Saturday, May 2, 2009

Selamat Berbahagia Emy dan Yadi.

"Selamat Pengantin Baru", Emy dan Yadi semoga kelian berdua panjang umur, banyak rejeki dan berbahagia hingga akhir hayat.
Kedua pengantin di Majlis Resepsi mengalu2kan kehadiran tetamu.
Ijab dan kabul, akad nikah dilafazkan oleh ayah pengantin perempuan, Hj. Syarifudin, dan diterima oleh pengantin laki2 Yadi dan disaksikan oleh dua orang saksi utama, tuan imam dan sanak keluarga kedua mempelai.
Penyerahan Mas Kahwin merupakan selengkap alat solat oleh pengantin laki2, Yadi kepada pengantin perempuan, Emy.
Menikmati hidangan secara tradisi Bengkulu Indonesia selepas penyerahan mas kahwin dan akad nikah.
Pengenalan photo dari sebelah kanan ayah Yadi, ibu Yadi, datuk Emy, bucik Emy, Emy (pengantin perempuan) Yadi (pengantin laki2) nenek Emy, emak Emy dan ayah Emy.

Kemaren aku berkesempatan hadir di majlis pesta perkahwinan cucu saudaraku Emy, di Sukarami RT 1 No 10, Kacamatan Selebar, Kotamadia Bengkulu, Indonesia, tanggal 25 & 26 April, 2009. Turut serta bersamaku isteriku dan seorang anak perempuanku yang mereka panggil 'Bucik'. Walau pun sebelum ini udah ada beberapa undangan pesta perkahwinan yang serupa tetapi belum ada rejeki mahu serta, kali ini alhamdulillah terkabul.
Inilah pertama kalinya aku berpeluang menghadiri dan mengikuti adat istiadat perkahwinan keturunan Bengkulu, keturunanku, di tanah tumpah darah nenek moyangku sendiri, Bengkulu. Teras utamanya adalah sama, sebagaimana kehendak dan peraturan yang ditetapkan oleh agama Islam yang maha suci, iaitu ijab dan kabul, oleh wali dan bakal suami dan disaksikan oleh dua orang saksi sekurang2nya.
Barangkali yang berbeda itu adalah adat istiadat yang diamalkan oleh keturunan Bengkulu itu sendiri, kalau mau dibedakan adalah dari segi penampilan acara dalam majlis tersebut. Susunannya, majlis akad nikah dihadiri ramai anak sanak dikedua belah pehak, dengan pakaian yang lengkap, kalau yang laki2 harus berkain sarung dan menutup kepala, sama ada bersongkok, berkupiah putih, songkok jawa mahu pun berserban. Kalu aku yang pertama kalinya kesitu, cuma berpakaian kemeja dan berseluar panjang, sepertinya aku di Malaysia ini, mereka tidak membenarkan aku duduk sama dalam majlis itu, walalu pun aku ini datuknya, mujurlah ada anak saudaraku meminjamkan songkoknya, dan seorang cucuku meminjamkan pula kain sarungnya kepada aku, setelah mengenakan pakaian tersebut barulah aku dijemput masuk ke majlis akad tersebut, sebenarnya memang udah sedia tempat duduk untuk aku disitu. Sebelum akad nikah dijalankan Pak Ustad menyampaikan khutbah nikah yang berupa nasihat bukan sahaja berguna kepada pasangan pengantin tetapi juga kepada sidang hadirin dan hadirat dalam majlis itu. Akad nikah pada hari itu dilafazkan sendiri oleh walinya, Hj. Syarifudin, ayah
kandung Emy sendiri.
Sebaik selesai akad nikah doa dibacakan oleh tuan imam, barulah pengantian perempuan dijemput keluar untuk penyerahan mahar mithil, "mas kahwin" merupakan selengkap alat solat
oleh pengantin laki2, seterusnya kedua pengantin bersalam2an kepada sanak saudara yang hadir. Penutup majlis akad nikah itu tetamu yang hadir dihidangkan dengan jamaun makan tenganh hari, yang dihidangkan secara tradisi Bengkulu, disajikan dengan penuh teratur.
Pada hari esoknya diadakan pula majlis resepsi, untuk mempersilakan tetamu2 undangan, terdiri dari sanak saudara jauh dan dekat, jiran2, teman sekantor, rakan2 dan tidak ketinggalan pemimpin2 tempatan. Kedua2 pengantin, ayah dan ibu pengantin perempun dan ayah dan ibu pengantin laki2, sama2 duduk sebaris diatas kerusi yang berhias indah diatas sebuah pentas yang disediakan khas. Kedatangan para tetamu disambut oleh penyambut tetamu yang berpakain seragam, kalu perempuan berkain batik dan berbaju kebaya, dan yang laki2 berpakaian suit lengkap atau pun berbaju batik dan bersongkok.
Hidangan diberikan dalam bentuk bufet. Yang menariknya semua tetamu adalah begitu. Kalu di tempat aku ada main table, ada meja untuk pengantin, corak hidangannya berbeda2 tetapi tidak disini, pengantin pun diberikan hidangan bentuk bufet yang sama juga. Setelah tetamu selesai menikmati hidangan, masing2 naik keatas pentas bersalam2an dengan pengantin, ibu dan ayah kedua2 pengantin, mengucapkan tahniah dan selamat menempuh penghidupan baru, semoga berbahagia selamanya.
Acara2 lain yang tersedia sebelah malam akad nikah ialah majlis berdikir, berinai curi, di hari majlis resepsi berlangsung, ada tarian2 dan nyanyi2an dan di sebelah malamnya ada tarian silat dan hinggalah majlis penutup dan berakhir.




No comments: