Tuesday, May 19, 2009

Indahnya Lukisan Alam.

Sunset di Pantai Panjang Bengkulu.
Panorama Sunset di Pantai Panjang Bengkulu.
Panorama Sunset di Pantai Panjang Bengkulu.
Waktu Senja di Pantai Panjang Bengkulu Indonesia.

Ternyata Bengkulu mempunyai sebuah pantai yang indah, berpasir halus luas terbentang dan berkilometer panjangnya. Ada pengunjung yang datang kesitu, dan mereka pernah juga ke Bali membandingkan Pantai Panjang itu ternyata lebih cantik dan indah dari pantai di Bali. Cuma barangkali Pantai Panjang itu bukan lokasinya di sebuah pulau seperti di Bali itu. Kalau musim libur mahupun libur hujung minggu Pantai Panjang menerima ramai pengunjung, samada pengunjung dari luar mahupun tempatan, tetapi olehkerana pantainya yang sangat panjang itu, maka kelihatan tidaklah berapa crowded sangat. Tidak ada pengunjung yang mau menyusur sepanjang pantai itu berjalan kaki kerana terlalu jauh.
Aku menyusur sepanjang pantai itu dengan menaikki mobile yang dipandu oleh keponakanku. Apa yang menarik disepanjang laluan menyusur pantai itu, selain dari menikmati panorama alam, aku dapat menyaksikan penghidupan nelayan2 di tepi pantai itu. Boleh dikatakan di sepanjang laluan jalan yang aku ikut itu terdapat gerai2 makanan yang menjual gorengan2 udang, ikan, ketam dan satay kerangan2 segar, yang baru ditangkap oleh nelayan2 pantai itu dan ada juga sedikit kuih muih.
Aku singgah disalah sebuah gerai yang ada itu. Aku membeli sedikit makanan, anakku memilih udang goreng yaang besar, harganya seekor Rp 20,000 kira2 RM8.00, kalau di Malaysia di tempat biasa aku makan sekitar RM30.00 seekor sebesar itu, itu pun udang galah (sungai).
Waktu senja pemandangan alam yang luas terbentang itu semakin menarik dengan pancaran cahaya matahari mahu terbenam. Ternyata sunset itu cantik dan indah pemandangannya, itulah ciptaan Tuhan yang maha bijak mentadbir alam ini. Tiada sekutu baginya. Aku cuma sempat merakamkan beberapa keping gambar sahaja, melalui hp aku sahaja untuk kenang2an yang aku udah sampai di Pantai Panjang ini, menikmati panorama itu. Aku postkan ke blog ini, kalu ada pembaca yang mau berkongsi dengan aku. Itulah kata orang kalu jauh berjalan luaslah pandangan.

No comments: