadi hubungan dan ikatan keluarga dan sahabat.
Tetapi sekarang perkara ini sudah tidak dipraktikkan lagi. Sebenarnya sumbangan ada diberikan tetapi tidak lagi dicatatkan. Ada sumbangan diberi secara salam cangkuk, kita lampirkan semasa bersalam dengan tuan rumah semasa baru sampai atau pun mahu permisi pulang. Kalu dulu dapat dihitung jumlahnya dan dapat diketahui oleh saudara terdekat misalnya, kalu bungkusan hadiah yang dibuka itu ada bermacam2 isi kandungan yang melucukan dan menggembirakan, biasanya semua bungkusan hadiah dan sumbangan itu dibuka dalam majlis persandingan mempelai di atas pelamin pada hari langsung petang itu juga.....sekarang tidak lagi dihitung berapakah jumlah sumbangan dari tetamu, biarlah rahasia itu tersimpan oleh tuan rumah sendiri... walau apa pun biarlah apa2 yang baik itu berkekalan dan berpanjangan....

5 comments:

Athirah Halim said...

laaaa..ni kampung arwah bak ku! bak ku namo halim..anak arwah lebai sidek..aku ni anak arwah halim..

Athirah Halim said...

muko2 dlm gmbr tu ku kenal galo..sumonyo daro maro belah bak ku..

razali_ahmad said...

laa siti.. la besak kaba, baliek la sasakali ka kampung agak ao,nemu nenek, nenek tu surang bae, riang nian nenek tu kalu ain baliek...

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...

Salam Sejahtera dan damai selalu rekan-rekan dan kaum kerabat keluarga Bengkulu di Negri Sembilan dari Bengkulu.
Account facebook :
https://www.facebook.com/chadierbreamajolah